PDA

View Full Version : Jom belajar 'Buah Pukul' LianPadukan.


Pages : 1 [2]

ZenPiper
25-02-2012, 09:17 PM
Yang jauh kita jemput,
Yang datang kita sambut,
Yang dekat kita rebut,
yang pulang kita turut..

ZenPiper
18-03-2012, 02:56 AM
Assalamualaikum..
Sapa2 yang free, tak ada buat apa2 pada 25th Mac 2012 ni, jom sertai kursus seni beladiri MAGMA (Martial Arts Grandmaster Malaysia/Persatuan Guru2 seni beladiri Malaysia) untuk kursus sehari bersama 2 perguruan buah pukol. Kursus terbahagi kepada 2 sessi. Sessi pagi - Kuntau Selendang Merah dengan ilmu Pukulan Pahlawan. Manakala sessi petang pula Persatuan Seni Silat LianPadukan akan memperturunkan ilmu Hikayat 1001 pukulan. Ilmu Hikayat 1001 pukulan akan diperturunkan oleh Guru Utama/Grandmaster Persatuan Seni Silat LianPadukan sendiri iaitu Ayahanda Dr Haji Mohammed Hashim Bin Haji Salleh. Yuran untuk kursus ini adalah rm70.00 sahaja.Lokasi kursus di Taman Melati. Nota & sijil penyertaan akan disediakan. Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari ilmu seni beladiri dari kedua2 perguruan ini.
Kepada yg berminat & untuk mendapatkan info lanjut, sila hubungi -
Guru Kama - 012 234 2262
Guru Hamidi - 010 292 6528
Atau sila hubungi Cikgu Hisyam 'Giant'(LianPadukan Martial Arts Academy)
016 7027 449

ZenPiper
22-03-2012, 07:22 PM
Insyallah, pada 7th April 2012, akan diadakan upacara mandi penimbul bagi ahli2 LianPadukan. Upacara mandi ini dijadualkan akan berlangsung di Kota Tinggi. Setelah upacara mandi penimbul bagi ahli2 yang bakal khatam (bakal2 cikgu) diadakan Februari yang lepas mendapat sambutan yang amat baik, Persatuan membuka peluang kepada semua ahli2 LianPadukan yang lain untuk turut sama menjalani upacara mandi ini. Diharap ahli2 LianPadukan tidak melepaskan peluang untuk mendapat tunjuk ajar serta bimbingan dari cikgu2 khatam serta ilmu Lian dari ayahanda sendiri..

ZenPiper
25-03-2012, 06:25 PM
Assalamualaikum,
Pagi tadi telah berlangsung Kursus Senibela Diri kelolaan MAGMA(Martial Arts Grandmaster Malaysia/Persatuan Guru2 Senibela Diri Malaysia) bersama Persatuan Seni Silat LianPadukan bertempat di Marvillous Martial arts & Silat Studio di Taman Melati. Sessi pagi tadi agak menarik dengan penyertaan pelatih2 LianPadukan dari gelanggang Gombak, Kelana Jaya serta Puncak Jalil. Terdapat juga kehadiran beberapa peserta2 luar yang telah dapat mempelajari Ilmu Hikayat 1001 Pukulan yang telah diperturunkan oleh Guru Utama Persatuan Seni Silat LianPadukan sendiri, Ayahanda Dr Hj Mohammed Hasyim Bin Haji Salleh. Sessi teori & latihan dikendalikan oleh ayahanda dibantu oleh cikgu2 LianPadukan yang hadir terutama Cikgu Din Misai, Cikgu Hisham Giant serta Cikgu Faizal.
Sessi dimulakan dengan senaman tua diikuti dengan latihan pelempas untuk meregangkan semua otot2 & urat2. Seterusnya, ayahanda menerangkan kepada semua yang hadir tentang makna LianPadukan dari segi persilatan serta usul. Juga diterangkan secara ringkas makna slogan LianPadukan iaitu 'Senjata Lapan, Gayang Lima, Ta' LianPadukan hilang didunia. Para peserta diberikan nota ringkas tentang pengisian sessi LianPadukan. Seterusnya, Hikayat 1001 Pukulan diajar kepada semua peserta. Hikayat 1001 pukulan ini diajar menerusi pengertian 'Gayang Lima', iaitu 5 arah pukulan yang boleh ditujukan kepada musuh. 5 arah itu ialah belah,sentung,paras,simbuh dan kumai. Para peserta juga diajar supaya mampu mempelbagaikan arah & teknik pukulan menggunakan kelima2 arah tersebut.
Para peserta juga telah diberikan beberapa lagi teknik yang terdapat dalam permainan LianPadukan seperti kopak,sapu cat serta teknik asas permainan kipas nandung. Para peserta kelihatan berpuas hati dengan ilmu yang telah dipelajari sehingga sessi pagi tadi telah berlanjutan sehingga pukul 2 petang yang sepatutnya berakhir pukul 1 petang. Diakhir sessi, bacaan doa selamat & kesyukuran oleh cikgu Din Misai serta selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w mengakhiri sessi LianPadukan.
Diharap akan diadakan lagi kursus2 seperti ini dimasa akan datang. Terimakasih kepada MAGMA & LianPadukan yang telah bekerjasama bagi menjayakan kursus ini.

