PDA

View Full Version : MAA Takaful :Bina Harta Warisan sebelum gaji anda luput tarikh..

alibara
19-07-2010, 07:38 AM
Salam,

Hari ini ramai isteri terpaksa bekerja berseorangan akibat dari ketidakmampuan suami utk bekerja lagi...lantas mereka juga kehilangan sumber pendapatan!!

Mereka terpinga - pinga mencari gaji yang hilang....sebenarnya Gaji Back Up ni boleh di bina dari awal lagi sebagai persiapan jika Pencari nafkah hilang upaya bekerja selamanya..

Ramai yg gagal buat persediaan...tak sempat..
http://img688.imageshack.us/img688/3823/keperitanhidup.jpg

Bayangkan hanya dengan RM 80 simpanan sebulan, suami yg baru berkahwin dapat menyediakan dana sejumlah RM 80 000 jika beliau hilang upaya bekerja selamanya...

Warisan Gaji
Pernah dengar tak ada orang boleh WARISKAN GAJI kepada ahli keluarga iaitu isteri, anak anak dan juga ibu dan bapa?? Warisan gaji ni hanya dapat jika si Pencari Nafkah hilang upaya bekerja disebabkan apa jua punca seperti lumpuh kekal dan juga meninggal dunia!!

Pernah dengar tak ? Warisan gaji...

Di Dunia ni, dan fokus di Malaysia kita, ribuan orang dah ambil langkah utk mewariskan gaji atau membina HARTA WARISAN KECEMASAN kepada ahli keluarga dengan tujuan menyambung gaji mereka atau memberi dana sara hidup bagi menampung kehidupan keluarga yg sudah hilang Pencari Nafkah..

Ya...inilah manfaat Takaful...

Ramai orang hari ni beli takaful, tapi bila meninggal dunia, satu sen pun tak dapat kat isteri...beli RM 100, mcm - mcm ada...complete semuanya tapi bila dapat pampasan RM 50 000, satu sen pun tak dapat kat bini atau anak - anak.

Mana silap dia ? Kesilapan berpunca dari kefahaman dari segi waris dan juga pemegang amanah. Dan jua ia berpunca dari jumlah pampasan yg sangat kecil, contohnya RM 50 000. Bila dapat RM 50 000, tolak hutang, tolak sana tolak sini, hasilnya KOSONG!!! Jangan terperanjat, mmg ada kes2 seperti ini berlaku.

Jangan beli ikut pakej, beli ikut keperluan kewangan keluarga anda!!!

Sesetengah agen bila promote takaful, contohnya RM 100...depa kata semua complete segala - galanya..tapi bila check pampasan utk meninggal dunia, depa letak RM 50 000. Nak tanya tuan2 sekalian, RM 50 000 ni boleh buat apa sangat ? Kalau nak kata sambung nafkah / gaji, duit ni tak sampai setahun pun dah habis.

Apa yg saya boleh offer anda ?

1) Harta Warisan berjumlah RM 150 000 hingga RM 1 juta

Bagaimana sy boleh offer perkara ini. Jika anda sanggup menyimpan RM 150 sebulan, dan umur anda antara 30 - 35 tahun, anda akan dapat :

1) RM 2000 sebagai khairat kematian jika meninggal dunia. Hari ni pun kos pengebumian makan sehingga RM 1000 ke atas.

2) RM 5000 sebagai dana sara hidup sementara atau dana ini boleh juga dibuat sebagai upah haji / umrah

3) RM 150 000 sebagai harta warisan penyambung nafkah kepada isteri JIKA DITAKDIRKAN si pencari nafkah meninggal dunia disebabkan apa jua punca

4) RM 150 000 sebagai dana sara hidup keluarga JIKA DITAKDIRKAN si pencari nafkah hilang upaya disebabkan apa jua punca

5) RM 40 000 sebagai dana sokongan jika ditakdirkan si pencari nafkah mengidap salah satu dari 36 penyakit kritikal. Simpanan bulanan akan ditanggung oleh syarikat 100% sehingga tempoh matang.

6) Selepas 20 tahun, jika tiada tuntutan besar dibuat, nilai polisi anda adalah antara 50% - 60% dari jumlah premium yg dibayar selama 20 tahun ni.

