PDA

View Full Version : Senarai Bahan yg tidak Halal- Betul ke?


syed5245
04-08-2010, 04:37 AM
Assalamualaikum Cgrian..



MAKANAN YANG MENGANDUNGI BAHAN ****
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****
-MINYAK MASAK LAM SOON (CAP HELANG & BURUH)
-UBAT PEARL CREAM ARCHE (THAILAND)
-AJINOMOTO (THAILAND)
-AIS KRIM RM1.00 KR ATAS
-SEMUA TAUHU BUATAN ORANG CINA
-SABUN LUX & LOTION BADAN BUATAN MALAYSIA, USA & THAILAND
-SABUN FAB BERBUKU
-LOBAK JERUK
-MEE & KUETEOW BASAH BUATAN ORANG CINA
-KRIM MUKA HAZELINE SNOW
-SEMUA JENIS SERBUK MEE SEGERA TERUTAMA MAGGI
-PUCUK, KULIT POPIA, FISH CAKE & BEBOLA IKAN BUATAN ORANG CINA
-DAGING BURGER IMPORT
-SARDIN, KARI AYAM DALAM TIN YONG TAU FU BUATAN ORANG CINA
-KASUT BOLA JENIS 'GOLD CUP'
-BERUS GIGI 'REACH'
-MEE KERING (SANGGOL)
-MEE REBUS TULANG & KIUB PERASA AYAM
-SEMUA SABUN MANDI YANG DIIMPORT
-AJINOMOTO KECUALI KELUARAN KILANG LOT 5710 JALAN KUCHAI LAMA KL
-SEMUA JENIS SHAMPOO KECUALI KELUARAN ORANG ISLAM
-HAVE PEARL CREAM
-RAMUAN KENTUCKY FRIED CHICKEN & MC DONALD
-UBAT KURAP BUATAN ORANG CINA
-BEEHON SEGERA SIAM
-SABUN MANDI YANG BERMINYAK
MENGANDUNGI ALKOHOL DAN UNSUR-UNSURNYA
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL DAN UNSUR-UNSURNYA

-BARANG AVON KESELURUHANNYA
-PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
-MINYAK RAMBUT BRYLCREM (HIJAU)
-RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI, SHELTOX, BAYGON & MORTIN
-SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
-KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
-TONIL BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

SEMEMANGNYA BANYAK LAGI BARANGAN YANG ADA DI NEGARA KITA YANG TIDAK DIKETAHUI DENGAN JELAS, YANG PASTINYA JANGAN TERTIPU DENGAN PENGGUNAAN TANDA HALAL DI BARANGANNYA, LIHAT DAHULU DI BAHAGIAN KANDUNGANNYA SEBELUM MEMBELI...........

RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS, UNIVERSITI MALAYA, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA, MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM CAP DAN TURUT SERTA MENYEBAR, PERAKAN MALAYSIA (Badan Penyelaras Perakan Malaysia Caw. Batu Pahat, Johor)

KESAHIHAN NYA AKU PUN X PASTI.

http://4.bp.blogspot.com/_BCK18V-MXh4/S_DR9GHtMhI/AAAAAAAAAww/nxwCxLPyoY8/s1600/info+untuk+sebaran.JPG

Hafiz1990
04-08-2010, 05:14 AM
-SEMUA JENIS SHAMPOO KECUALI KELUARAN ORANG ISLAM
-BARANG AVON KESELURUHANNYA
-SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
-KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING

list yang kat atas tu memang ramai yang guna. nak tukar kepada brand lain tu boleh sangat.

tapi boleh ke? macam iklan planta.

"terima kasih kerana jadikan kami sebahagian daripada hidup anda"

zaids
04-08-2010, 12:03 PM
Salam,

Sebagai rujukan :)

:http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf/0/19a78d105d1d060848256c540083aeb8?OpenDocument

an1003
04-08-2010, 12:31 PM
huhu~...bahaye nih..

tokputih
04-08-2010, 12:35 PM
jawapan dari JAKIM


:
1. JAKIM mengucapkan terima kasih kerana mengingatkan orang ramai khususnya pengguna Muslim tentang pemilihan barang makanan.

2. Isu yang dikemukakan oleh puan di atas adalah isu lama dan dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, kerana apabila pihak JAKIM membuat siasatan nama mereka yang dikaitkan dalam Kajian di Pusat Pengajian Tinggi tidak wujud dan pihak universiti tidak pernah mengarahkan mana-mana pensyarah atau pelajar membuat kajian terhadap produk yang dimaksudkan.

3. Sebagai panduan puan, dinasihatkan supaya menggunakan produk yang ada tanda halal JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri dan sekiranya terdapat kemusykilan pada barangan yang ada tanda halal JAKIM diminta supaya mendapatkan nama produk dan pengeluar dengan jelas dan rujuklah kepada JAKIM atau lihat laman web JAKIM melalui internet.