ZenPiper
19-05-2012, 11:46 AM
Tahniah kepada semua pelatih2 LianPadukan yang telah khatam dan bergelar Cikgu pada 05hb May yg lepas. Semoga dapat menurunkan segala ilmu kepada pelatih2 baru ..

dragonaga
06-06-2012, 08:55 PM
Menarik silat ni...rasa macam nak join...sy tersedar betapa penting utk mendalami ilmu martial art lebih2 lg silat, utk digunakan masa kecemasan utk defend diri sendiri dan juga family especially dlm dunia sekrg yg macam2 peel org yg susah utk dijangka, byk org psiko sekrg ni, hal kecik pon kadang2 leh jd berbunuhan, 2 hari lepas je ada dgr berita org kena bunuh sbb hanya terlanggar bahu...huhu...so penting utk blaja silat, bukan utk cari gaduh tp utk pertahankan diri bila terpaksa bergaduh...

ZenPiper
09-06-2012, 05:48 PM
Menarik silat ni...rasa macam nak join...sy tersedar betapa penting utk mendalami ilmu martial art lebih2 lg silat, utk digunakan masa kecemasan utk defend diri sendiri dan juga family especially dlm dunia sekrg yg macam2 peel org yg susah utk dijangka, byk org psiko sekrg ni, hal kecik pon kadang2 leh jd berbunuhan, 2 hari lepas je ada dgr berita org kena bunuh sbb hanya terlanggar bahu...huhu...so penting utk blaja silat, bukan utk cari gaduh tp utk pertahankan diri bila terpaksa bergaduh...

Betul tu..stuju sgt dgn dragonaga..Ilmu mempertahankan diri ni bukan untuk menunjuk2 tapi untuk kegunaan sendiri & keluarga kita bila memerlukan nya..kita tak tahu apa yg akan berlaku di masa hadapan..sekurang2 nya kalu nak kena ngadap penjenayah, kita tak mati akal pasal dah dilatih untuk bertindak..:)

tompang
03-10-2012, 04:17 PM
silat lianpadukan... hmmp.. lame da sy cari gelanggang nye.. tp di pahang ade x?

Patung
12-10-2012, 11:07 AM
best tgk silat ni... tringin nak try. dah call cikgu ayin die suh dtg rabu minggu dpn. hehe.:D

ZenPiper
15-11-2012, 11:53 AM
salam maal hijrah semua.

ZenPiper
18-11-2012, 05:28 PM
Ada video baru yang dah diupload. Video Cikgu Boy(Melaka).

