PDA

View Full Version : 1,001 tarikan Johor

fine net
09-11-2007, 08:59 PM
Bangunan bersejarah destinasi pengunjung

RAMAI yang menggeleng kepala apabila diajukan soalan bagaimana menghabiskan percutian di Johor Bahru. Hakikatnya, bandar raya paling selatan ini menjanjikan seribu satu tarikan yang jarang diterokai.

Kesempatan mengikuti rombongan media anjuran majalah pelancongan, Gaya Travel Nusantara (GTN), baru-baru ini, membuka mata penulis mengenai keunikan negeri paling selatan ini.

Berbanding negeri lain, kebanyakan lokasi menarik terletak dalam lingkungan kurang sejam perjalanan dari ibu negeri Johor itu.

Untuk mereka yang kali pertama ke sini, mulakan kembara di tengah kota dengan mengunjungi Istana Besar dan Muzium Diraja Sultan Abu Bakar.

Bangunan berdepan dengan perairan ini pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Johor sebelum pembinaan Istana Bukit Serene.

Ia menempatkan muzium yang menyimpan sejarah perjuangan orang Melayu menentang kuasa penjajah.

Asalnya, istana yang dibina pada 1866 ini beberapa kali diubah suai. Pelbagai koleksi diraja termasuk perabot berukir buatan Perancis dan kerusi makan kristal hasil dari Jepun.

Selain itu, pengunjung pasti tertarik dengan lukisan cat minyak Sultan dengan motosikal kegemaran baginda, artifak dan haiwan awet hasil buruan sultan terdahulu.

Walaupun bertukar fungsi bagi memenuhi peredaran masa, ia masih digunakan untuk beberapa upacara rasmi.

Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan adalah antara pejabat kerajaan tercantik yang pernah dibina di negara ini. Keunikannya terletak pada seni bina era kosmopolitan dan gaya Renaissance, dengan sentuhan pengaruh Anglo-Melayu.

Bangunan ini yang siap sepenuhnya pada 1942 ini membuktikan Johor antara negeri terawal yang meniru model pentadbiran British.

Masjid Sultan Abu Bakar yang siap sepenuhnya pada 1900 menjadi satu lagi destinasi mesti kunjung apabila bersiar-siar di Johor Bahru. Seni bina `“Moorish” dan pengaruh Victoria yang kuat memberi gaya klasik kepada bangunan ini.

Makam Diraja di Jalan Mahmodiah berdekatan Kampung Mahmodiah dan Hyatt Regency Johor Bahru pula menjadi tanah perkuburan untuk keluarga diraja Johor.

Dari jauh, kelihatan seni bina makam ini yang unik dengan persekitaran yang aman dan tenang. Tidak keterlaluan dikatakan, ia antara kawasan makam tercantik yang sentiasa dipulihara dengan baik.

Tarikan semula jadi

Jika bangunan bersejarah tidak menarik minat, Zoo Johor yang bertentangan dengan Masjid Sultan Abu Bakar ini amat popular di kalangan pengunjung dari seberang tambak Johor.

Manakala untuk mereka yang gemarkan kehijauan, boleh berkunjung ke Air Terjun Kota Tinggi yang sudah lama mendapat reputasi sebagai destinasi berlibur hujung minggu di kalangan warga tempatan.

Air yang mengalir dari ketinggian 34 meter ini mengalir dari mata air di Gunung Panti. Berikutan popularitinya, ada kemudahan penginapan bajet bagi memenuhi kebanjiran pengunjung terutama pada hujung minggu.

Tarikan lain

>Muzium Nanas, kilometer 52, Jalan Pontian

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat cara penanaman dan mencuba sendiri hasil produk keluaran tempatan. Ada lebih 18 jenis nanas boleh dilihat termasuk nanas madu dan nanas bunga IPRS.

