PDA

View Full Version : TM lancar dua khidmat internet jalur lebar baru

RMteam
18-05-2007, 10:16 AM
Member sini any komen just post ok.. kita bincang sama2.:D

TELEKOM Malaysia Bhd (TM), melancarkan dua perkhidmatan jalur lebar
terbarunya, iaitu penyelesaian berkelajuan tinggi perkhidmatan Metro
Ethernet (Metro.e) dan Streamyx 4.0 Mbps.

Metro.e disasarkan kepada pelanggan perniagaan, manakala Streamyx 4.0
Mbps untuk pengguna kediaman.

Ketua Eksekutif Perniagaan Malaysia, Telekom Malaysia, Zamzamzairani
Mohd Isa, berkata buat permulaan kedua-dua perkhidmatan itu ditawarkan di
Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Beliau berkata, pada masa depan ia akan diperluaskan di bandar utama
yang lain.

"Keupayaan kedua-dua perkhidmatan jalur lebar adalah yang paling pantas
di Malaysia ketika ini.

"Ia boleh dipertingkatkan lagi kemampuannya daripada 4 Mbps kepada 1
Gbps, sekali gus menjanjikan jaminan kelajuan pemprosesan yang tinggi
tanpa mengira bilangan pelanggan," katanya pada sidang media selepas
pelancaran kedua-dua perkhidmatan itu di Kuala Lumpur semalam.

Ia dilancarkan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Sri Dr Lim
Keng Yaik. Turut hadir Pengerusi TM, Tan Sri Radzi Mansor.

Zamzamzairani berkata, Metro.e adalah teknologi penghantaran data
paling mudah di naik taraf kerana menggunakan topologi rangkaian serba boleh
yang membenarkan pelanggan menaik taraf kapasitinya mengikut keperluan.

Zamzamzairani berkata, bagi pelanggan kediaman TM memperuntukkan 16,000
port yang memberi pilihan kepada 16,000 pelanggan sama ada melanggani
pakej Stremayx 2.0 Mbps atau 4.0 Mbps.

Katanya, sempena pelancaran Streamyx 4.0bps, TM menawarkan promosi
pakej istimewa pada harga RM198 sebulan, iaitu diskaun kira-kira 25 peratus
daripada harga langganan biasanya RM268 sebulan.

"Tempoh promosi ini adalah selama sebulan dan tempoh langganan minimum
12 bulan," katanya.

Pelanggan akan dikenakan caj sekali saja bagi pemasangan sebanyak RM88
dan yuran pengaktifan RM75.

Zamzamzairani berkata, dalam tempoh lebih setahun lalu, TM sudah
meningkatkan tahap kelajuan perkhidmatan Streamyx 2.0 sebanyak dua kali ganda
sejak ia mula diperkenalkan pada Februari tahun lalu.

Katanya, TM sudah membelanjakan RM100 juta daripada RM600 juta yang
diperuntukkan bagi meningkatkan kemampuan perkhidmatan jalur lebarnya bagi
tempoh tiga tahun.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan semalam, TM mengumumkan
syarikat bersekutunya di India, Spice Communications Limited (Spice),
mendapat kelulusan untuk menawarkan perkhidmatan Jarak Jauh Nasional dan
Antarabangsa (NLD/ILD).

Lesen NLD /ILD diperoleh daripada Department of Telecom (DoT) pada 11
Mei 2007. Spice mengemukakan permohonan bagi kedua-dua lesen pada Ogos
2006.

Bagaimanapun, permohonannya bagi lesen untuk beroperasi dalam 20
kawasan bagi mewujudkan kehadiran di seluruh India, masih belum mendapat
keputusan.

"Kami amat gembira dengan berita yang kami terima ini," kata Ketua
Eksekutif TM International Sdn Bhd, Yusof Annuar Yaacob.

sumber : berita harian

Mr.DJ
18-05-2007, 10:38 AM
Ok jugak tu..tp korang pernah dengaq pasal "C Band" & "Ku Band" tak ?....aku rase yg ni lagi baikkk!! dari Strymx yg baru diperkenal kan nie aku tak tau.....

matgori
18-05-2007, 10:38 AM
laju tu 4 mbps tu, zassss...dah sampai kat distinasi...:)

matgori
18-05-2007, 10:39 AM
Ok jugak tu..tp korang pernah dengaq pasal "C Band" & "Ku Band" tak ?....aku rase yg ni lagi baikkk!! dari Strymx yg baru diperkenal kan nie aku tak tau.....

bondo tu? tak pernah denagar lagi....xplain skit :D

remy
18-05-2007, 10:40 AM
yg penting harga tu kena kasi murah laa..

TamingSari
18-05-2007, 10:42 AM
Ok jugak tu..tp korang pernah dengaq pasal "C Band" & "Ku Band" tak ?....aku rase yg ni lagi baikkk!! dari Strymx yg baru diperkenal kan nie aku tak tau.....

terangkan sikit cam menarik je..

Mr.DJ
18-05-2007, 10:52 AM
terangkan sikit cam menarik je..