ZenPiper
08-12-2012, 01:31 PM
(Bahan ini di ambil daripada blog brade Ha, lianpadukan:Newskool)

kisah ini bermula begini...

assalaamualaikum w.b.t. terlebih dahulu ingin saya memperkenalkan diri, nama saya yang sebenar ialah zaharruddin bin alias tapi panggil saja saya (abang) din gondrong kerana nama itu diberi sendiri oleh pakmat kedidi masa tu pada tahun 1985. ketika tu saya mula mengikuti kelas lian padukan yang dipimpin oleh arwah razak bin syarif (menantu arwah pakmat) di gelanggang dewanraya kampong melayu majidi. oleh kerana pada masa tu trend menyimpan rambut panjang, maka dengan itulah saya digelar din gondrong oleh pakmat kedidi.

beberapa hari yang lepas saya telah dihubungi oleh taiko - taiko lian padukan kuala lumpur, mereka menyuruh saya buat kenyataan dalam website ni (cvt harmoniser). pada mulanya saya tak ingin kerana kita kan dah ada website sendiri kenapa nak menyibuk masuk web orang lain? tapi pasal yang suruh ni pun orang alim, maka saya sanggup buat apa saja untuk maruah pakmat kedidi dan lian padukan insyaAllah.

di sini saya mengambil kesempatan untuk menjawab semua kemusykilan pasal lian padukan. cuma saya harap jangan pula ada yang berkecil hati atau tersinggung dengan kata - kata saya nanti.

kenapa ada di antara kamu yang mengatakan lian padukan johor bahru dah tutup? salah tu, saya masih aktif, malah kelas saya semakin bertambah dan keahlian di taman tun aminah skudai, dan kelas di rumah haji hasyim di johor jaya memang tak pernah tutup. tiap - tiap hari rabu masih ‘on’ malah sudah bersilih ganti murid – muridnya. kerana haji hasyim ajar cepat dan dia cuma ajar intipati lianpadukan sahaja sebab itu orang suka pergi belajar dengan dia.

cuma masalahnya almaklum maklum aje lah tuan haji kita tu jarang - jarang ada rumah. sibuk memanjang. orang ada lebih orang rumah lah katakan, saya pun geram jugak dengan dia tu. kalau nak jumpa kena buat appointment betul - betul kalau tak, jenuhlah kita duduk menunggu di rumah dia. nasib baiklah saya rapat dengan anak - anak dan isteri - isteri beliau, kalau tak bosan jugak kerana kadang - kadang dia tak balik - balik langsung, kalau hari sabtu ahad jangan harap dia ada di rumah lebih - lebih lagi sejak dia sudah jadi ahli kelab motor kembara tengku mahkota johor, sikit - sikit pergi istana lah, tuanku titah lah.

jadi oleh kerana dia selalu tak ada di rumah, orang - orang ingat dia dah tutup kelas buah pukul nya, oh tidak! lian padukan itu adalah seperti nyawa dia sendiri. saya tahu lah kerana saya dah berpuluh tahun berkawan karib dengan dia, bukan tutup cuma dia dah tak berapa aktif berpersatuan lagi sejak persatuan lian padukan johor dipecah belahkan oleh pengkhianat - pengkhianat dan lakhanat - lakhanat yang tak tahu mengenang budi dan tak sedar diri.

ok kita bukak cerita pasal ada pula orang pandai – pandai nak menuduh pakmat kedidi tu penipu. tahu tak awak semua bahawasanya pakmat kedidi tu sebenarnya genius buah pukul? fikiran beliau yang canggih, kreativitinya belum ada lagi guru - guru buah pukul yang ada pada hari ini dan yang hidup sezamannya, masyaAllah, belum ada lagi yang boleh menandinginya lagi dari segi ketangkasan, kepandaian, kecantikan lian dan kepaduan. pendek kata segala apa yang dilakukan, adalah semakin memperbaiki dan semakin menaikkan lagi taraf darjat buah pukul. saya bukan nak mengampu atau membodek pakmat kedidi tetapi apa yang saya katakan ini adalah ikhlas kerana Allah, sebelum saya menyertai lian padukan, saya dah berguru dengan ramai guru - guru buah pukul. maklumlah johor dulu - dulu kan sarang buah pukul, salah seorang guru saya ialah mat belantek, budin pawang buaya dan hasan husin pandan.
alhamdulillah saya belajar dengan mereka semua sampai habis ke semua lian fesyen lama yang awak semua kata original. ok saya tak nafikan memang buah pukul mersing pesen lama memang ‘very best of the best’, akan tetapi apabila saya telah memiliki lian padukan subhanallah, rupa - rupanya ilmu yang Allah kurniakan pada pakmat kedidi jauh lebih ‘advance’ dari bekas - bekas guru lama saya.