7) RM 6000 setahun untuk tolak Cukai Pendapatan

Dana Warisan akan dapat 100% kepada isteri / anak - anak kerana pemilik Polisi adalah Isteri. Dalam hal ini, isteri tidak bertindak sebagai Pemegang Amanah / Wasi

Anda boleh juga boleh menambah rider Kad Perubatan yg boleh dibeli secara berasingan!!

Yuzairi Yunus
http://rancangwang.wordpress.com

017 427 6046
malibara@gmail.com

BOCEH
19-07-2010, 07:40 AM
sebulan brapa kena bayar

alibara
19-07-2010, 08:02 AM
sebulan brapa kena bayar

Plan bermula dari RM 80 sehingga RM 1000 sebulan pun ada, bergantung keperluan kewangan sdr.

Contoh, Mr A perlukan RM 200 000 sebagai dana kecemasan bagi menggantikan gaji yg telah hilang SEKIRANYA DITAKDIRKAN beliau hiang upaya atau meninggal dunia. Mr A yg berumur 30 tahun hanya membayar RM 150 shj utk mendapatkan plan ini.

Bergantung kepada umur dan juga jumlah dana kecemasan yg diperlukan oleh seseorang. Kalau En nak detail PM sy maklumat berikut :

Nama
Umur
Pekerjaan
Status merokok
Status penyakit
Pendapatan setahun ( anggaran )
Bilangan tanggungan
Pekerjaan Isteri dan pendapatan tahunan ( jika ada )

Insyallah sy boleh cadangkan beberapa plan Gantian gaji utk sdr sekeluarga.

alibara
19-07-2010, 08:04 AM
Plan yg sy tawarkan tidak menekankan keperluan pelaburan masa hadapan kerana setiap ringgit yg di bayar akan sy gunakan utk mendapatkan perlindungan kewangan yg tinggi.

Apa guna bayar tinggi - tinggi tapi dana kecemasan hanya tak sampai RM 50 000. Adakah ia satu jumlah yg banyak yg boleh mengurangkan beban kewangan isteri ?

abgchaq
19-07-2010, 10:23 AM
lebih malang lagi jika dana untuk kematian cuma RM10,000 bayar RM150.00 sebulan.

semuanya kerana kita tidak didedahkan dengan matlamat sebenar dan juga keperluan kita yang sebenarnya.

dizket
19-07-2010, 10:40 AM
different perspective..good

alibara
19-07-2010, 01:19 PM
Salam...kos utk mendapatkan jaminan kewangan takaful adalah lebih kurang 5% dari gaji anda. Cuba bayangkan kos membeli rokok yg anda laburakan setiap bulan....

piaggio_hex
20-07-2010, 04:37 AM
Salam,

Pernah dengar tak ada orang boleh WARISKAN GAJI kepada ahli keluarga iaitu isteri, anak anak dan juga ibu dan bapa?? Warisan gaji ni hanya dapat jika si Pencari Nafkah hilang upaya bekerja disebabkan apa jua punca seperti lumpuh kekal dan juga meninggal dunia!!

Pernah dengar tak ? Warisan gaji...

Di Dunia ni, dan fokus di Malaysia kita, ribuan orang dah ambil langkah utk mewariskan gaji atau membina HARTA WARISAN KECEMASAN kepada ahli keluarga dengan tujuan menyambung gaji mereka atau memberi dana sara hidup bagi menampung kehidupan keluarga yg sudah hilang Pencari Nafkah..

Ya...inilah manfaat Takaful...

Ramai orang hari ni beli takaful, tapi bila meninggal dunia, satu sen pun tak dapat kat isteri...beli RM 100, mcm - mcm ada...complete semuanya tapi bila dapat pampasan RM 50 000, satu sen pun tak dapat kat bini atau anak - anak.

Mana silap dia ? Kesilapan berpunca dari kefahaman dari segi waris dan juga pemegang amanah. Dan jua ia berpunca dari jumlah pampasan yg sangat kecil, contohnya RM 50 000. Bila dapat RM 50 000, tolak hutang, tolak sana tolak sini, hasilnya KOSONG!!! Jangan terperanjat, mmg ada kes2 seperti ini berlaku.

Jangan beli ikut pakej, beli ikut keperluan kewangan keluarga anda!!!

Sesetengah agen bila promote takaful, contohnya RM 100...depa kata semua complete segala - galanya..tapi bila check pampasan utk meninggal dunia, depa letak RM 50 000. Nak tanya tuan2 sekalian, RM 50 000 ni boleh buat apa sangat ? Kalau nak kata sambung nafkah / gaji, duit ni tak sampai setahun pun dah habis.