YuP...ari tu ade DEMO kat ofis aku..memang power giler...coz yg nie klu dah ditetapkan kelajuan internet 1Gbps...memang cam tu ler laju dio...takder pun masalah mcm Strymx tue...lg plak dio pakai antena mcm Astro tu...tp pemasangan memang ler mahal bleh i think more than 1XXX & monthly fees ade byk plan yg diorang perkenalkan....klu nak yg monthly fees yg paling rendah untuk Unlimited Download dalam RM1XX.00 jugak ler....klu nak yg below Rm100 ade juga but Download dio pun Limited la jugak...Aku tak ingat sangat, brochure tu ade kat Rumah..nti besok aku post kat Cnie details nyer...

RMteam
18-05-2007, 11:00 AM

tak sia2 aku bukak thread ni...
heheh
jgn lupa ya esok tu...

matgori
18-05-2007, 11:03 AM

wahh ini lagi zassss.....1gbps, memang cam 'pelesit' lajunya..:D

Mr.DJ
18-05-2007, 11:04 AM
tak sia2 aku bukak thread ni...
heheh
jgn lupa ya esok tu...

Hehe..:D sorry la ye RMTeam..aku ingat korang tau pasal "Cband & KuBand"..tu...ok esok i'll post it here..

ripzer
18-05-2007, 04:29 PM
4mb .. mmg la laju speed...laju gak dia anta bill mintak korang bayar ratus2 utk 4mb.. kat negara lain, 10mb murah jek..ish2

adar
18-05-2007, 04:34 PM
tp laju2 pun baca TOS mrk. kadang2 dlm TOS mrk ada ckp kalo p2p mcm bittorent mrk block.

salah satu contoh yg block p2p adalah maxis. dlm maxis TOS ada sebut tidak dibenarkan aktiviti p2p ni.

bg aku kira streamyx masih ok sbb masih benarkan p2p walaupun slow sbb mrk cap.

jd sblm sign up sesuatu broadband, baca dulu TOS sbb takut menyesal nnt.

VAMP
18-05-2007, 04:37 PM
tp stremyx ne mahal sgt le.. 1mbps je.. pun dah RM77... :)

adar
18-05-2007, 04:40 PM
tp stremyx ne mahal sgt le.. 1mbps je.. pun dah RM77... :)

dah tenaga keje mahal. hehe...cuba kalo tenaga keje murah mcm kat thailand, murah la streamyx.

hehe...beria2 lak aku support TM. nak wat mcm mana. TM sponsor study aku dulu. jgn marah he...

pion
18-05-2007, 04:46 PM
YuP...ari tu ade DEMO kat ofis aku..memang power giler...coz yg nie klu dah ditetapkan kelajuan internet 1Gbps...memang cam tu ler laju dio...takder pun masalah mcm Strymx tue...lg plak dio pakai antena mcm Astro tu...tp pemasangan memang ler mahal bleh i think more than 1XXX & monthly fees ade byk plan yg diorang perkenalkan....klu nak yg monthly fees yg paling rendah untuk Unlimited Download dalam RM1XX.00 jugak ler....klu nak yg below Rm100 ade juga but Download dio pun Limited la jugak...Aku tak ingat sangat, brochure tu ade kat Rumah..nti besok aku post kat Cnie details nyer...

C band n Ku band tu selalu untuk Satelite jer..
memang laju..tp problem dia Line of Sight..

Manakala streamyx ini menggunakan teknologi optic yang lebih laju..

pion
18-05-2007, 04:47 PM
4mb .. mmg la laju speed...laju gak dia anta bill mintak korang bayar ratus2 utk 4mb.. kat negara lain, 10mb murah jek..ish2

tu la pasal...

la ni ikutkan..kapasiti dalam fiber2 yang ada di amalysia, especially utk Tm..bole up sampai 10Gbp/s..

cuma..media converter jer yang belum sampai tahap tu

Mr.DJ
19-05-2007, 02:33 PM
Ok...bleh check kat Ku Band & C band kat website ni....

http://www.smartmalaysia.com

jiran aku gune Ku Band...wow, power la...dio bayak RM 150 sebulan ade mahal sket ler....ade banyak plan diorang provide, untuk persendirian , nak business ke ape...sumer ade...

michael scotfield
19-05-2007, 03:00 PM
jiran ko punye ku band tu, x ganggu siaran astro umah ko ka?

TamingSari
19-05-2007, 03:03 PM
Ok...bleh check kat Ku Band & C band kat website ni....

http://www.smartmalaysia.com

jiran aku gune Ku Band...wow, power la...dio bayak RM 150 sebulan ade mahal sket ler....ade banyak plan diorang provide, untuk persendirian , nak business ke ape...sumer ade...

cam menarik , tp dalam site pling rendah 350 tu...

bolabola_la
19-05-2007, 06:20 PM
gold package speed 1512kbps jer... mananya yang 1Gbps???

RMteam
19-05-2007, 07:00 PM
macam mana nak setting semua menda ni...
kena set sendiri ker bro.. Thunderbiz