PDA

View Full Version : Amaro Shake - Anak Datuk Shake

missdealova
28-09-2007, 10:00 AM
BUKAN saja perwatakan mereka tidak sama, malah kecenderungan minat seni juga berlainan. Itulah Amaro Isor Shake, anak kesayangan kepada penyanyi lagenda kita, Datuk Shake.

Pertama kali bertentang mata dengan Amaro yang mempunyai wajah mirip kepada pemuda Arab, ramai akan menganggap Amaro seorang yang tidak mesra dan sedikit sombong.

Namun setelah menghabiskan beberapa jam dengannya, ternyata itulah sikap Amaro yang sebenarnya. Bukan sombong cuma agak pendiam dan suka menyendiri.

Keperibadian Amaro yang tegas, tidak mudah tersenyum dan memilih perkataan dengan begitu berhati-hati memberi gambaran yang Amaro lebih dewasa dari usia sebenarnya iaitu 25 tahun.

Agak melucukan apabila Shake sendiri merasakan sikap Amaro lebih dewasa dari dia sendiri.

"Itulah sikap Amaro. Ramai orang ingat dia serius dan sombong tapi sebanrnye dia ni a thinker and philosopher. Kembarnya Nicholas lagi serius...," kata Shake selamba.

Amaro juga merupakan saudara kembar kepada Nicholas Shake, seorang pelakon yang sedang mencipta nama di Hollywood .

Jika Nicholas, seorang pelakon yang sedang meningkat naik di Hollwyood dan pernah membintangi filem National Lampoon's Dorm Daze 2, The Fallen, The Best dan 20/20, Amaro pula lebih kepada bidang pengarahan dan penulisan skrip.

"Saya meminati bidang pengarahan sejak berusia 16 tahun lagi. Ketika itu ramai pemuda seusia saya lebih minat berlakon tapi saya suka melakukan kerja-kerja di belakang tabir," kata Amaro yang mendapat pendidikan seni pengarahan filem dari LR Strasburg School di Amerika.

Menurut ibu Amaro, Datin Milena yang berada sama ketika sesi wawancara yang berlangsung di Premier Lounge, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, tahap pencapaian untuk memasukki Beverley Hills High School agak berlainan.

Pengaruh dan wang ringgit tidak menjamin tempat di dalam sekolah tersebut. Yang penting minat dan keperibadian yang ditunjukkan oleh seseorang pelajar itu.

"Saya difahamkan, jawapan yang diberi oleh Amaro membuat pengetua sekolah itu memberi dia peluang untuk belajar di sekolah itu," kata Milena, model kelahiran Yugoslavia yang juga merupakan pelakon teater terkenal satu masa dulu.

Amaro, yang tekun mendengar penjelasan ibunya berkata,"Saya ditanya kenapa saya minat mengarah dan saya menjawab..."I'll be the best!"

Disebabkan ketekunan dan kerajinan daya usaha yang ditunjukkan oleh Amaro, dia merupakan pelajar terbaik dalam sekolahnya.

Bagi Shake, minat yang ditunjukkan oleh anak kembarnya, baik Nicholas dan Amaro, sudah dapat dijangka sedari kecil lagi.

"Saya dapat rasa yang mereka sudah bersedia melakukan sesuatu yang mereka mahu. Untuk berjaya dalam bidang seni, walau apa bidang sekalipun, kita perlu ada minat yang mendalam, keyakinan dan frame of mind. You mesti betul-betul minat dengan bidang ini kalau ingin berjaya. Selebihnya adalah nasib...," kata Shake yang kelihatan ceria sepanjang wawancara itu.

Kata Shake lagi, "Saya sendiri tahu anak-anak saya ni real atau tidak. Seandainya mereka tidak real, saya tidak akan mengalakkan mereka dalam bidang ini. Buat apa?."

Ketika menuntut di Beverley High Schools , Amaro terdedah dengan berbagai exposure dari bidang pengacaraan, penulisan skrip, berlakon dan mengarah. Pada ketika tertentu, personaliti atau pelakon terkenal Beverley Hills akan berkunjung ke sekolah mereka untuk memberi tunjuk ajar dalam bidang kemahiran masing-masing.

