PDA

View Full Version : Tips melancong ke luar negara


southwest travel
17-09-2010, 11:39 AM
Info yang berguna untuk anda sebelum/ketika melancong mari berkongsi ilmu pengetahuan.....

Ini lembaran TIPS yang NO 1 : Klik Sini (http://www.speedyshare.com/files/24242820/SENARAI_SEMAK_UNTUK_MELANCONG.pdf)

Donlod laa ilmu berguna tuuu

southwest travel
17-09-2010, 11:42 AM
Kebanyakan dari kita, terutama yang melancong ke luar negara, duit akan keluar macam air. Pertama disebabkan kadar pertukaran wang asing yang tinggi. Kedua sebab...tak tahan nak shopping!

southwest travel
17-09-2010, 11:42 AM
Bawa Botol Air Kemana-mana
Kalau kita asyik beli air, tanpa disangka-sangka kita dah berbelanja hampir beratus-ratus ringgit disebabkan air saja! Bayangkan kalau satu botol air di negara Eropah mungkin 2 h...ingga 3 Euro. Kalau sehari 3 kali beli, dah dekat 10 Euro. Itu dah RM50 sehari! Cuba bayangkan kalau seminggu!

Jadi, bawak je botol air. Kat eropah ni air paip selamat nak minum. Kalau ada botol kan senang? Pantang nampak paip je..isi botol tu.

southwest travel
17-09-2010, 11:43 AM
Jalan Kaki
Kita orang Malaysia ni...cukup malas bab nak jalan. Asal nak keluar sikit, kena naik kereta. Al maklum la..panas. Tapi semasa melancong, kalau kita jalan kaki, kita akan dapat melihat lebih banyak benda, dan juga jimat sikit tamba...ng bas.

southwest travel
17-09-2010, 11:43 AM
Bawa Makanan Ringan
Biskut, kek, roti, dan semua benda ni - masukkan dalam plastik 'zip', dan bawa kemana-mana. Kita selalu nak beli makanan masa melancong sebab lapar. Kita lapar pun sebab penat berjalan kesana kemari. Makanan ringan ni sed...ikit sebanyak membantu mengalas perut.

oldskoolrocka
24-09-2010, 10:12 AM
bagus info2 ni...

southwest travel
27-09-2010, 09:14 AM
bagus info2 ni...

Akan sentiasa di update tuan...

faizk
27-09-2010, 09:17 AM
aku melancong dlm mesia jek

parcofolgore
27-09-2010, 09:34 AM
ok gak nih..tq

southwest travel
27-09-2010, 10:54 AM
Beli Makanan di Kedai Runcit
Kat Europe ni, kalau nak makan kat restoran, berpeluh kita. Ini antara tips yang paling penting untuk jimat duit. Beli makanan kat kedai runcit. Beli roti, jem, ikan tuna dalam tin, buah-buahan di kedai runcit, atau di sesetengah shopping complex yang ada grocery store. Ha, masukkan semua makanan ni dalam beg, bila dah waktu makan, pergi la hampar kain sarung tu, dan 'picnic' kat tempat-tempat yang best. Lagi seronok.

Rata-rata kalau nak makan di restoran harganya jatuh dalam 7 hingga 15 Euro seorang. Yang halal pun bukannya banyak sangat dalam menu (menu ikan, sayur-sayuran, etc). Kebanyakan dari pengalaman saya makan di restoran..semuanya menyesal! Sebab..dah la bayar mahal...tapi kita takkan dapat tahu sedap atau tidak selagi makanan tak sampai. Sekali tak sedap...menyesal seumur hidup!

Kalau dah desperate sangat takda makanan pun, haa..kat Europe ada banyak gerai Kebab. Kebanyakkannya Halal (tapi ada yang tiada tanda halal). Tengok pada tempat, ada yang 3 Euro, ada yang menjangkau 12 Euro. Jadi tengok-tengoklah tanda harga dulu.

southwest travel
27-09-2010, 10:55 AM
Cari Pakej
Kadang-kadang, ada pakej-pakej yang lebih murah diambil. Contohnya di Brussels, ada satu pakej bas hop-on, hop-off. Bas tu kita boleh naik dan turun di mana-mana sahaja selama 24 jam. Dan bas tu akan pergi ke hampir semua destinasi terbaik di Brussels. Uih, kalau nak bayar tambang sendiri tu boleh jadi mahal jugal.

