BTC USD 84,849.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(Gambar) Ariel Sharon Koma 4 Tahun Bagai Mayat Hidup

tempurung@85

Active Member
Messages
1,870
Joined
Sep 23, 2008
Messages
1,870
Reaction score
591
Points
71
2003_Ariel_Sharon2.jpg


Ariel Sharon (bantuan·maklumat) (bahasa Ibrani: אֲרִיאֵל שָׁר‏וֹן, juga digelar Arik אָרִיק) (lahir 27 Februari 1928) ialah seorang bekas Perdana Menteri dan pemimpin tentera Israel yang melihat kerjaya politiknya berakhir akibat diserang angin ahmar yang teruk pada awal tahun 2006.

Sharon berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari bulan Mac 2001 hingga April 2006, namun kuasa-kuasa jawatannya dilaksanakan oleh pemangku Perdana Menteri Ehud Olmert berikutan angin ahmar Sharon pada 4 Januari 2006. Ketika itu, Sharon mula mengalami koma dan sehingga hari ini beliau masih belum sedar.

Ketika kerjayanya yang panjang, Sharon dipandang sebagai tokoh penuh kontroversi oleh banyak pihak di dalam dan luar Israel. Penyokongnya menyanjungnya sebagai pemimpin yang cuba memmulihkan keamanan tanpa mengorbankan kepentingan keselamatan Israel. Ramai warga Israel sedemikian menganggapnya sebagai wira perang yang membantu mempertahankan negara ini ketika detik paling getirnya. Sebilangan pembangkangnya telah cuba mendakwanya sebagai penjenayah perang kerana jenayah yang didakwa berkaitan pembunuhan ramai-ramai Sabra dan Shatila ketika Perang Lubnan 1982, yang mana Suruhanjaya Kahan mendapatinya bertanggungjawab secara 'tidak langsung' dan 'persendirian'. Sementara tiada seorang pun orang Israel yang melakukan pembunuhan itu, siasatan mendapati bahawa Sharon secara persendiriannya bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai akibat kelekaan dan terlebih keyakinan. Akibatnya, Sharon dilucutkan jawatan sebagai Menteri Pertahanan. Namun begitu, Sharon masih lagi merupakan tokoh penting dalam Parti Likud, serta memegang pelbagai jawatan kanan dalam jemaah menteri dan parti, lalu menjadi pemimpin parti pada tahun 1999 dan Perdana Menteri pada tahun 2001.

Ketika berkhidmat sebagai Perdana Menteri, dasar-dasar Sharon menyebabkan pertelingkahan di dalam Parti Likud, lalu Sharon sendiri meningglkan Likud untuk membentuk parti baru, Kadima. Beliau menjadi Perdana Menteri Israel pertama yang tidak bernaung di bawah Parti Buruh Israel atau Likud — kedua-dua parti inilah yang sering mendominasi politik Israel dalam sejarah. Parti baru yang ditubuhkan Sharon itu, dengan Olmert yang menampilkan diri sebagai pemimpinnya, memenangi bilangan kerusi terbanyak dalam Knesset pada pilihanraya 2006, dan sekarang merupakan sahabat campuran kanan dalam kerajaan Israel.

Bekas Perdana Menteri Israel ke 11 yang menjadi Jeneral semasa peristiwa Nakbah pada tahun 1948 yang membawa malapetaka kepada rakyat Palestin, Ariel Sharon kini koma (Persistent vegetative state) dah macam mumia Firaun. Aku ada koleksi gambar mumia Firaun ni, takut ada yang takut nak tengok.

17-4.jpg


:o:o:o:o:o
 
tang muka je nampak kecut tapi tang kaki nampak tebal dan berisi ....
 
dah berzaman ado ni rasonyo.berkali kali dah tengok
 
dia ni la yg bunuh sedara aku kat palestin tuh......damn!
 
Back
Top
Log in Register