"Sekolah kami mempunyai TV channel kami sendiri, jadi apa saja projek atau tugasan yang diberikan akan disalurkan ke siaran ini." jelas Amaro lagi yang melanjutkan pelajarnnya di California Arts Institute ketika usianya 19 tahun.

Pembelajaran selama 3 tahun di sini banyak memberi pendedahan baru kepada Amaro dalam bidang fotografi, lighting, editing, lakonan teater, pengarahan dan banyak lagi aspek yang berkaitan.

Dorongan minat yang tebal dalam bidang pengarahan bagaikan memberi semangat baru kepada Amaro untuk mara setapak lagi.

"Saya terpaksa berkorban masa yang panjang di set penggambaran untuk mendapatkan hasil yang terbaik," jelas Amaro yang pernah menghasilkan sebuah filem pendek bertajuk Rex Buster di Festival Filem Cannes baru-baru ini.

Filem ini turut dibintangi oleh Nicholas dan dihasilkan oleh Twin Scorpion Production, milik kedua beradik ini.

Selain mengarah beberapa filem seperti The Best, The Fallen dan Rex Buster, Amaro juga banyak mengahsilkan video clip untuk beberapa penyanyi termasuklah untuk Datuk Shake sendiri.

Dua video klip yang telah dihasilkan Amaro untuk Shake adalah What Now My Love dan Demon et Merville (Talisman)

Ditanya bagaimana perasaan Amaro berkerja dengan ayahnya.

"Ayah saya seorang yang unik. Dia berbakat besar, free spirit dan tahu apa yang dia mahu. Sikap dan peribadinya jauh berbeza dengan saya. Disebabkan personaliti yang begitu, dia tidak makan tua.

Dari segi kerja, kami berdua amat profesional. Di set, dia akan melawak dan beramah mesra seperti biasa sedangkan saya serius dan tidak banyak bercakap," jelas pemuda kelahiran Paris ini.

Bulan hadapan, Amaro akan sibuk di lokasi untuk mengarah filem seram Hollywood .

"Saya tidak sabar untuk mengarah feature film pertama saya iaitu sebuah filem seram. Tajuknya saya tidak dapat beritahu. Walaupun sudah mengarah beberapa filem tapi inilah satu-satunya filem Hollywood yang menelan belanja yang besar dan saya amat teruja untuk membuktikan bakat saya," jelasnya lagi.

Amaro yang minat menonton filem-filem arahan M Night Shyamalan, Stanley Kubrick, Alfred Hitchcock dan JohnWoo bercita-cita untuk menjadi seorang pengarah filem yang disegani di rantau sini satu hari nanti.

"Walaupun dilahir dan dibesarkan di luar negara, saya tidak pernah menganggap diri saya asing di sini. Ayah banyak memberi pendedahan kepada saya agar jangan sekali-kali melupakan asal usul saya.

Ayah orang Malaysia dan ibu pula dari Yugoslavia . Saya tidka pernah lupakan kedua negara ini. Saya teringin menerbit dan mengarah sebuah filem Melayu nanti selepas saya mendapat pendedahan yang secukupnya di Hollywood .

"Industri perfileman berkembang dengan sihat di sini. Saya telah ditanya oleh Perdana Menteri, Abdullah Badawi tentang hasrat untuk membuat filem Melayu. Sudah tentu ia amat membanggakan kalau saya dapat menghasilkan filem Melayu itu.

Bagi Amaro, sesebuah filem itu akan tampak menarik sekiranya ia mempunyai beberapa kriteria tertentu.

"Bila membuat filem, kita kena tahu apa yang ingin kita sampaikan secara visual. Dan samada penyampaian kita itu sampai atau tidak. Sebab itulah saya boleh menonton apa jenis filem sekalipun sekiranya ia sebuah filem yang baik," katanya lagi.

Amaro yang juga telah banyak mengahsilkan skrip filem berkata dia lebih senang membuat interpretasi skrip orang dari skrip dia sendiri.

"Rasanya lebih senang dan lebih mencabar begitu. Saya suka menyelitkan elemen dramatik kepada filem-filem saya," kata Amaro yang mengakui dia seorang analytical.