Contoh kedua, kekadang ada hostel yang berikan breakfast percuma. (Bukan hotel yang mahal, hostel yang murah-murah pun ada). Buat lah research betul2 semasa merancang trip anda.

southwest travel
27-09-2010, 10:55 AM
aku melancong dlm mesia jek

sesekali ke luar negara hehehe makang angin

southwest travel
27-09-2010, 10:58 AM
a. Rancang percutian anda dengan lebih awal dan bijak.

b. Pastikan peruntukan kewangan anda mencukupi untuk percutian yang dipilih.

c. Membuat kajian terlebih dahulu mengenai destinasi pelancongan yang hendak dituju melalui Internet.

d. Pilih agensi pelancongan yang boleh dipercayai.

e. Pastikan dokumen-dokumen penting termasuk tiket kapal terbang, passport dan cek kembara dibawa bersama sebelum
memulakan percutian.

f. Sentiasa berhati-hati dan jangan memakai barang kemas yang banyak ketika melancong.

g. Jangan membawa terlalu banyak barang atau pakaian ketika melancong dan pastikan pakaian yang dibawa bersesuaian dengan
destinasi yang hendak dituju.

h. Minta tips atau cadangan dari staf hotel mengenai tempat-tempat yang menarik dan selamat.

wmtarmizi
27-09-2010, 11:07 AM
SAlam.. Memang bagus maklumat ni untuk org yang baru nk pergi melancung.. thanks TT..

seether
03-10-2010, 07:30 PM
rajin2 kumpul sen kalau nak travel2 ni k..biar bajet kene dgn tpt yg nak pegi tu..hehe..xde bajet kalu nanti terpakse jadi homeless plak..hehe.

southwest travel
11-10-2010, 12:08 PM
rajin2 kumpul sen kalau nak travel2 ni k..biar bajet kene dgn tpt yg nak pegi tu..hehe..xde bajet kalu nanti terpakse jadi homeless plak..hehe.

betul betul....

farizal
11-10-2010, 12:18 PM
aku nak ke europe thn depan. aku perlukan tipē mcm ni pasal aku x penah pi
europe. aku sangatē menghargai tipē yg TT berikan. terima kasih.

kalau sesapa ada tipsē, share lah kat sini :D

southwest travel
11-10-2010, 02:23 PM
Menaiki kereta api bawah tanah untuk ke tempat tumpuan pelancong, antaranya Central Park dan tapak Ground Zero-World Trade Centre (WTC) tidak sukar kerana laluannya mudah, cuma kena pasti tren mana yang akan ke sana kerana ada dua laluan di bandar raya terbabit.

Cuma, pastikan anda merancang perjalanan kerana jika menaiki tren pada waktu warga metropolitan itu pulang daripada kerja, sesaknya memang memeritkan, apalagi dengan saiz badan mereka yang besar!

southwest travel
11-10-2010, 02:29 PM
Tips on Avoiding Theft

Thieves thrive on confusion, crowds, and tourist traps. Here's some advice given to me by a thief who won the lotto.

Keep a low profile: Never leave your camera lying around where hotel workers and others can see it and be tempted. Keep it either around your neck or zipped safely out of sight. Luxurious luggage lures thieves. The thief chooses the most impressive suitcase in the pile — never mine. Things are much safer in your room than with you in a day bag on the streets. Hotels are a relative haven from thieves and a good resource for advice on personal safety.
inside a busy train station
A crowded train station...it's enough to bring tears to a pickpocket's eyes.