walau macamanapun sebelum saya berguru dengan pakmat kedidi saya telah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari bekas - bekas guru lama saya. malah guru - guru lama saya dengan penuh keikhlasan memuji - muji pakmat kedidi kerana mereka awal - awal lagi dah mengetahui siapa sebenarnya pakmat kedidi, kerana mereka juga pernah seguru buah pukul mersing dengan pakmat kedidi dan di masa itulah mereka diberitahu oleh guru – guru terdahulu seperti chu aman, sani abu samah, awang langgar, awang tarip, mandor hamzah, ali pokching dan ramai lagi. semua mereka - mereka ini pernah menjadi guru kepada pakmat kedidi dan mereka - mereka ini lah yang membuat pengakuan bahawasanya pakmat kedidi adalah pilihan illahi.

malah nama gelaran kedidi itu pun diberi sendiri oleh pakcik sani bin abu samah kepada pakmat kedidi kerana kepantasannya ibarat burung kedidi mematuk padi. sebenarnya di antara rakan - rakan seperguruan pakmat kedidi dulu - dulu pun memang tak dinafikan ada yang‘jealous’ dengan pakmat kedidi. maka apabila ada peluang untuk nak mengutuk, mereka - mereka ni tak nak lepas peluanglah nak mengutuk dan cuba untuk menjatuhkan nama pakmat kedidi kerana mereka sedar yang pengaruh pakmat kedidi semakin merebak. tapi tak semua yang membenci pakmat kedidi malah ramai lagi guru - guru buah pukul mersing masih tabik lagi pada pakmat kedidi.

macam ni lah, kita yang muda - muda ni kita ambil jalan penyelesaian. begini, cuba kita renung - renungkan kenapa Allah gerakkan pakmat kedidi buat ni semua? mesti ada sebabnya, tapi janganlah pula awak tuduh dia nak cipta nama lah, nak glamour lah dan macam - macam lagi awak nak tuduh dia, tidak kah awak terfikir suatu ketika dahulu orang melayu tak pakai baju, tak tahu baca buku, berak tepi sungai tak ada tandas yang sempurna dan macam - macam lagi kekurangan, sedar tak itu semua? tapi semakin hari kita semakin bertambah maju.

baiklah saya nak awak semua kenang dan ambil iktibar dari apa yang dah dilakukan oleh pakmat kedidi, itu sebenarnya adalah satu pertambahan dan mungkin beberapa perubahan akan tetapi syukur alhamdulillah pakmat kedidi tak lari dari realiti malah tetap dengan identiti buah pukul iaitu "hendak mengena taknak kena" tetap dengan penumbuk dan perisai sebagai lambang buah dan pukul, kelebihan yang ditambah oleh pakmat kedidi ialah kalau masa saya belajar buah mersing dulu, bila kita tumbuk orang tepis kita lapis, tapi konsep lian padukan pula lain, caranya iaitu orang tak tepis pun kita tetap lapis punya, sebab bila kita titik perisai dah sampai dan lagi dalam soal gelek lian, ada tak awak perasan cara buah pukul dulu menggelek masuk, dengan cara lian padukan menggelek masuk. agak - agak siapa punya cara lebih efektif?

kalau awak semua paham apa yang dimaksudkan dengan "dua gerak tiga ruat" awak perhatikan betul - betul bukan saya nak menyalahkan buah pukul mersing, tapi kalau betul kenapa tak buat? kenapa tak ada? kenapa tak ajar? maknanya dalam hal ini siapa yang menipu? kalau lah awak orang semua kata dalam buah pukul mersing dah ada semua ni ya! ya! ya! tapi kenapa saya tak diajar masa saya khatam buah pukul mersing dulu?