Apa yg saya boleh offer anda ?

1) Harta Warisan berjumlah RM 150 000 hingga RM 1 juta

Bagaimana sy boleh offer perkara ini. Jika anda sanggup menyimpan RM 150 sebulan, dan umur anda antara 30 - 35 tahun, anda akan dapat :

1) RM 2000 sebagai khairat kematian jika meninggal dunia. Hari ni pun kos pengebumian makan sehingga RM 1000 ke atas.

2) RM 5000 sebagai dana sara hidup sementara atau dana ini boleh juga dibuat sebagai upah haji / umrah

3) RM 150 000 sebagai harta warisan penyambung nafkah kepada isteri JIKA DITAKDIRKAN si pencari nafkah meninggal dunia disebabkan apa jua punca

4) RM 150 000 sebagai dana sara hidup keluarga JIKA DITAKDIRKAN si pencari nafkah hilang upaya disebabkan apa jua punca

5) RM 40 000 sebagai dana sokongan jika ditakdirkan si pencari nafkah mengidap salah satu dari 36 penyakit kritikal. Simpanan bulanan akan ditanggung oleh syarikat 100% sehingga tempoh matang.

6) Selepas 20 tahun, jika tiada tuntutan besar dibuat, nilai polisi anda adalah antara 50% - 60% dari jumlah premium yg dibayar selama 20 tahun ni.

7) RM 6000 setahun untuk tolak Cukai Pendapatan

Dana Warisan akan dapat 100% kepada isteri / anak - anak kerana pemilik Polisi adalah Isteri. Dalam hal ini, isteri tidak bertindak sebagai Pemegang Amanah / Wasi

Anda boleh juga boleh menambah rider Kad Perubatan yg boleh dibeli secara berasingan!!

Yuzairi Yunus
http://rancangwang.wordpress.com

017 427 6046
malibara@gmail.com

Salam.

Saya juga pemegang policy maa Takaful. Merujuk kepada statement you yang saya bold di atas, kalau buat tuntutan (claim) akan tolak savings ke?

Lagi satu, kenapa RM150 sebulan dapat pampasan RM150,000 sahaja? Rasanya macam terlampau sikit.

Terima kasih.

alibara
20-07-2010, 07:19 AM

Contoh di atas adalah sebagai contoh..RM 150 boleh juga kalau nak letak RM 200 000, tapi dari segi jangka panjang tengok dia boleh putus atau tidak...kena letak safey factor skit...

Apapun bergantung pada umur, kalau lagi muda, lagi murah walaupun letak nilai polisi RM 200 000. Kalau umur dah tua...lagi mahal walaupun letak hanya RM 100 000..sbb charge takaful adalah berbeza mengikut umur dan kriteria yg lain..

Bila buat tuntutan claim 100%...automatik dia akan bagi jumlah pampasan contoh RM 150 000 spt contoh di atas..DAN dia akan bagi jumlah pelaburan yg ada pada ketika tuntutan claim dibuat...bila dah buat claim 100% polisi akan ditutup automatik...

Dengan erti kata lain, savings dia tak usik...maksud sy selepas 20 tahun tu, maknanya kalau polisi masih ON dan tiada tuntutan besar yg boleh mematikan polisi tersebut...

abgchaq
20-07-2010, 10:44 AM

dalam erti kata lain tuntutan untuk kematian dan tpd, betul tak bro?
takut ada pembaca yang tersalah menafsir ayat bro tu nanti

alibara
21-07-2010, 08:00 AM
dalam erti kata lain tuntutan untuk kematian dan tpd, betul tak bro?
takut ada pembaca yang tersalah menafsir ayat bro tu nanti

Yup...

Ada juga satu claim contoh claim penyakit kritikal..dalam takaful ada yg boleh claim secara berasingan atau sebaliknya..

MTCIS dalam term MAA Takaful = claim adalah dari dana berasingan dari claim total polisi...

Selagi polisi tak tutup disebabkan claim, selepas 20 tahun ada cash value dalam nilai polisi tadi...

alibara
21-07-2010, 08:19 AM
Kalau ada sesiapa perasan...menyimpan tak sampai 10%* dari gaji anda, boleh secure 100% gaji utk 10 tahun akan datang...

