PDA

View Full Version : Burger McDonald's tidak busuk selama enam bulan


demise_u
16-10-2010, 06:47 AM
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1016/Kosmo/Dunia/du_03.1.jpg
BURGER dan kentang goreng di atas pinggan di apartmen Sally Davies di New York pada 14 Oktober lalu.

--------------------------------------------------------------------------------


NEW YORK - Burger daging dan kentang goreng McDonald's didapati tidak busuk selama enam bulan selepas ia dibiarkan berada di atas pinggan di dalam apartmen seorang wanita, Sally Davies di New York.

Wanita itu membeli set Happy Meal McDonald's enam bulan lalu dan dia tidak memakannya.

Apa yang dibuat dengan burger itu ialah dia merakamkan gambar makanan tersebut dengan kamera bagi melihat sama ada ia mengalami perubahan selama enam bulan. Dia membeli burger dan kentang goreng itu pada 10 April lalu.

Burger dan kentang goreng yang tidak busuk itu pernah disiarkan dalam beberapa program televisyen dan menjadi perdebatan semasa orang ramai memikirkan bagaimana makanan segera boleh menunjukkan perubahan bentuk selepas enam bulan berada di atas pinggan.

"Ia (merakamkan burger itu selama enam bulan) bermula dengan satu pertaruhan dengan seorang rakan saya," katanya.

"Oleh itu, pada 10 April lalu, saya membeli sebiji burger dan saya mula merakamkan gambarnya tetapi tidak ada apa yang berlaku. Burger itu berbau selama satu hari dan ia kemudian terhenti (tidak ada bau lagi)," kata wanita tersebut.

Roti burger itu mengecut sedikit tetapi ia masih mengekalkan keadaan asal dan kelihatan sama seperti baru dibeli. Seperti yang dikatakan wanita itu, burger itu juga tidak ada bau.

Dua ekor anjingnya, Shih Tzu dan Charlie tidak menunjukkan minat untuk memakan buger itu kerana ia tidak mengeluarkan bau.

Ketahanan buger tersebut selama enam bulan mencetuskan kebingungan dan kebimbangan ramai pihak sama ada makanan segera yang bertahan lama itu sihat untuk kesihatan.

Pihak McDonald's enggan memenuhi permintaan ditemu ramah.

Bagaimanapun, menurut satu kenyataan rangkaian restoran itu, bahan makanan segar disediakan di restoran McDonald's.

"Adalah tidak munasabah untuk menyediakan satu maklumat terperinci berhubung dakwaan (wanita itu) tanpa mengetahui keadaan makanan itu disimpan. Kami meminta orang ramai tidak membuat sebarang kesimpulan," kata kenyataan daripada rangkaian restoran McDonald's.

Menurut kenyataan itu, bakteria dan kulat membiak berdasarkan keadaan tertentu. Jika makanan kering secukupnya, ia tidak akan membesarkan bakteria atau kulat.

Wanita yang merakamkan gambar itu benci dengan dakwaan yang diterimanya menerusi e-mel bahawa dia menipu berhubung burger tersebut.

"Saya tidak tahu kenapa saya mahu menipu. Saya berharap orang ramai akan membeli burger itu dan melakukan beberapa eksperimen," katanya. - AFP "

highway
16-10-2010, 06:58 AM
http://farm5.static.flickr.com/4090/4951227579_2074ca5c19_b.jpg


http://farm5.static.flickr.com/4104/5059592657_65f8f72ac9_b.jpg

http://www.flickr.com/photos/sallydavies/sets/72157624739645253/with/5059592657/

TamingSari
16-10-2010, 07:00 AM
aduhh... ini macam segera lah mati ...

-pojie-
16-10-2010, 07:00 AM
x busuk tp akn menjd keracunan jugak..
apedaaa~~~

bazsh
16-10-2010, 07:02 AM
Apa bahan yg dimasukkan eh?
Guna formaldehyde kah???

TamingSari
16-10-2010, 07:06 AM
Apa bahan yg dimasukkan eh?
Guna formaldehyde kah???

stop la nmpknye makan macd :((:((

zerovirus
16-10-2010, 07:06 AM
mcm mana leh jadi mcm tu ? :-? fuh

kubukuat
16-10-2010, 07:07 AM
betul2 ni...dah tahu lama,tu pasal tak mkn MCD...huhu

astrowan
16-10-2010, 07:09 AM
itu lah bahan rahsia dia jeng jeng jeng jeng.........

short term lain kot..long term lain..pandai2 aku taip ni wakkakakakka

zerovirus
16-10-2010, 07:24 AM
itu lah bahan rahsia dia jeng jeng jeng jeng.........

short term lain kot..long term lain..pandai2 aku taip ni wakkakakakka

keke ... ntah ppuan ni tipu :eek:

wakwongurip
16-10-2010, 09:11 AM
Byk dh artikel menyatakan makanan segera byk keburukanya. Ini hya sebahgian je.

kozu
16-10-2010, 09:23 AM
ekeke..ak dh lama tk makan mcD..boikot dan tk berkhasiat..walaupun nmpak mnyelerakan..