tak payah lah nak membebel. main tekpi pun banyak yang tak reti, tapi gantung tekpi banyak pulak kat dinding. kalau pun yang dah pandai mengajar pusing - pusing tekpi tu pun, tanyalah, dia belajar dengan siapa? pakmat samurai sendiri pun belajar dengan pakmat kedidi tau tak?

dulu - dulu kala memang di johor buah pukul mersing adalah yang terbaik kerana turut dipelajari oleh ke bawah duli yang dipertua seri maharaja temengong sultan ibrahim, tapi sedar dan tahu tak awak semua asal usul buah pukul mersing?

buah mersing adalah berasal dari buah sunting dan buah sendeng yang mana sunting adalah dibawa oleh awang daik dari riau dan sendeng pula dibawa oleh pak long muhamad yasin yunus dari muar, kedua - dua ilmu pendekar - pendekar ini telah digabungkan oleh seorang wali Allah iaitu syed abdul rahman bin syed abdullah al yunani di bumi mersing maka jadilah namanya buah pukul mersing, sebenarnya sendeng dan sunting asal - asalnya adalah adik beradik tetapi oleh kerana tok bertuah kemenyan mempunyai salahsilah sampai riau maka cara permainan nya dah nampak ada perubahan, maka orang riau yang mana salah seorang dari keturunannya iaitu daeng raja haji bin raja tahlil panggil sunting dan di sebelah muar dan melaka pula iaitu salah seorang dari keturunannya iaitu dato beremban keturunan dato panglima untut pula panggil sendeng.

tapi walau sehebat mana sekalipun ilmu sendeng dan sunting kenapa boleh tersungkur dengan seorang yang sangat tua macam syed abdul rahman tu? maka di sini awak semua kena sedar cukup - cukup dan buat kajian sedalam - dalam serta bermuhasabahlah dalam keadaan bertafakur, insyaAllah awak semua akan mendapat jawapannya!

jadi mulai hari ini saya menyeru awak semua pencinta buah pukul mersing janganlah kita saling caci mencaci sepatutnya kita semakin bertambah erat sesama kumpulan buah pukul, saya bagi contoh pada awak semua. ya, awak tahu tak haji hasyim tu walau pun dah bertaraf guru utama malah orang kanan pakmat kedidi dan lagi sebagai pewaris lian padukan pulak tu, tapi awak semua tahu tak dia tetap menghormati semua guru - guru buah pukul mersing. malah dia sangat rapat dengan pak raja G5, ayahanda atan majid buah pukul mersing dan pakmat samurai senjata 8, saya rasa ini satu contoh yang sangat baik yang telah ditunjukkan oleh haji hasyim jadi apa salahnya kalau kita semua berbaik baik? dan yang paling baik lagi jangan lah kita sentiasa sombong dan angkuh dengan kita punya buah pukul tu tak kan kemana - mana pun.

jadi jangan lepaskan peluang belajarlah, tambahlah apa saja yang mendatangkan menafaat, ikut contoh pakmat kedidi pula iaitu satu padukan apa yang kita dah pelajari takpe asalkan identiti tak lari dah lah, so camna? jom lah datanglah 'joint' pulak lian padukan dan rasakan kelainan daripada keaslian, insyaAllah akan ada keberkatan, saya teringat sabda nabi besar junjungan kita dalam salah satu hadisnya berbunyi "tolabul ilmi minal mahadi ilal lahadi" so kalau ada lah guru - guru yang melarang anak buahnya pergi berguru dengan guru lain atau tak izinkan muridnya belajar dengan orang lain. itu bermakna'there must be something wrong', kemungkinan gurunya angkuh atau malu dengan kekurangannya. wallahualam bis sawaf.

baik lah hari pun dah jauh malam saya rasa saya nak mengundur diri dulu tapi sebelum tu saya nak bocorkan sedikit rahsia, kerana saya pun umur dah lebih 45 tahun maka saya rasa tak elok lokek - lokek.