On trains and at the station: On the train, be alert at stops, when thieves can dash on and off — with your bag. When sleeping on a train (or at an airport, or anywhere in public), clip or fasten your pack or suitcase to the seat, luggage rack, or yourself. Even the slight inconvenience of undoing a clip deters most thieves. Women shouldn't sleep in an empty train compartment. You're safer sharing a compartment with a friendly family. Be on guard in train stations, especially upon arrival, when you may be overburdened by luggage and overwhelmed by a new location. If you check your luggage, keep the claim ticket or key in your money belt — thieves know just where to go if they snare one of these.

Public transit and flea markets: Crowding through big-city subway turnstiles is a popular way to rip off the unsuspecting tourist. Imaginative artful-dodger thief teams create a fight or commotion to distract their victims. Crowded flea markets and city buses that cover the tourist sights (such as Rome's notorious #64) are also happy hunting grounds. Thief teams will often block a bus or subway entry, causing the person behind you to "bump" into you. While I don't lock my zippers, most zippers are lockable, and even a twist-tie or key ring is helpful to keep your bag zipped up tight. Don't use a waist (or "fanny") pack as a money belt. Thieves assume this is where you keep your goodies.

Your rental car: Thieves target tourists' cars — especially at night. Don't leave anything even hinting of value in view in your parked car. Put anything worth stealing in the trunk (or, better yet, in your hotel room). Leave your glove compartment open so the thief can look in without breaking in. Choose your parking place carefully. Your hotel receptionist knows what's safe and what precautions are necessary.

Make your car look as local as possible. Leave no tourist information lying around. Put a local newspaper under the rear window. More than half of the work that European automobile glass shops do is repairing windows broken by thieves. Before I choose where to park my car, I check if the parking lot's asphalt glitters. If you have a hatchback, leave the trunk covered during the day. At night take the cover off the trunk and lay it on the back seat so the thief knows you're savvy and can see there's nothing stored in the back of your car. Many police advise leaving your car unlocked at night. Worthless but irreplaceable things (journal, spent film, etc.) are stolen only if left in a bag. It's better to keep these things with you, or if need be, lay them loose in the trunk. In major cities in Spain, crude thieves reach into windows or even smash the windows of occupied cars at stoplights to grab a purse or camera. In Rome, my favorite pension is next to a large police station — a safe place to park, if you're legal.

southwest travel
11-10-2010, 02:30 PM
Don’t Always Assume That Public Transportation is Better Than Renting a Car

We’ve mostly traveled by public transportation in Europe. Be aware, though, that subways/metro/city bus lines will probably operate differently in every place you’ll visit. (Hot tip: Don’t throw away your tube/metro/tram ticket until you’re sure you won’t need it to exit the station.) Trains may be less frequent than you’d desire; or you may not like spending two hours on a bus when you could get there in 45 minutes by car. Taxis, especially shared with a couple of traveling companions, may be a viable cost-effective alternative. In general regarding transportation, we suggest booking air or car rentals in advance, and everything else (unless you’re on a tight schedule) when you arrive (except in the busy summer season – then, reserve everything ahead, especially train reservations).

Nora619
11-10-2010, 03:36 PM
aku nak ke europe thn depan. aku perlukan tipē mcm ni pasal aku x penah pi
europe. aku sangatē menghargai tipē yg TT berikan. terima kasih.

kalau sesapa ada tipsē, share lah kat sini :D

Sediakan visa,sebab pernah masuk lokap semasa nak masuk Perancis tanpa visa. Semua mesti pergi Europe sekali kalau dapat, memang best gila. :">

southwest travel
14-10-2010, 05:17 PM
Sediakan visa,sebab pernah masuk lokap semasa nak masuk Perancis tanpa visa. Semua mesti pergi Europe sekali kalau dapat, memang best gila. :">


Kalu nak best sekali kerja ngan Travel Agency SEMUA FREE... company tanggung hehehehe BESTTTTTTT

pentavalen
20-10-2010, 12:04 AM
tu yg aku mintak tak dapat2 tu............ tensennn

Sony_Boy
21-10-2010, 07:56 PM
Sediakan visa,sebab pernah masuk lokap semasa nak masuk Perancis tanpa visa. Semua mesti pergi Europe sekali kalau dapat, memang best gila. :">

bila masa pulak gi Europe pakai visa nih?