Amaro berkata dia masih dalam proses mempelajari teknik pengarahan yang terbaik dan mencari-cari apa sebenarnya 'movie magic' itu. Oleh sebab itu jugalah, banyak masa Amaro dihabiskan untuk memerhati gelagat manusia tidak kira di mana dia berada.

"Saya juga seorang yang berhati-hati dan agak cerewet. Saya terlalu mengharapkan kesempurnaan (perfection) mungkin sebab itu saya serius," katanya lagi.

Amaro juga amat meminati filem-filem Bruce Lee dan apa saja budaya dari negeri Jepun.

"Entahlah mungkin sebab ianya unik. Bukan saja budaya Jepun, saya juga tertarik dengan filem Ninja dan Samurainya," kata Amaro lagi.

Hensem kan :) :) :D

sri mawar
28-09-2007, 10:46 AM
Hmmm.. boley tahan gak mamat nih... :D :D

awek_goku
28-09-2007, 10:52 AM
shake ni muslim ke... hhu

zolympus
28-09-2007, 11:54 AM
shake ni muslim ke... hhu

http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_79775b9 4-c0a85061-166a5380-3ef07927

"Kita perlu belajar untuk setia dengan pasangan kita. Lagipun mungkin jodoh saya. This is my love forever....," katanya sambil meminta izin beredar untuk pergi menunaikan solat Jumaat.

:)

abas_6439
28-09-2007, 11:57 AM
shake ni muslim ke... hhu

abas baru nak tanye ....:-? :-? :-? :-? muslim ke brother tu

NEMO
28-09-2007, 12:13 PM
nama keluarga sume pelik..xmcm nama islam

ErieAdn
28-09-2007, 12:13 PM
abas baru nak tanye ....:-? :-? :-? :-? muslim ke brother tu

Kan Admin kita dah tolong jawabkan tuu Abas..:D

ExAvantz
28-09-2007, 12:19 PM
erm... doakan yg terbaik buat mereka.... amin...

boblynn02
28-09-2007, 12:38 PM
aku bimbangkan muslimnya...

goldtrader
28-09-2007, 12:40 PM
ehehehhe ... :D

surfaddict
28-09-2007, 01:27 PM
hehehehhe..anak dah bertindik tu..tak kan diam jerk..

skang ni aku tgk trend budak laki bertindak, aduh sakit mata tengok.

CikSukan
28-09-2007, 01:33 PM
aku bimbangkan muslimnya...

Assalamualaikum ustaz..Tunjukkan kami jalan yg benar lagi di redhai ya maulana uztaz boblynn02:D

abahmu
28-09-2007, 02:23 PM
atok sedara aku dulu bekas pemain bola sepak kebangsaan lari ke australia sbb merajuk...duk sana berpuluh2 tahun tanpa kabar berita..last2 dia balik ke malaysia...benda pertama keluarga aku buat memastikan kedudukan akidahnya...nyata hampa...beliau dh kawin dgn mat salleh..kawin di gereja...solat x pnh..puasa x pnh..sambut raya x pnh...sambut krismas selalu....bini dan anak dia mengamalkan gaya hidup kristian...pergi gereja dan sbginya...tp lps balik malaysia keluarga aku berjaya mengislamkan balik mereka...alhamdulillah.....

tu la yg bahayanya klu kawin dgn mat salleh dan duk sana lama2 tanpa kabar berita...

tp dato shake aku rasa beliau masih berpegang pd islam....berhusnuzon :)

CikSukan
28-09-2007, 02:28 PM

Cerita Anda ni teringat kisah Zinedine Zidane dan Riberry

J' t'aime bien Je vous aime stade de france :)

cari_makan
28-09-2007, 04:03 PM
atok sedara aku dulu bekas pemain bola sepak kebangsaan lari ke australia sbb merajuk...duk sana berpuluh2 tahun tanpa kabar berita..last2 dia balik ke malaysia...benda pertama keluarga aku buat memastikan kedudukan akidahnya...nyata hampa...beliau dh kawin dgn mat salleh..kawin di gereja...solat x pnh..puasa x pnh..sambut raya x pnh...sambut krismas selalu....bini dan anak dia mengamalkan gaya hidup kristian...pergi gereja dan sbginya...tp lps balik malaysia keluarga aku berjaya mengislamkan balik mereka...alhamdulillah.....