>Muzium Bugis, Pontian

Muzium mempamerkan lebih 1,500 koleksi dan artifak lama Bugis. Muzium di laluan utama Kukup ini mempamerkan jenis mata wang lama, setem tembikar, botol dan pakaian berusia lebih 100 tahun.

Selain melihat koleksi pakaian dan artifak, pengunjung ke muzium yang berusia 24 tahun berkenaan dapat melihat keajaiban kelewang Bugis yang

boleh berdiri dengan sendirinya tanpa dipegang.

>Taman Negara Tanjung Piai

Diiktiraf sebagai titik paling selatan Asia, ia juga menjadi destinasi ideal untuk mereka yang kaki pancing di kelong berdekatan. Pengunjung boleh memilih untuk tinggal di beberapa hotel bajet di sini.

Mesti cuba di sini adalah makanan laut yang dijual dengan harga jauh lebih murah. Selain itu, penginapan homestay dengan aktiviti seperti mengunjungi ladang ternakan lebah boleh diaturkan.

Makan-makan

Ketua Pengarang GTN, Juhan Kamarudin menyarankan pengunjung yang kali pertama ke sini mencuba mi rebus tulang di ZZ Cafe, Jalan Mariamah.

Sedap Corner berhampiran Hyatt Regency dan Hospital Sultanah Aminah popular untuk masakan Melayu. Warung Saga pula menempatkan pelbagai imej berkaitan sejarah Johor.

Untuk makan malam, anda boleh mencuba hidangan dalam suasana desa di Anjung Warisan, Jalan Pitrie. Kawasan sekitar Danga Bay juga menyediakan pelbagai pilihan restoran.

Beberapa gerai `stimbot’ yang murah dan sedap boleh didapati di parkir berhampiran Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Untuk penggemar makanan laut, pandu menghala ke Permas Jaya untuk ke Senibong. Atau menghala ke deretan gerai dengan pelbagai pilihan menu di Stulang Laut yang dibuka hingga awal pagi.

muorian
09-11-2007, 09:01 PM
hehe aku suka bab makan2 tu, mmg macam2 makanan yg menjilat jari kat johor nih..

fine net
09-11-2007, 09:12 PM
hehe aku suka bab makan2 tu, mmg macam2 makanan yg menjilat jari kat johor nih..

mknan johor mmg sdap2....:D

zkry
09-11-2007, 09:15 PM
mknan johor mmg sdap2....:D

Teringat Laksa Johor dan Asam Pedas Ikan Jahan mak aku...

:D

abahmu
09-11-2007, 09:16 PM
aku pegi johor jumpe skandal je hehehe

Megat Sri Rama
09-11-2007, 11:15 PM
sanctuary hutan bakau di tanjung piai, pontian

mie rebus yang power ada di stulang laut dan medan selera majidee serta di sebelah JKR daerah JB.

nasi lemak ayam kat kulai pun sodap

yang minat pertanian boleh melawat projek hidroponik di benut, lembah pertanian di ayer hitam dan ulu tiram.

pantai desaru pun cantik.

Asam pedas di Parit Jawa.

Minum kopi paling best kat Railway Kluang dan Batu Pahat.

Cendol Batu Pahat memang kaw-kaw (dekat dengan pasar melayu)

Makam Laksamana Bentan di Tebing sungai johor (kampung kelantan) di Kota Tinggi.

NEMO
10-11-2007, 04:26 AM
tempat aku selalu buang masa

1-CS
2-Stulang
3-Lido
4-Danga Bay
5-Restoran ZZ
6-Tg Balau
7-K.Tinggi Waterfall
8-Air Papan
9-Senibong
10-R&R Machap:D

mr.jero
10-11-2007, 06:43 AM
tempat aku selalu buang masa

1-CS
2-Stulang
3-Lido
4-Danga Bay
5-Restoran ZZ
6-Tg Balau
7-K.Tinggi Waterfall
8-Air Papan
9-Senibong
10-R&R Machap:D

buang masa je ker.. tak buang yg lain2 ke.. hehehhe :p

fine net
10-11-2007, 08:56 AM
tempat aku selalu buang masa

1-CS
2-Stulang
3-Lido
4-Danga Bay
5-Restoran ZZ
6-Tg Balau
7-K.Tinggi Waterfall
8-Air Papan
9-Senibong
10-R&R Machap:D

aih...kt highway pn ko lpak ke..hahaahaha....