[email protected]
16-10-2010, 09:34 AM
kulat pon tadak ka
aik aik

ulam
16-10-2010, 09:41 AM
sory x layan burger mcd nie...
Teman Boikot!...

mydetox
16-10-2010, 09:45 AM
bahaya gak makan mc d nih..tapi najib dah naikkan 1% tax..mmg dia suh jgn makan mc d kot huhu..

pecot85
16-10-2010, 11:50 AM
boikotttt........yahudi

akunobita
16-10-2010, 11:53 AM
kah3.
jadi kau org boleh fikir lah burger mcd yg entah zaman bila punya tak habis.
tapi dihidangkan kepada kau org.

kalau
16-10-2010, 11:57 AM
stop la nmpknye makan macd :((:((

arrgghhhh........:((

tidakkkkk........:((

TT
16-10-2010, 11:59 AM
tu mnunjukkan mcd tahan lama..makanan terbaik di abad ini haha

nvmname
16-10-2010, 12:00 PM
nasib baik tak pernah makan mc donald..
mereka awet ker makanan tu??..:-?

trigger_86
16-10-2010, 12:14 PM
benda ni dah jadi common knowledge. sape yang taktau pasal mcd ni sila2 la amek tau dan wat eksperimen sendiri. stop mcd for years edi

seether
16-10-2010, 12:20 PM
baik makan nasi lagi kenyang.thx.

moneymaker3000
16-10-2010, 12:29 PM
nasib baik tak pernah makan mc donald..
mereka awet ker makanan tu??..:-?

betul ke tak penah makan mcd? :-?

tebbaloi
16-10-2010, 12:49 PM
adoii.. byk pengawet dalam burger mcD ni :((

Jutawan
16-10-2010, 01:00 PM
Itu eksperimen orang, kita sendiri kena ler buat sendiri eksperimen untuk membuktikan kesahihannya, versi rakyat Malaysia i mean. Sapa sanggup sahut cabaran nih?

arowana
16-10-2010, 01:25 PM
pegi beli sat ler.. buat sendiri eksperimen.

wan676
16-10-2010, 01:36 PM
bahan awet mungkin telah dicampur... sebenarnya banyak telah disiarkan di utube... cari dan tgk sendiri. buat kesimpulan sendiri

wan676
16-10-2010, 01:38 PM
tulis kat utube, truth of mcd/kfc and seee

akmal_tawau
16-10-2010, 01:46 PM
betul2 ni...dah tahu lama,tu pasal tak mkn MCD...huhu

baguslah. makin ramai x makan. sy pun setuju. byk makanan kt pasaran kita kena hati2 dr segi kandungan. maklumlah makanan ni salah satu saluran kafir nak menjahanamkan umat islam.

monolo9
16-10-2010, 01:47 PM
anjing pun tanak makan weh...:))

yudiliya
16-10-2010, 01:56 PM
anjing pun tanak makan weh...:))
Tapi manusia makan
maknanya..........

Zullee09
16-10-2010, 01:56 PM
aku x caya msti org tu ltak pengawet.ltak kat blik yg beraircon xda udara lain masuk.mesti leh tahan punya:-?:-?:-?

tenungskrin
16-10-2010, 01:57 PM
patutla sodap

nonama
16-10-2010, 02:21 PM
huhu~ aku dah lama dah ni x makan mcD start dari awal tahun sbb x halal... so tambah pulak yg ni kompom aku boikot abis2an...

zerovirus
16-10-2010, 05:52 PM
apa pun mcd ni tak sedap langsung :p

fms
16-10-2010, 08:07 PM
tu mnunjukkan mcd tahan lama..makanan terbaik di abad ini haha

mmg btol..
tapi takut guna bahan pengawet kasi makanan tahan lama..
roti paling mudah kene kulat..tapi xde pape pon roti McD dlm gambar tuh..
aku rasa beza 2-3 jam je..
xkan semut xnak hinggap plak..

rijal2009
16-10-2010, 08:27 PM
tahan nye burger nie..

highway
16-10-2010, 08:34 PM
busuk mcm mne pon...penoh jer aku tgk...kena quee dkt 10 minit :)

logammaut
16-10-2010, 09:48 PM
6 bulan tu tahan lama gilos. Guna pengawet mayat kot.

iswaraburuk
16-10-2010, 10:50 PM
mcd byk aji no moto

kasturi
16-10-2010, 10:54 PM
6 bulan tu tahan lama gilos. Guna pengawet mayat kot.

patut la sodappp :p

peja510
17-10-2010, 12:05 AM
mujur aku xmakan mcd..
org islam, kasi boikot sama mcd..
jgn bagi banyak alasan untuk tetap makan mcd..

mtx_69
17-10-2010, 01:46 AM
uiks patut lah saya ketagih nak makan mcd ni..macam ada nikotin je,hahaha

abahmu
17-10-2010, 01:50 AM
Itu eksperimen orang, kita sendiri kena ler buat sendiri eksperimen untuk membuktikan kesahihannya, versi rakyat Malaysia i mean. Sapa sanggup sahut cabaran nih?

sbnrnya aku pnh buat secara x sengaja..fun fries aku aku mkn x habis tinggal dlm keta...esokkannya dh teruk dh pun fries tu..x mcm dlm gambar yg pompuan tu post kan..tu yg aku pelik tu...

ntah2 pompuan tu upahan burger king kot :)):))

Toxic2010
17-10-2010, 01:53 AM
McD pun ada rahsia seperti coca cola.. recipe-X..

parcofolgore
17-10-2010, 02:26 AM
ades br je g mkn...

sipout
17-10-2010, 02:35 AM
pengaruh cuaca gaks kot...huhuuhu