wisezairy
22-10-2010, 04:20 AM
Sediakan visa,sebab pernah masuk lokap semasa nak masuk Perancis tanpa visa. Semua mesti pergi Europe sekali kalau dapat, memang best gila. :">

dah kena pakai visa nak ke PARIS??:o

southwest travel
22-10-2010, 05:14 PM
France tourist visa is not required
for citizens of Malaysia for a stay up to 90 days.

southwest travel
22-10-2010, 05:14 PM
France tourist visa is not required
for citizens of Malaysia for a stay up to 90 days.

ohusa
22-10-2010, 07:06 PM
Sediakan visa,sebab pernah masuk lokap semasa nak masuk Perancis tanpa visa. Semua mesti pergi Europe sekali kalau dapat, memang best gila. :">

bila pulak kena visa nak masuk perachis???

farizal
01-11-2010, 11:02 AM
Sediakan visa,sebab pernah masuk lokap semasa nak masuk Perancis tanpa visa. Semua mesti pergi Europe sekali kalau dapat, memang best gila. :">

biar betul kena pakai visa utk masuk Paris.

harap komenē yang diberikan tak menyimpang. boleh sesiapa pastikan
samada visa diperlukan utk melancong ke Paris?

terima kasih.

p/s: sangatē menghargai kepada sesiapa yang memberikan maklumbalas
yang tepat dan mempunyai pengalaman sendiri untuk mengelakkan
kekeliruan.

faidz1809
02-11-2010, 05:55 PM
melancong ke luar negara mesti bawa wang yg cukup utk exchange.
haha.pergi taiwan lor.low budget.
banyk makanan sedap kat sana juga.=)

maibee71
02-11-2010, 06:34 PM
Sediakan visa,sebab pernah masuk lokap semasa nak masuk Perancis tanpa visa. Semua mesti pergi Europe sekali kalau dapat, memang best gila. :">

Aku rounding dari UK ke France ke Switzerland takde visa. Cuma isi borang je masa naik Eurostar. Aku dari UK ke Amsterdam ke Brussels ke France pun takde visa. Dalam EU tak kena visa kalau tak silap aku.

maibee71
02-11-2010, 06:36 PM
Kalu nak best sekali kerja ngan Travel Agency SEMUA FREE... company tanggung hehehehe BESTTTTTTT

Aku semua sendiri buat dari Malaysia. Internet ada maa. Booking hotel, train, flight, tour semua ada maaa. Mau rajin dating dengan pak google....:D

maibee71
02-11-2010, 06:38 PM
melancong ke luar negara mesti bawa wang yg cukup utk exchange.
haha.pergi taiwan lor.low budget.
banyk makanan sedap kat sana juga.=)

Credit card wajib bawah. backup....

Sony_Boy
04-11-2010, 11:26 AM
biar betul kena pakai visa utk masuk Paris.

harap komenē yang diberikan tak menyimpang. boleh sesiapa pastikan
samada visa diperlukan utk melancong ke Paris?

terima kasih.

p/s: sangatē menghargai kepada sesiapa yang memberikan maklumbalas
yang tepat dan mempunyai pengalaman sendiri untuk mengelakkan
kekeliruan.

kerja takde permit la tuh.. tak penah2 aku travel Europe kena ada visa..

Sony_Boy
04-11-2010, 11:29 AM
Aku semua sendiri buat dari Malaysia. Internet ada maa. Booking hotel, train, flight, tour semua ada maaa. Mau rajin dating dengan pak google....:D

yeap.. kalau booking online ada yg bagi discount so save duit kat situ tapi kenalah rajin.. kalau malas pakai tour.. :)):)):))

PiYuk
17-11-2010, 01:54 PM
UK.. senang sgt nak jln2 xperlu risau pasal mkn or apa2..

Brussels.. pun senang, mkn susah sikit.. go for fruits

Amsterdam.. kat area Damrak, byk tpt mkn halal.. so no worries.

Frankfurt.. pun ada halal kebab..tapi spelling "Helal".. right dpn continental hotel dkt Haupbanhoft.