NEMO
10-11-2007, 02:31 PM
buang masa je ker.. tak buang yg lain2 ke.. hehehhe :p

sume yg boleh dibuang aku buang:D

aih...kt highway pn ko lpak ke..hahaahaha....

ish ko xtau best tu..lepak machap..leh nengok awek2 singapore :eek:

harunsml
10-11-2007, 02:38 PM
Jangan lupa sapa yang minat kerepek pisang dan seangkatan dengan nya datang ke parit raja dan sesiapa minat barang second hand seperti perabot singgah ke rengit.....

Megat Sri Rama
10-11-2007, 10:14 PM
siapa minat mak nyah boleh ke Jalan Tun Razak, kalau nak maknyah tamil boleh pergi Jalan Trus berdekatan Jalan Dobi.

fine net
10-11-2007, 10:29 PM
ish ko xtau best tu..lepak machap..leh nengok awek2 singapore :eek:

awek2 singapore ade yg cun jgak..tp kebnyakkn muke pecah rumah..hahahaha..

pas2 kt hihgway aku slalu perembat kereta singapore pkai high light..x tahu la silau ke x mata die...:))

anbusan
10-11-2007, 10:35 PM
Jangan lupa sapa yang minat kerepek pisang dan seangkatan dengan nya datang ke parit raja dan sesiapa minat barang second hand seperti perabot singgah ke rengit.....

second tp masih macam baru ehehe, akak wat rumah pintu2 perabut beli kat situ mmg murah habis. time nak raye p lepak rumah die borong kerepek kat M Berkat ekeke

Megat Sri Rama
10-11-2007, 11:03 PM
awek singapore dengan kain lap kaki bilik air aku, masih cantik kain lap kaki aku.

muhafis
11-11-2007, 01:46 PM
g lah kulai.. macam2 ade...:D :D :D

ZamzRepublic
17-11-2007, 01:34 PM
johor yg besh...bab makan2 nih...
byk yg sedap sedap...
kalo aku gi johor asik lapo jek.....:D :D :D

rKo
17-11-2007, 01:36 PM
johor yg besh...bab makan2 nih...
byk yg sedap sedap...
kalo aku gi johor asik lapo jek.....:D :D :D

Makanan Johor mmg sedap2...

TamingSari
17-11-2007, 01:38 PM
siapa minat mak nyah boleh ke Jalan Tun Razak, kalau nak maknyah tamil boleh pergi Jalan Trus berdekatan Jalan Dobi.

hahaha... tak sangka kawan aku ni join the club :eek: :eek:

TamingSari
17-11-2007, 01:40 PM
g lah kulai.. macam2 ade...:D :D :D

kulai... ermm soto kat umah aku tu memang layan... :))

ZamzRepublic
17-11-2007, 01:46 PM
siapa minat mak nyah boleh ke Jalan Tun Razak, kalau nak maknyah tamil boleh pergi Jalan Trus berdekatan Jalan Dobi.

baguuiih tol promosi ko ni...:)) :))
maknyah tamil tu aku sure berlambak bekas jambang...:eek: :eek: :eek:

frigid03
17-11-2007, 02:23 PM
baguuiih tol promosi ko ni...:)) :))
maknyah tamil tu aku sure berlambak bekas jambang...:eek: :eek: :eek:

akak aku cite mak nyah tamil beso gile la..
hahahah..
so spe2 yg minat yg saiz2 XL tu bley segera ke jln dobi..haha
:)) :)) :)) :)) :))

frigid03
17-11-2007, 02:25 PM
akak aku cite mak nyah tamil beso gile la..
hahahah..
so spe2 yg minat yg saiz2 XL tu bley segera ke jln dobi..haha
:)) :)) :)) :)) :))

info terkini..
dkt meldrum walk pn mak nyah tamil gak..
RM30-RM50 da bley dpt stu bapuk ng stu blik..
hahaha....