jadi di sini saya nak bagi tahu lah pada semua yang mana saya dah jumpa apa yang saya cari selama ini, iaitu saya bersyukur kehadhrat ilahi dengan berkat berguru dengan haji hasyim selama ini, syukur alhamdulillah beliau telah pun menurunkan kepada saya lian tapak 100 asmaul husna, pukulan 7 hari, makam 7, lapis buah seminggu, bunuh singkir, lapis buah 21, buah syuhud dan syuhadah berserta dzikir bismillahiwassifah, jadi kepada mereka - mereka yang belum ada pelajaran - pelajaran seperti ini atau tak dapat daripada guru - guru mereka, maka saya dah pun bocorkan rahsia ini.

aduh! memang lepas ni saya memang teruk kena marah dengan haji hasyim kerana saya dah janji tak nak heboh - heboh, tapi saya rasa dah sampai masanya saya dedahkan siapa dan apa sebenarnya "LIAN PADUKAN" baiklah kalau ada diantara awak semua ada yang rasa tak sedap hati atau tak puas hati dengan saya insyaAllah, datanglah silalah berjumpa dengan saya, jemputlah ke rumah saya di alamat no. jalan jebat 19, taman ungku tun aminah, johor bahru. tapi kalau nak datang call dulu supaya saya tak kemana - mana ini nombornya 013 - 7366833 insyaAllah anda akan dilayan dengan sempurna dan selesanya.

wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum

dapatduit
08-12-2012, 02:27 PM
maju la silat untuk negara..

ZenPiper
21-12-2012, 07:42 PM
Senjata lapan, Gayang lima,
Ta' LianPadukan hilang di dunia..

ZenPiper
26-12-2012, 07:52 PM
pat pat siku rapat,
sapa cepat dia dapat..

OrgMinyak
26-12-2012, 08:16 PM
dlm dunia seni buah pukol ni ade perbalahan ker boss??

zahiruddin
26-12-2012, 08:35 PM
macam best je belajar silat nie

ZenPiper
26-12-2012, 09:35 PM
dlm dunia seni buah pukol ni ade perbalahan ker boss??

As salam orang minyak.. bukan perbalahan, tapi kira macam setiap permainan buah pukul terutama permainan Lian ( buah pukul mersing ) mengaku permainan masing2 adalah yg original & terbaik.
LianPadukan memang bukan permainan 'Buah Pukul Mersing' yang asli pasal dah diupgrade permainan buah pukulnya, tapi asas permainan Lian buah pukul mersing masih dikekalkan. 'Hendak mengena ,tak kena' ialah antara falsafah dalam permainan buah pukul mersing tetapi ada permainan buah pukul mersing hanya melapis apabila musuh menumbuk atau menyerang tapi permainan LianPadukan tetap akan melapis samada musuh menyerang atau tidak. Inilah antara upgrade version yang diterapkan dalam permainan LianPadukan untuk menekankan maksud 'Hendak mengena, tak nak kena'.
Kata kata '2 ruat,3 gerak' juga menjadi teras asas permainan LianPadukan manakala dalam permainan buah pukul mersing yg lain2 tidak menerapkan '2 ruat,3 gerak' secara mendalam, walaupun kata kata '2 ruat,3 gerak' ada dalam Nukil asli permainan Lian buah pukul mersing...:)

ZenPiper
21-01-2013, 12:10 AM
Video baru LianPadukan - The Final Chapter dah saya upload. Semoga semua dapat manafaat darinya..Insya allah..

ZenPiper
27-02-2013, 01:06 AM
Belajar Buah Pukul ini tidak susah dan tidak senang.Kalau susah tidak ada orang yang dapat dan kalau senang ramai orang yang dapat- Pak Sani Abu Samah

anok kelate
27-02-2013, 01:26 AM
saya belajar di gelanggang Puncak Jalil dibawah kendalian Cikgu Faizal..:)

kt puncak jalil bpa yurannya tt??
:)cgrock

ZenPiper
27-02-2013, 02:14 AM
kt puncak jalil bpa yurannya tt??
:)cgrock

Bayaran yuran bulanan hanya rm50 sebulan..boleh contact cikgu gelanggang untuk info..:)

anok kelate
27-02-2013, 03:42 AM
Bayaran yuran bulanan hanya rm50 sebulan..boleh contact cikgu gelanggang untuk info..:)

murah sgt la tu..
kt casariana ea?
smnggu skali ke klas?
masa?
agk bminat nie..
isi msa tluang..haha

npsb
27-02-2013, 04:32 AM
minat jugak ni tt..