Zurich .. mkn seafood pun sedap, nordsee restaurant..

Barcelona.. kalau pandai cari ada kedai pakistan yg halal gak.. tp kene naik bas sikit kalau duk kat area plaza catalunya tu..

Rome.. this place is marvelous.. tpt mkn halal berlambak.. at least dkt central station jer ada 6 kedai.. so xkan kelaparan.. some of the pekerja kedai can speak malays..hehehe

Florence.. ada satu star kebab kat blkg area McD kat central station.. kene pusing2 sikit..

Venice.. pun ada kebab, area nak ke piazza san marco..pendek kata tu jer yg senang dan halal hehehe

Milan.. dekat2 central station, kuar dr CS tu pandang kiri, sederet byk kedai mkn halal.

Tokyo.. errr.. susah sikit.. so go for fruits n vege..

Helsinki.. mkn salmon tp amik sacude yg xder wine ler.. can request, tp xsedap.

Santorini.. go for seafood..tp veru expensive

Athens.. mkn seafood gak.. kebab susah giler nak carik..

Paris.. byk halal food gak.. cuma pricey sikit.. area Gard Du North murah sikit.

Liverpool.. senang gak..esp kalau duk kat holiday inn hotel..kuar dr hotel pandang far right nampak 2 kedai halal.

Manchester.. no problemo..by pakistanis restaurant.

Birmingham.. pun xsusah.. tp i mkn kat umah kawan hehehe

ok atas ni seme tips tpt mkn.

boey
17-11-2010, 02:06 PM
info yang bagus.. tq

PiYuk
27-11-2010, 12:46 PM
Meh nak tambah...
Di seoul area itaewon senang cari mknan halal.
Di nandaemun ada 1 kebab halal dkt dgn gate 6 or 5 tak perasan lakz.
Kat myendong ada satu kedai arab ..safron tp mahal ler

Kalau nak shopping, i wud suggest gi europe better, harga di seoul mahal giler esp kat galleria.

I suka cover bab mkn, bab tpt tgl ikut kemampuan.. As for me i cuba semua dr hostel ke hotel 5stars..

For flight fares lak i wud definitely chose yg cheaper akak economy jer hehe

PiYuk
27-11-2010, 12:48 PM
Deleted (double posting)

wtc191
27-11-2010, 12:58 PM
tt boleh x bagi money changer terbaek for vietnam currency "dong"...i have 5.25m of dong available...possible area kl

farizal
27-11-2010, 01:04 PM
tt boleh x bagi money changer terbaek for vietnam currency "dong"...i have 5.25m of dong available...possible area kl

aku prefer pakai dollar drpd dong. time aku pakai dong, banyak
masalah bila membeli. time ni peniaga yang tak jujur boleh ambik kesempatan.

lastē aku pegi tukar USD. time ni baru senang nak kira.

tahun 2006 aku tukar rm350 dpt 1.2 juta dong x silap aku.

maibee71
27-11-2010, 02:04 PM
UK.. senang sgt nak jln2 xperlu risau pasal mkn or apa2..
KFC pun dah halal hee-hee

Brussels.. pun senang, mkn susah sikit.. go for fruits
fine dining restaurant. Ada banyak. Takde tulis halal tapi verbal assurance dari owner. owner muslim

Amsterdam.. kat area Damrak, byk tpt mkn halal.. so no worries.
Town banyak halal food.

Frankfurt.. pun ada halal kebab..tapi spelling "Helal".. right dpn continental hotel dkt Haupbanhoft.

Zurich .. mkn seafood pun sedap, nordsee restaurant..
seafood ngeri sikit takut depa masak letak wine. majority memang letak wine!!!

Barcelona.. kalau pandai cari ada kedai pakistan yg halal gak.. tp kene naik bas sikit kalau duk kat area plaza catalunya tu..

Rome.. this place is marvelous.. tpt mkn halal berlambak.. at least dkt central station jer ada 6 kedai.. so xkan kelaparan.. some of the pekerja kedai can speak malays..hehehe

Florence.. ada satu star kebab kat blkg area McD kat central station.. kene pusing2 sikit..