Fadu
17-11-2007, 03:49 PM
kt bandar batu pahat ade port makan sup ekor tu... area2 situ gak ade kedai2 makan. yg best tu nasi lemak bungkus tu. power beb.

ape nama tempat nih? aku pegi 2 ari lepas sampai skang tak tau nama tenpat nih.tp tempat nih cam port lepak2 jer

fatguy
17-11-2007, 03:53 PM
Banyak kedai makan yg best2....kat Jb..
Nak makan aper...semua ader...:D

Fadu
17-11-2007, 04:14 PM
kt bandar batu pahat ade port makan sup ekor tu... area2 situ gak ade kedai2 makan. yg best tu nasi lemak bungkus tu. power beb.

ape nama tempat nih? aku pegi 2 ari lepas sampai skang tak tau nama tenpat nih.tp tempat nih cam port lepak2 jer

frigid03
17-11-2007, 04:24 PM

aku org joho tp xpnah lg mkn ns beriyani gam batu pahat..
besh ke?
huhuhu..:D :D :D :D :D

ajim2002
17-11-2007, 04:45 PM
aku org joho tp xpnah lg mkn ns beriyani gam batu pahat..
besh ke?
huhuhu..:D :D :D :D :D

best sedap dan murah.mkn sekali pasti ingat smpi bila2 keenakkannya.cuba la.

Fadu
17-11-2007, 06:16 PM
aku org joho tp xpnah lg mkn ns beriyani gam batu pahat..
besh ke?
huhuhu..:D :D :D :D :D

aku tak tau plak tempat tu kt mane... aku belasah asam pedas je aritu...

evilgoodguy
17-11-2007, 06:29 PM
kat bandar kota tinggi ada masakan belangkas masak sambal,masak lemak cili padi,siput gogong rebus,kepah,lala

then kat pekan sungai rengit dan pekan teluk sengat ada masakan udang kara,udang galah

aku rekemen geng cg ni try masakan belangkas tu .. sure syok yer ...makan telur dia =P~ =P~ :D :D

Megat Sri Rama
17-11-2007, 06:31 PM
kalau bab-bab sup dan soto, parit botak kut...

kalau mee bandung muar yang original kat sungai mati atau seri menanti, kedai masih ada lagi tapi tukang masak dah tukar orang.

frigid03
17-11-2007, 06:54 PM
best sedap dan murah.mkn sekali pasti ingat smpi bila2 keenakkannya.cuba la.

kat batu pahat jeke ade? area jb xde?:p :p :p :p

ZamzRepublic
18-11-2007, 03:02 PM
kat bandar kota tinggi ada masakan belangkas masak sambal,masak lemak cili padi,siput gogong rebus,kepah,lala

then kat pekan sungai rengit dan pekan teluk sengat ada masakan udang kara,udang galah

aku rekemen geng cg ni try masakan belangkas tu .. sure syok yer ...makan telur dia =P~ =P~ :D :D

bro kedai tuh kat bandar kota kat area mana ek...
kalo aku turun joho nanti...
nak gak aku try pekena belangkas ni...
camne rasa dia ek...:-? :-?

ZamzRepublic
18-11-2007, 03:11 PM
aku org joho tp xpnah lg mkn ns beriyani gam batu pahat..
besh ke?
huhuhu..:D :D :D :D :D

ari tu gi batu pahat cari gak beriyani gam yg power...
tp tak tau port kat mana... layan asam pedas jek...
org batu pahat kasi rekemen lah kat mana port beriani gam yg besh...:D :D

zamaniff
19-11-2007, 11:58 PM
Admin Note : DO NOT HIJACK!