PDA

View Full Version : Camana nak hentikan potongan gaji untuk insurans hayat MCIS Zurich?


dakwan
16-01-2011, 04:12 PM
Salam semua warga CG.

Nak tanya pendapat korang, camana nak hentikan potongan gaji utk insurans MCIS Zurich? gaji dipotong melalui biro Angkasa..Leceh la MCIS Zurich ni, masuk Skim Ikhtiari untuk kebaikan diri,malangnya, gaji dipotong tetapi polisi dan penyata kewangan tak sampai umah..:mad:

azam575
16-01-2011, 04:25 PM
erm... mcm kes member aku ....

setau aku .. kena buat surat rasmi ... pastu hantar ke HQ atau cawangan terdekat .....

bintara80
16-01-2011, 04:26 PM
boleh refer balik kt agen terlibat.

dakwan
16-01-2011, 04:30 PM
boleh refer balik kt agen terlibat.

agen pun ntah ke mana.no fon dia pun xde..kalo ada pun, mesti dia x kasi kita terminate..dengar2 dari kawan2 agen tu dah beli BMW baru.

azam575
16-01-2011, 04:56 PM
cara terbaik ... mcm aku cakap tuh ....

buat surat rasmi pasal nak batalkan insuran tuh ..... pastu hantar by hand ke HQ atau cawangan terdekat ... member aku dah buat .... dah clear dah ...

tak guna pie cari ejen tuh .......

cyberiz
16-01-2011, 09:00 PM
tt ni mesti dh kena ayat kaw2 dgn ejen, tapi hati kata x mau...
pegi atau cal mana branch, ckp polisi apa blum dpt lagi..
aku dulu pun cam tt jgak.. last2 tinggal lg 6-7 tahun nk matang..
sungguh cepat masa berlalu..

later_on82
16-01-2011, 09:10 PM
em...TT tumpang thread...nak tanye..ak pon ade kes sama ..tapi etiqa la..slalu amik masa bape lame utk clear pas anta surat rasmi tu?

dakwan
17-01-2011, 11:11 PM
em...TT tumpang thread...nak tanye..ak pon ade kes sama ..tapi etiqa la..slalu amik masa bape lame utk clear pas anta surat rasmi tu?
hari ni baru siap surat rasmi, baru nak pos ke HQ spt cadangan member kita tu...x tau la berapa lama nak clear ni.harap2 cepat la...Bukan tak suka insurans ni, tp yg bengang, duit potong tp penyata tahunan x sampai. terima kasih kepada member yang beri idea.

haikal84
04-07-2012, 12:40 AM
aku pun sama..dah buat surat baru nak pos esok

semewan2
27-09-2012, 09:27 AM
saya pun bengang dengan insuran ni.. hari tu deal dgn ejen utk potongan paling minumum rm25.00 tetap dalam angkasan sekarang potong rm167.00 ada sesiapa yg sudah buat pembatalan disini?? boleh bagi contoh surat rasmi pembatalan berserta dokumen2 yg perlu disertakan dengan alamat penghantaran?? thanks semua...

mdrizad
27-09-2012, 10:23 AM
TT mintak contoh surat rasmi [email protected] ... orang umah aku pun dah terkena... haram jadah.. dulu aku cakap jgn masuk pastu degil nak masuk jugak... last batal susah.... dah lah tak ada langsung statement sampai...

semewan2
01-10-2012, 01:06 PM
REFRESH TOPIC!! Harap2 ada kawan2 yg berpengalaman pasal ini...

razzo
01-10-2012, 03:19 PM
kwn ckp mcis ni mati cepat isteri senang...

myrayyan
01-10-2012, 03:50 PM
kes mcm ni aku xpenah plak kena tp klu potongan auto debit dr akaun bank..kite leh suruh bank tu batalkan..klu nak lagi selamat..ttp akaun lama bukak akaun baru..senang cite..

Ihsan Abdullah
01-10-2012, 04:31 PM
[QUOTE=mdrizad;14624461]TT mintak contoh surat rasmi [email protected] ... orang umah aku pun dah terkena... haram jadah.. dulu aku cakap jgn masuk pastu degil nak masuk jugak... last batal susah.... dah lah tak ada langsung statement sampai...[/Q

Assalam... member sekerja pernah hntr surat tu yg penting dalam surat tu ada no polisi yang nk dibatalkan.. dlm sebulan atau lbh kit mcis zurich bg cek...

semewan2
03-10-2012, 10:38 AM
sudah hantar surat pembatalan.. harap2 masalah selesai...

POKMA
16-11-2012, 03:31 PM
Ak nk jgk surat batal polisi

Zulnas78
16-11-2012, 04:21 PM
Cari ajer alamat HQ kat internet. Pastuh buat surat pembatalan
polisi, satu faks direct dan satu lagi post....Biasanya ambik masa
3 bulan gak nak clearkan pemberhentian pemotongan kat Biro Angkasa.
Pastuh pulangan baki hampir setahun baru dapat....
Berdasarkan pengalaman...

terunadesa
16-11-2012, 11:22 PM
senang je nak batalkan auto deduction untuk policy inusrance.. pergi kat branch diaorg,, bagitahu nk batalkan auto deduction. terus diaorg batalkan.
kalau bagi ejen,, mmglah lmbat

red_land87
04-07-2016, 02:04 PM
up thread.. mohon surat pembatalan mcis insurance

a2zextra
04-07-2016, 05:30 PM
Aku dulu ade masuk insurans hayat MCIS ni. Tapi bukan auto-debit. Mula-mula tu bolehlah nak bayar. Lepas lebih 2 tahun dah rasa jenuh nak bayar, akhirnya tinggal macam tu je. Dah ditamatkan secara automatik rasanya, dah tak ada statement diposkan ke rumah.

say-p
04-07-2016, 05:36 PM
up thread.. mohon surat pembatalan mcis insurance

Call ja mcis hq.mcm ak, dgn etiqa, ak call ja.kmudian taip surat, t/tgn, scan n email pd hq.

say-p
04-07-2016, 05:37 PM
Aku dulu ade masuk insurans hayat MCIS ni. Tapi bukan auto-debit. Mula-mula tu bolehlah nak bayar. Lepas lebih 2 tahun dah rasa jenuh nak bayar, akhirnya tinggal macam tu je. Dah ditamatkan secara automatik rasanya, dah tak ada statement diposkan ke rumah.

Insurans biasanya kalau x byr 6 bulan, auto terminate.

red_land87
05-07-2016, 08:28 AM
Call ja mcis hq.mcm ak, dgn etiqa, ak call ja.kmudian taip surat, t/tgn, scan n email pd hq.


terima kasih tuan,atas pendapat dan cadangan

metalrage
31-07-2016, 06:07 AM
Salam semua warga CG.

Nak tanya pendapat korang, camana nak hentikan potongan gaji utk insurans MCIS Zurich? gaji dipotong melalui biro Angkasa..Leceh la MCIS Zurich ni, masuk Skim Ikhtiari untuk kebaikan diri,malangnya, gaji dipotong tetapi polisi dan penyata kewangan tak sampai umah..:mad:

ini pernah terjadi kat member aku.

cara dia handle dia mintak agen tukar kepada bayaran cara auto-debit from credit card (https://loanstreet.com.my/credit-card). ada satu form kena isi

lepas 1 bulan tu, dia terus cancel kad kredit (https://loanstreet.com.my/ms/kad-kredit) itu.

fufufu:))

LORDZ666
31-07-2016, 06:13 AM
MCIS Zurich ni matang berapa lama? lepas matang dapat apa?