Dengan 10%* orang boleh dapatkan jaminan kewangan RM 500 000...RM 500 000 kalau invest dalam ASB...kurang2 boleh tahan utk sara hidup lebih dari 10 tahun...

* andaian gaji anda RM 3500 sebulan

EoneT76
21-07-2010, 08:43 AM

Good idea tuan....or maybe tuan boleh gunakan 5% saving ASB setiap tahun (if ASB dah ada RM 100k) utk gandakan lagi apa yg dia dah ada. disamping dia boleh wariskan asset tu jika umur pendek or hilang upaya....

For information Produk MAA Takafulink menggondol sekali lagi anugerah peringkat antarabangsa untuk 2 tahun berturut-turut anugerah produk takafulink terbaik....that the different btween others....

Nak wariskan gaji contact TT...

Nak cipta Asset RM 500k dgn hanya simpan 5% je dari RM 500k setiap tahun di tambah lagi Backup Asset bernilai RM 1.5 mil if anything happen....hanya selama 14 thn shj anda boleh menerima asset yg diidam-idamkan ....boleh hubungi saya.

abgchaq
21-07-2010, 09:22 AM

inginkan perlindungan untuk penyakit kanser dari peringkat pertama lagi dan untuk penyakit wanita boleh hubungi saya:D:D:D

alibara
22-07-2010, 07:53 AM
Alangkah leganya dengan jaminan kewangan seperti ini..

http://img294.imageshack.us/img294/2104/15726136188265728415381.jpg

alibara
24-07-2010, 10:07 PM
Ramai yg mendapat manfaat dari Takaful....bina Dana Kecemasan anda dengan MAA takaful..

http://a.imageshack.us/img709/1605/123ox.jpg

jsinking
24-07-2010, 10:50 PM
bro umur saya 30thn kalau saya bayar rm100 sebulan apa yg sy dpt

abgchaq
24-07-2010, 11:14 PM
bro umur saya 30thn kalau saya bayar rm100 sebulan apa yg sy dpt

ni cuma proposal jer bro.

untuk death/tpd rm80,000.00
ci rm30,000.00
pa rm30,000.00
elaun hospital rm100.00

sebenarnya bergantung pada apa yg bro perlukan.tapi death/tpd tu penting sebab itu yang bro akan gunakan jika berlaku hilang upaya dan kematian bagi menggantiakn pendapatan bro.

kalo nak detail lebih bolrh pm pada saya

nama
umur terakhir
merokok/tidak

haidhir
agent maa takaful

alibara
25-07-2010, 11:10 PM
bro umur saya 30thn kalau saya bayar rm100 sebulan apa yg sy dpt

Salam Bro jsinking...ni Proposal dari sy..

Sy assume gaji sdr RM 40 000 setahun, merokok dan bekerja Kelas 2.

RM 2000 sebagai khairat kematian jika meninggal dunia

RM 5000 sebagai dana sara hidup sementara jika meninggal dunia.

RM 200 000 sebagai dana sara hidup kekal jika meninggal dunia disebabkan apa jua punca.

RM 200 000 sebagai dana sara hidup kekal jika hilang upaya kekal disebabkan apa jua punca.

RM 80 000 sebagai dana sokongan jika mengidap penyakit kritikal. Pelaburan RM 100 sebulan akan ditanggung oleh syarikat utk tahun - tahun seterusnya sehingga polisi tutup.

Selepas 20 tahun sdr ada cash polisi lebih kurang RM 16 394 dengan pulangan tahunan purata 8% setahun.

Kalau berminat, sdr boleh hubungi sy dan boleh daftar secara online. SMS 017 427 6046

Abu nawas
26-07-2010, 10:32 AM

bagus proposal ni..dgn hanya RM100 boleh dapat cover macam ni, tahniah TT :)cgrock

Abu nawas
26-07-2010, 10:34 AM
Salam Bro jsinking...ni Proposal dari sy..

Sy assume gaji sdr RM 40 000 setahun, merokok dan bekerja Kelas 2.

RM 2000 sebagai khairat kematian jika meninggal dunia

RM 5000 sebagai dana sara hidup sementara jika meninggal dunia.

RM 200 000 sebagai dana sara hidup kekal jika meninggal dunia disebabkan apa jua punca.

RM 200 000 sebagai dana sara hidup kekal jika hilang upaya kekal disebabkan apa jua punca.