Venice.. pun ada kebab, area nak ke piazza san marco..pendek kata tu jer yg senang dan halal hehehe
setempat je jual kebab. buatnya tutup telan roti je lah

Milan.. dekat2 central station, kuar dr CS tu pandang kiri, sederet byk kedai mkn halal.

Tokyo.. errr.. susah sikit.. so go for fruits n vege..

Helsinki.. mkn salmon tp amik sacude yg xder wine ler.. can request, tp xsedap.

Santorini.. go for seafood..tp veru expensive

Athens.. mkn seafood gak.. kebab susah giler nak carik..

Paris.. byk halal food gak.. cuma pricey sikit.. area Gard Du North murah sikit.
kat lane belah kiri berlambak beryani. sodap plak tu

Liverpool.. senang gak..esp kalau duk kat holiday inn hotel..kuar dr hotel pandang far right nampak 2 kedai halal.
Yee yee betoi, ramai muslim kat Liverpool. Yg jaga petrol station tepi stadium Anfield pun muslim.

Manchester.. no problemo..by pakistanis restaurant.

Birmingham.. pun xsusah.. tp i mkn kat umah kawan hehehe

ok atas ni seme tips tpt mkn.

kat edinburgh cari masjid. Tepi masjid tu kedai makan.
kat southampton makan fish & chips dengan jacket potato. Dekat masjid pun banyak kedai muslim.
kat disneyland paris pun blasah fish & chips. Jangan lupa bawak cili sauce.:D
kat Australia - merata halal food. takyah pening.

maliq7776
05-12-2010, 09:20 AM
money changer kat mana terima nak tukar coin oversea? aku berlambak coin oversea ni..tapi sumer money changer tak nak ambik. dorang nak pun rate separuh ni..hampeh tol..

nabilashalha
14-02-2011, 09:39 AM
dulu aku melancong,aku masak,bw bekal..sbbnya aku sewa rumah la..klu dok hotel or backpackers susah sket nk masak..tp mmg membantu la makanan2 yg dibawa sendiri nih..sbbnyaa duit kita ble guna utk benda lain..lgpun susah nk jmpa makanan yg halal,kalau ada restoran halal,harga mestila mahal..

Qawiem
14-02-2011, 10:37 AM
Dulu2 waktu student, merayap from one place to another stay kat student resident. Banyak gak student2 lain from other countries yg buat camtu - tak yah nak stay hotel mahal2.

Once ada 2 orang cikgu pompuan dr JB, tiap tahun holiday oversea, style diaorg, stay kat student hostel. Dah hampir satu dunia diaorg cover.

warok232
18-02-2011, 09:30 AM
kalu nak cari hostel murah kat area europe,cari jek kt hostelworld.com..
snang keje

rumah2u
04-03-2011, 11:22 AM
Bagus thread ni... mohon share boleh TT :D

iRwint
12-09-2011, 02:19 PM
kalo korang nak pi vietnam, myanmar, cambodia atau australia. sila rujuk kat website nie untuk mendapatkan lebih informasi tentang visa

http://www.evisaasia.com/visa-requirement/tourist-visa-requirements-for-malaysia-citizens/

puyol
12-09-2011, 04:05 PM
Baru balik dari Vietnam pada 15 Ogos 2011.
Trip pada 10-15 ogos 2011. Bulan puasa tu.
Letih memang letih tapi memang best. Macam2 pengalaman dapat kat sana.

farizal
12-09-2011, 04:15 PM
Baru balik dari Vietnam pada 15 Ogos 2011.
Trip pada 10-15 ogos 2011. Bulan puasa tu.
Letih memang letih tapi memang best. Macam2 pengalaman dapat kat sana.