ZenPiper
27-02-2013, 08:14 AM
murah sgt la tu..
kt casariana ea?
smnggu skali ke klas?
masa?
agk bminat nie..
isi msa tluang..haha

Iya tuan...seeloknya hubungi cikgu gelanggang :)

kosongkosong
05-03-2013, 02:17 AM
Tuan ada syarat umor tak nak sertai silat ni? maklumlah dah berusia ni kang di suruhnya berguling2, berbanting2, leh terkehel tulang2 di buatnya.. hehehe

ZenPiper
05-03-2013, 10:58 AM
Tuan ada syarat umor tak nak sertai silat ni? maklumlah dah berusia ni kang di suruhnya berguling2, berbanting2, leh terkehel tulang2 di buatnya.. hehehe

Tuan kosongkosong...nak belajar Lianpadukan tak ada syarat umur.. LianPadukan ni permainan buah pukul, so tak ada berguling, berbanting, lompat & sepak tinggi tinggi...cukup sesuai untuk yang dah berusia juga..saya pun dah agak berusia..dah masuk 4 series..alhamdulillah, tak ada masalah..cuma pelempas/streaching tu kena tahan sikit..hihihi...

kosongkosong
06-03-2013, 01:18 AM
Tuan kosongkosong...nak belajar Lianpadukan tak ada syarat umur.. LianPadukan ni permainan buah pukul, so tak ada berguling, berbanting, lompat & sepak tinggi tinggi...cukup sesuai untuk yang dah berusia juga..saya pun dah agak berusia..dah masuk 4 series..alhamdulillah, tak ada masalah..cuma pelempas/streaching tu kena tahan sikit..hihihi...

ow yeke tuan, kalau gitu mudahlah sikit terutama untuk org yg mula berusia dan berbadan 2G(Gebu dan Gempal) mcm saya.. hehehe lgpon bkn apa, ingat nak adalah sikit2 ilmu ni, kurg2 ada rintangan leh tepis2.. ni x, tahunya langkah seribu je.. tu pon dah penat lepas 100m pertama.. :)):)):))

ZenPiper
24-03-2013, 05:36 PM
Kepada yang berminat untuk memepelajari permainan buah pukul Lianpadukan, hubungi gelanggang terdekat dengan anda..:D

coq_kodok
24-03-2013, 05:40 PM
kat kedah takdak ka tt???

ZenPiper
24-03-2013, 05:53 PM
tuan coq_kodok
Kat kedah tak pasti la..yang saya tahu sebelah utara ada gelanggang kat seberang perai..:D

3gunHell
24-03-2013, 06:03 PM
melaka ada tak?

green_maskman
24-03-2013, 06:26 PM
http://www.youtube.com/watch?v=v1Cb2d0ZUVs
teringat pulak citer ipman....

green_maskman
24-03-2013, 06:54 PM
tuan coq_kodok
Kat kedah tak pasti la..yang saya tahu sebelah utara ada gelanggang kat seberang perai..:D

kt ipoh ade ke????? :D

ZenPiper
24-03-2013, 07:44 PM
melaka ada tak?


Tuan 3gunhell.. kat melaka ada kat semabok..bleh contact cikgu
boy 017 6588107 ..:)

ZenPiper
24-03-2013, 07:45 PM
kt ipoh ade ke????? :D

Setakat ni tak pasti kat ipoh..bleh contact cikgu hisham giant untuk info 016-7027449 (sambicep@hotmail.com):)

ZenPiper
30-03-2013, 08:24 PM
Senjata 8....Gayang 5...
Ta' LianPadukan hilang didunia...

joe_naga
30-03-2013, 08:37 PM
silat ni mg best. kalo dekat nak jgk join, tapi jauh sangat.huhu

Abdul wahob
30-03-2013, 08:49 PM
http://www.youtube.com/watch?v=v1Cb2d0ZUVs
teringat pulak citer ipman....

DONNIE YEN memang best bwk watak ip man tu penuh perasaan tk boring tgk......