RM 80 000 sebagai dana sokongan jika mengidap penyakit kritikal. Pelaburan RM 100 sebulan akan ditanggung oleh syarikat utk tahun - tahun seterusnya sehingga polisi tutup.

Selepas 20 tahun sdr ada cash polisi lebih kurang RM 16 394 dengan pulangan tahunan purata 8% setahun.

Kalau berminat, sdr boleh hubungi sy dan boleh daftar secara online. SMS 017 427 6046

kalau RM50 sebulan ?

abgchaq
26-07-2010, 11:12 AM
kalau RM50 sebulan ?

apa yang bro nak,protection?apa yang yang bro nak protec..diri..pendapatan..kesihatan/kos rawatan?

then baru boleh tunjuk apa yang bro dapat,and baru u tau apa yg u inginkan,

alibara
26-07-2010, 12:19 PM
kalau RM50 sebulan ?

Salam,

Nak masuk RM 50 pun boleh tapi sy cadangkan RM 60 sedap skit..

Tapi tak dapat lah coverage mcm diatas tu RM 200 000...

Kalau umur 30 dan kebawah..Insyallah boleh dapat RM 80 000 Death dan TPD...Kalau takda duit dan nak masuk RM 60 dulu boleh..bila dah ada budget nanti, boleh naikkan coverage dan tambah skit simpanan bulanan kpd RM 100..

Kalau nak detail, PM sy maklumat :

Umur dan pekerjaan ( rutin work _
anggaran pendapatan
status merokok
status penyakit
bil tanggungan

Abu nawas
26-07-2010, 02:23 PM

saya nak yg bro bagi utk RM100 punya benefit tu..kalau RM60 pun ok

umur : 30 keja kerani pejabat
pendapatan : 1000 sebulan
status : perokok
penyakit : tak ada
tanggungan : 2 org

Abu nawas
26-07-2010, 02:26 PM
apa yang bro nak,protection?apa yang yang bro nak protec..diri..pendapatan..kesihatan/kos rawatan?

then baru boleh tunjuk apa yang bro dapat,and baru u tau apa yg u inginkan,

nak yg ni

khairat kematian jika meninggal dunia

dana sara hidup sementara jika meninggal dunia.

dana sara hidup kekal jika meninggal dunia disebabkan apa jua punca.

dana sara hidup kekal jika hilang upaya kekal disebabkan apa jua punca.

dana sokongan jika mengidap penyakit kritikal.

alibara
26-07-2010, 02:32 PM

Ok kalau sdr mampu bayar RM 60 sebulan,

RM 2000 sebagai khairat kematian jika meninggal dunia

RM 5000 sebagai dana sara hidup sementara jika meninggal dunia.

RM 80 000 sebagai dana sara hidup kekal jika meninggal dunia disebabkan apa jua punca.

RM 80 000 sebagai dana sara hidup kekal jika hilang upaya kekal disebabkan apa jua punca.

RM 40 000 sebagai dana sokongan jika mengidap penyakit kritikal. Pelaburan RM 100 sebulan akan ditanggung oleh syarikat utk tahun - tahun seterusnya sehingga polisi tutup.

Selepas 20 tahun sdr ada cash polisi lebih kurang RM 8 000++ dengan pulangan tahunan purata 8% setahun.

Kalau tahun tahun akan datang sdr ada budget, sdr boleh tambah lagi Plan ni skit skit...tak da masalah.. OK?

Abu nawas
26-07-2010, 03:03 PM

mmg dok cari plan cam ni...premium rendah, cover tinggi cam dulu ada produk Teras Malaysia..tapi dengar crita dah tak dak dah

saya tak kisah ttg pulangan sebab insurans utk coverage, kalau nak pulangan saya masuk ASB :)

Abu nawas
26-07-2010, 03:05 PM
produk ni nama apa ?

alibara
26-07-2010, 03:06 PM
produk ni nama apa ?

MAA Takafulink

alibara
26-07-2010, 03:07 PM
mmg dok cari plan cam ni...premium rendah, cover tinggi cam dulu ada produk Teras Malaysia..tapi dengar crita dah tak dak dah

saya tak kisah ttg pulangan sebab insurans utk coverage, kalau nak pulangan saya masuk ASB :)

Ok we go for RM 60 monthly..

EoneT76
26-07-2010, 11:31 PM
Ok we go for RM 60 monthly..