Aku pi vietnam tahun 2006. 1st time keluar malaysia hehehe. masa tu aku tak ready
apa sgt mcm kamera ke, shopping ke. setakat pegi sana, jalan-jalan. tu je. 4 hari
je kat sana :D

puyol
13-09-2011, 02:51 AM
Aku pi vietnam tahun 2006. 1st time keluar malaysia hehehe. masa tu aku tak ready
apa sgt mcm kamera ke, shopping ke. setakat pegi sana, jalan-jalan. tu je. 4 hari
je kat sana :D

Bro pergi Hanoi ke atau Saigon?

farizal
13-09-2011, 09:00 AM
Bro pergi Hanoi ke atau Saigon?

aku pegi saigon. aku tgk jalan diorang pening kepala

puyol
13-09-2011, 02:07 PM
aku pegi saigon. aku tgk jalan diorang pening kepala

Oh, memang la. Kat sana banyak motor. Bersimpang siur ada jer motor. Tak nampak pulak accident nya,:D

mrfs1978
13-09-2011, 02:15 PM
bagus tips nie....

marina87
13-09-2011, 09:10 PM
Thanks for sharing tips!

Lagi satu nak tambah, telecommunication tips. Ini penting. Phone kena selalu ada kt tangan. Save number kedutaan Malaysia kt tempat yang kita pergi tu. Just incase, boleh simply call diorg.

Tapi make sure, jangan roaming pakai simcard Malaysia, beli simcard dari sana lebih murah. Kalau nak buat phone call selalu atau nak receive call byk, pakai sekali dgn Flexiroam. RM10 je perday untuk unlimited voice roaming. :)

farizal
14-09-2011, 08:49 AM
Oh, memang la. Kat sana banyak motor. Bersimpang siur ada jer motor. Tak nampak pulak accident nya,:D

aku ada nampak xcident. sebelah aku je... yg kelakarnya, org tak
jatuh, tp motor jatuh.

pas tu pulak, perangai diorang ni kalau kat simpang empat, diorang
akan hon dr jauh sebelum pecut. giler betul

khg
16-09-2011, 03:49 PM
just nak share tips. kalau dah ada layann!!,

jgn lupa bawak adapter yg multi .. adapter tu blh plug pada mcm2 jenis negara. so bila travel byk negara.. x yah susah2 nak beli kat tmpt dia org.

sansorrow
20-09-2011, 02:05 PM
kalo pergi negara2 yg tak cakap omputih..kalo kite dpt belajo sket2 bahasa derang lg mantap.. lebeh rasa disenangi org2 local..dpt cakap apa kabar ..brapa ringgit pun dah okey hehe

geniousboy
08-10-2011, 10:43 AM
Glasgow - banyak kedai halal. malaysian pun ramai kat sana. (aku belajar sana)

Edinburgh - g kitchen mosque. kedai makan tepi masjid. murah, banyak n sedap!!

Manchester - kedai makan halal bersepah kat area rusholme. student malaysia ramai dok situ. kalo dekat town, ade 1 kedai halal dekat piccadilly bus station. ade jual nasi, mi.

London - lagi la x perlu risau kedai halal. nak masakan malaysia pun ade kat restoran jom makan atau kat kantin malaysian hall.

Brussel - banyak je kedai halal. kadang2 x tulis tapi kena tanya.

Paris - ade tapi kena tanya name area tu. dah lupe. nak senang, cari masjid paris, tanye org kat situ.

Istanbul - majoriti Islam so x perlu risau.

tips-tips lain. (especially kalo ke uk/europe)
kat scotland je yg air paip betul2 bersih, boleh terus minum. kat england x semua tempat bersih.

botol kosong harus bawak utk urusan toilet. kena ingat, toilet kat uk/europe xde paip mcm malaysia. unless korang mmg selesa beristinjak dgn tisu je. kalo bole asingkan la botol toilet ngn botol minum.. haha

duit/passport letak dalam waist pouch yg nipis. tempat mcm paris, italy, byk gile pencopet..

bawak lip balm dgn mosturiser. lg penting lip balm. sebab kat sane kering, bibir cepat kering n merekah.

kalo berjalan musim winter, autumn atau spring yg x berapa panas, korang xyah bawak baju banyak2. bole ulang2 gune sebab x peluh pun even 1 ari bjalan sakan. kalo bpeluh pun baju x busuk. bile malam, gantung n anginkan je baju/seluar. especially utk backpackers.