Skydancer
31-03-2013, 02:30 AM
Pakmat kedidi dah meninggal,xsilap saya 2tahun lepas...dulu mase posting sane,biase la belajar sekejap...agak unik pergerakan,antara buah pukul melayu yg paling pantas pernah aku cari...btw,gerak singkir pun under lian padukan juga kn?aku di lumut,mane nak cari ekk??

ZenPiper
02-04-2013, 09:14 PM
Kepada yang berada berhampiran kawasan puncak jalil, gelanggang di Casariana telah ditutup kerana tidak mendapat kata putus dari pihak pengurusan condo. Latihan masih dijalankan dirumah cikgu faisal di kawasan berhampiran. Yang berminat, boleh hubungi cikgu faisal 012-2776578 untuk info :D

ZenPiper
19-04-2013, 11:05 PM
Pat pat siku lipat...

meilano
20-04-2013, 02:44 AM
Salam, saya di klang. kekadang berlatih di gelanggang abg din di KJ. kalau ada member2 di area klang nak sama2 belajar, leh la pm. Saya pun masih belajar...

ZenPiper
20-04-2013, 10:53 AM
Salam, saya di klang. kekadang berlatih di gelanggang abg din di KJ. kalau ada member2 di area klang nak sama2 belajar, leh la pm. Saya pun masih belajar...

wasalam, meilano, kalau di klang, gelanggang cikgu azhar..di KJ, cikgu din misai, kekadang ada gak ke sana ngan cikgu faizal..:)

dinie92
26-04-2013, 03:39 PM
sye duduk dkt danau kota, kat mne g terdekat dgn rumah?..

ZenPiper
28-04-2013, 09:09 AM
sye duduk dkt danau kota, kat mne g terdekat dgn rumah?..

dinie92..kalau danau kota, dekat sangat dengan gelanggang gombak.
Boleh contact cikgu hisham giant 016-7027449 (sambicep@hotmail.com) :)cgrock

Vendetta84
21-05-2013, 01:20 AM
Bro meilano duk klang area mana yer? saya igt nk join bro belajar lian padukan kat gelanggang kelana jaya..

ZenPiper
18-07-2013, 12:05 AM
LianPadukan...buah nya beribu...

ZenPiper
07-08-2013, 09:42 PM
selamat hari raya aidilfitri- maaf zahir & batin.

Poziabb
07-08-2013, 10:02 PM
selamat hari raya aidilfitri- maaf zahir & batin.





selamat hari raya maaf zahir batin.

ps: gelanggang kat durian burong, teganu masih ada ke? yuran camana?

ZenPiper
07-08-2013, 10:07 PM
selamat hari raya maaf zahir batin.

ps: gelanggang kat durian burong, teganu masih ada ke? yuran camana?

saya tak pasti gelanggang di terengganu, boleh tgk di official website lianpadukan..:)

Poziabb
07-08-2013, 10:09 PM
saya tak pasti gelanggang di terengganu, boleh tgk di official website lianpadukan..:)





ok ok tkasih ntuk info.

ada link tak?

judinbo
07-08-2013, 10:10 PM
nnt aku kalau ada anak, mmg nk suruh dia belajar silat even bapak dia dlu join taekwando :))

ZenPiper
08-08-2013, 12:04 AM
ok ok tkasih ntuk info.

ada link tak?

Tuan bleh check out http://www.lianpadukan.com/

nikkeanu
08-08-2013, 12:30 AM
selamat hari raya maaf zahir batin.

ps: gelanggang kat durian burong, teganu masih ada ke? yuran camana?

aku pun minat jugak kat terengganu ni...
tapi aku jauh la... kerteh....

MrLey
08-08-2013, 08:27 PM
Dasyat ni...
Tapi sekarang semua pakai tembak tembak jek...

mantro
08-08-2013, 08:44 PM
nnt aku kalau ada anak, mmg nk suruh dia belajar silat even bapak dia dlu join taekwando :))

bapak dia dulu sapa?? hahaha :eek::eek:

ZenPiper
20-10-2013, 05:18 PM
LianPadukan