tu la yg bahayanya klu kawin dgn mat salleh dan duk sana lama2 tanpa kabar berita...

tp dato shake aku rasa beliau masih berpegang pd islam....berhusnuzon :)

pemain kelate tu ko ni? :D

zerorise
11-09-2009, 03:12 PM
the american convert to islam , using islamic name, but the muslim especially malay, using "western" type name . whats going on?

selambeyaya
11-09-2009, 04:57 PM
Amaro juga merupakan saudara kembar kepada Nicholas Shake, seorang pelakon yang sedang mencipta nama di Hollywood .

Jika Nicholas, seorang pelakon yang sedang meningkat naik di Hollwyood dan pernah membintangi filem National Lampoon's Dorm Daze 2, The Fallen, The Best dan 20/20, Amaro pula lebih kepada bidang pengarahan dan penulisan skrip.

setahu aku ni cite kisah seks remaja :D:D:D

Megat Sri Rama
12-09-2009, 04:34 AM
muslim kut, dah bapak dia imam masjid Los Angeles.

eday84
12-09-2009, 04:52 AM
owh ye ke? huhu..

gerbangkayangan
12-09-2009, 04:52 AM
the american convert to islam , using islamic name, but the muslim especially malay, using "western" type name . whats going on?

nak glemer kot...:eek:

Babusaleee
12-09-2009, 08:09 AM
atok sedara aku dulu bekas pemain bola sepak kebangsaan lari ke australia sbb merajuk...duk sana berpuluh2 tahun tanpa kabar berita..last2 dia balik ke malaysia...benda pertama keluarga aku buat memastikan kedudukan akidahnya...nyata hampa...beliau dh kawin dgn mat salleh..kawin di gereja...solat x pnh..puasa x pnh..sambut raya x pnh...sambut krismas selalu....bini dan anak dia mengamalkan gaya hidup kristian...pergi gereja dan sbginya...tp lps balik malaysia keluarga aku berjaya mengislamkan balik mereka...alhamdulillah.....

tu la yg bahayanya klu kawin dgn mat salleh dan duk sana lama2 tanpa kabar berita...

tp dato shake aku rasa beliau masih berpegang pd islam....berhusnuzon :)

Yang kau maksudkan tu.Dali Omar ker tu ?????

hazirah
12-09-2009, 11:00 AM
ade subang tindik kt tinga..

hm.....

my.name.is.nad
12-09-2009, 11:02 AM
oklah.. tapi tak lah hensem sgt ..

my.name.is.nad
12-09-2009, 11:03 AM
Tak salah lah nak guna nama cina ke org putih ke as long as maksud namanya baik ... :)

WMComm
12-09-2009, 11:05 AM
rambut je ada iras2 aku. :)):eek::))

maliq7776
12-09-2009, 11:17 AM
Yang kau maksudkan tu.Dali Omar ker tu ?????

tengok kat youtube..Dali Omar balik Malaysia..cakap mat saleh slang australia terus..pastu cakap kelatan:))

azriff
13-09-2009, 12:30 AM
hmm takut islam pada nama.. mintak dijauhkanlah..

janggut_X
13-09-2009, 03:59 AM
ingatkan anak dio fomfuan.skali laki da....

MaMaRiSsA
14-09-2009, 12:43 AM
hurmm..dato shake...

virtualbiz
14-09-2009, 11:27 AM
Jika Nicholas, seorang pelakon yang sedang meningkat naik di Hollwyood dan pernah membintangi filem National Lampoon's Dorm Daze 2, The Fallen, The Best dan 20/20, Amaro pula lebih kepada bidang pengarahan dan penulisan skrip.

setahu aku ni cite kisah seks remaja :D:D:D

wakakaka...mmg pun :p

http://img38.imageshack.us/img38/2686/nicolasp.jpg

apo nak jadi neh...hurmmm....

butterland
14-09-2009, 02:16 PM
bertindik...huhuhu...