bawak buku nota kecik utk catat sgala perbelanjaan. senang nak monitor aliran duit keluar. mane la tau tibe2 kite tengok duet kurang. ingatkan kena copet, skali rupenye abes beli benda2 remeh je..

jgn lupa cek waktu solat dan bawak kompas kiblat. nak berwuduk mungkin masalah jugak especially nak basuh kaki. sebab tu kena bawak botol air kosong. harus ingat, surau/masjid mungkin susah nak carik sebab x sebanyak malaysia (tengok tempat). so bersedia utk solat di mana2 je. pengalaman menarik tu. heheh

tu jela kot dulu. kalo ingat nanti update lagi..

geniousboy
08-10-2011, 10:52 AM
haa baru ingat.. bab komunikasi kat negara x cakap english..
cube ingat few very basic sentence mcm hello, thank you, please, etc..
paling effective, korang hafal ayat 'do you speak english?'

contoh kalo kat paris, ckp french..
'excuse me, do you speak english?'
'excusez-moi, parlev-vouz anglais?'
sebutannye lebih kurang 'exkoozay mwah, parlay voo anglay?'
then kalo org tu jawab 'oiu (wi)' atau yes, bermaksud korang boleh proceed conversation in english.

harus ingat, kadang2 kena tanye 4-5 orang baru ade org jawab yes.
diorang mmg susah nak cakap english. but diorang akan lebih appreciate n gladly to help kalo kite approach gune bahasa diorang..

siapa boleh cakap arab lagi untung.. ramai muslim kat negara europe/uk, diorang either communicate gune bahasa negara diorang tinggal atau arab..

puteriwang
11-10-2011, 03:44 PM
Tips kalau nak naik cruise superstar.
Sila bwk world adapter jgk sbb nya dlm tu plug semua international punya,
even saya naik cruise dlm penang je haritu.

Blh nak pinjam dgn room service tp hanya 5jam je.
Kalau lbh 5jam.. kena denda RM25... tak kuasa!

fadli1982
17-01-2012, 02:51 PM
aku nak ke europe thn depan. aku perlukan tipē mcm ni pasal aku x penah pi
europe. aku sangatē menghargai tipē yg TT berikan. terima kasih.

kalau sesapa ada tipsē, share lah kat sini :D

Akhirnya berjaya juga bro pi yer...

TokJayo777200
27-11-2014, 03:39 PM
Beli Makanan di Kedai Runcit
Kat Europe ni, kalau nak makan kat restoran, berpeluh kita. Ini antara tips yang paling penting untuk jimat duit. Beli makanan kat kedai runcit. Beli roti, jem, ikan tuna dalam tin, buah-buahan di kedai runcit, atau di sesetengah shopping complex yang ada grocery store. Ha, masukkan semua makanan ni dalam beg, bila dah waktu makan, pergi la hampar kain sarung tu, dan 'picnic' kat tempat-tempat yang best. Lagi seronok.

Rata-rata kalau nak makan di restoran harganya jatuh dalam 7 hingga 15 Euro seorang. Yang halal pun bukannya banyak sangat dalam menu (menu ikan, sayur-sayuran, etc). Kebanyakan dari pengalaman saya makan di restoran..semuanya menyesal! Sebab..dah la bayar mahal...tapi kita takkan dapat tahu sedap atau tidak selagi makanan tak sampai. Sekali tak sedap...menyesal seumur hidup!

Kalau dah desperate sangat takda makanan pun, haa..kat Europe ada banyak gerai Kebab. Kebanyakkannya Halal (tapi ada yang tiada tanda halal). Tengok pada tempat, ada yang 3 Euro, ada yang menjangkau 12 Euro. Jadi tengok-tengoklah tanda harga dulu.

Info yg amat berguna.Terimakasih.

sord87
27-11-2014, 03:42 PM
tak jai aku nak melancong luarnegara macam ni!

TokJayo777200
27-11-2014, 03:49 PM
Masa keluar jalan2 tu nak kena bawak passport ke?Takut hilang lah.Fotokopi boleh tak?