4. Elakkan dari membeli barangan keluaran luar negara yang ada campuran daripada bahan yang bersumberkan haiwan.

nameless
04-08-2010, 12:38 PM
Salam,

Sebagai rujukan :)

:http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf/0/19a78d105d1d060848256c540083aeb8?OpenDocument

:-?:-?:-?...
so senarai kt atas 2 xleh diterima pkai la..??

taufic
04-08-2010, 12:43 PM
ais krim seringgit ke atas??

taufic
04-08-2010, 12:45 PM
racun serangga, minyak rambut, ball pen etc tu pon ada orang makan ka?

trillian
04-08-2010, 12:49 PM
jawapan dari JAKIM


:
1. JAKIM mengucapkan terima kasih kerana mengingatkan orang ramai khususnya pengguna Muslim tentang pemilihan barang makanan.

2. Isu yang dikemukakan oleh puan di atas adalah isu lama dan dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, kerana apabila pihak JAKIM membuat siasatan nama mereka yang dikaitkan dalam Kajian di Pusat Pengajian Tinggi tidak wujud dan pihak universiti tidak pernah mengarahkan mana-mana pensyarah atau pelajar membuat kajian terhadap produk yang dimaksudkan.

3. Sebagai panduan puan, dinasihatkan supaya menggunakan produk yang ada tanda halal JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri dan sekiranya terdapat kemusykilan pada barangan yang ada tanda halal JAKIM diminta supaya mendapatkan nama produk dan pengeluar dengan jelas dan rujuklah kepada JAKIM atau lihat laman web JAKIM melalui internet.

4. Elakkan dari membeli barangan keluaran luar negara yang ada campuran daripada bahan yang bersumberkan haiwan.

hmmm...apsal jawapan dia general jer...:-?

bape kerat jer barang yang ada tanda halal jakim dengan no siri ?
yang paling banyak tanda halal jakim tanpa no siri ? bab ni yg konfius...bukan susah pun nak cetak tanda halal jakim tu..

lagi satu isu gelatin capsule... ada yg cakap..30% jer ubat-ubatan di malaysia nie tak menggunakan unsur ba aliff ba ya. betul ker ?~X(

Sesapa yg bahagian farmasi tu kongsi skit.??:)cgrock

irsaffy
04-08-2010, 01:07 PM
patutla makin ramai org islam gelap hati...terima kasih atas informasi anda.

kez
04-08-2010, 01:13 PM
ni masa zaman aku sekolah lg ni..
mmg xbetul.. senang2 je dia rate produk tu haram halal..
aiskrim singgit ke atas. time tu boleh la semua aiskrim 5posen jer.
skang ni mana nak cari aiskrim bawah singgit.. hehe

pawaih
04-08-2010, 01:22 PM
semua jenis shampoo?? aiskrim?? p mampus la.. xyah nak buat cita bukan2..

trillian
04-08-2010, 01:36 PM
kepada pemakan pil yng ada menggunakan "gelatin capsule" hati hati no... b*b* adalah sumber paling murah tuk hasil kan bende tu ..hang semua pun tau... kalau guna lembu kos naik skit la :D

MaMuk
04-08-2010, 01:42 PM
isu ni dah lama.
list ni macam tak betul ajo.......
boleh sahkan ker?
buat aniaya orang yg kerja kat situ jer kalau business bungkus.
Ais krim lebih seringgit tak halal..!!!??? :-? :o

syed5245
04-08-2010, 02:54 PM
Ape pun aku cuma sampaikan atas dasar kepentingan Kita.
mungkin x semua betul. Tapi X semua juga yg x betul.
Jadi ape2 pun makanan memainkan peranan bagi kita org islam.
Makanan salah 1 punca Hati manusia gelap apabila kita makan duit haram,
Rasuah,Harta anak yatim,Makanan yg tidak halal dan sebagainya. Sebab hasil pendapatan dan makanan yg kita makan akan jadi darah daging kita.
sebab itu terjadinya pelbagai kes sosial remaja n keruntuhan akhlak.
Ini sebahagian sebab Dan pendapat aku je. Kalau salah Maaflah yea.

misztake
04-08-2010, 03:02 PM
ishk3.. banyak betul barang keperluan harian..

faizal
04-08-2010, 04:03 PM
surat pun x betul, maklumat/fakta lagi x betul..

mana ada 'MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA'.mengarut

hannuz1010
04-08-2010, 04:14 PM
pen kat opis aku pun kire harem la nih...tak jd wat keje..leh balik main game..yeaaa

dragger
04-08-2010, 04:20 PM
apa maksud Perakan?

xxen
04-08-2010, 04:24 PM
racun serangga pon x blh ke.bukan utk mkn pon. kalau racun mmg kategori haram kita makan.

f1fanz_90
04-08-2010, 04:28 PM
hmmm

klu byk btul bnda yg x hala, knp masih lg ada di psrn

patut logo halal ni, klu bley biar smua produk ada label

skrg ni pun dah ragu2 nk guna yg mna satu sbb mostly produk harian yg popular ni ada bahan haram

tp jakim x pla mcm buat kenyataan yg tegas psl bnda2 ni

Toxic2010
04-08-2010, 06:18 PM
Jawabnya kita boikot terus..
Minyak masak ganti dengan minyak kelapa dan sebagainya..