Wah....TT dah close 1 kes.

Tahniah...TT ....teruskan usaha......different perspective....more to protection.

alibara
27-07-2010, 12:17 AM
Wah....TT dah close 1 kes.

Tahniah...TT ....teruskan usaha......different perspective....more to protection.

Close as much as possible...

alibara
27-07-2010, 07:54 AM
Apakah TABUNG KECEMASAN ? Sebelum melihat apakah gunanya TABUNG KECEMASAN, saya suka menerangkan sedikit maksud kecemasan itu sendiri. Jika sebuah keluarga mempunyai PENCARI NAFKAH utama, peranan beliau pastinya penting. Setiap bulan, si PENCARI NAFKAH akan menghadirkan sejumlah wang yang disebut gaji dimana wang ini digunakan bagi tujuan sara hidup seperti tempat tinggal, makan minum, pakaian, barang keperluan harian yang lain, bil – bil, membayar hutang piutang kereta, rumah dan sebagainya, memberi nafkah kepada isteri, pendidikan anak – anak, hiburan, memberi wang kepada ibu bapa dan pelbagai perkara lagi yang digunakan dari WANG GAJI tersebut. Bukankah PERANAN si PENCARI NAFKAH ini penting??

SEANDAINYA, suatu hari nanti jika ditakdirkan, si suami atau PENCARI NAFKAH ini hilang keupayaan bekerja di sebabkan meninggal dunia atau kemalangan, adakah beliau masih mampu menghadirkan WANG GAJI tersebut untuk bulan – bulan seterusnya?? Mampukah beliau melunaskan tugas sebagai PENCARI NAFKAH bagi membayar keperluan – keperluan yang disebut tadi ? SDUAH PASTI TIDAK!!! Dan pada ketika ini, keluarga akan ditimpa masalah BENCANA KEWANGAN dan inilah yang disebutkan sebagai waktu KECEMASAN bagi sebuah keluarga!!

alibara
27-07-2010, 08:00 AM
Sila layari blog sy http://rancangwang.wordpress.com

http://a.imageshack.us/img267/4452/planyourmoneywisely3.gif

amazinggold88
28-07-2010, 03:18 PM
bro,plan yng minimum rm50 sbln ade x?hri tu ade orng pomot kat aku.ingt nk applylh..yng 1x ngn investment 1x tu

alibara
28-07-2010, 04:33 PM
bro,plan yng minimum rm50 sbln ade x?hri tu ade orng pomot kat aku.ingt nk applylh..yng 1x ngn investment 1x tu

Ok no problem. Tapi RM 50 sebulan ni tak dapat lah coverage tinggi tinggi. Yg sesuai bawah 30 tahun.

Boleh PM sy nama umur pekerjaan status penyakit dan status merokok ?

abgchaq
30-07-2010, 12:36 PM
orang kita ada kesedaran tentang insuran/takaful/medical card - bagus alhamdulillah,tapi semuanya nak senang.

ini antara perbualan antara saya dan seorang prospek semalam, moga boleh dijadikan rujukan buat pembaca diluar sana

"kenapa?u all tak boleh letakan semuanya dalam 1 polisi ker cam syarikat '2'"

saya cakap

"boleh,tiada masalah tuan nak plan komprehensif kita boleh beri tapi,tuan gaji sebulan rm8xxx, tuan berkerja seorang diri,tuan mencari nafkah untuk menyara keluarga,bayangkan jika tuan sakit,hilang upaya kekal atau meninggal awal,cukup ke dengan manfaat kematian rm10,0000 sedangkan tuan tiap2 bulan bawak balik gaji rm8,000 sebulan"

"betul tuan ada saving,mungkin ada buat investment tapi once bila meninggal,semua kena beku,so cam mana wife tuan nak survive,duit rumah ok selesai sebab ada mrta,macam mana hutang kereta,kad kredit,persekolahan anak-anak,bil utiliti cam air,api,cuba tuan renungkan sejenak"

alibara
30-07-2010, 12:49 PM
Kalau berumur 40 tahun, gaji RM 8000....

Anda perlu menyimpan RM 700 sebulan untuk dapatkan perlindungan RM 600 000...makna kata, kalau anda meninggal dunia / hilang upaya kekal, waris akan dapat RM 600 000 disamping back up kewangan RM 250 000 sekiranya di diagnosis dengan salah satu dari 36 penyakit kritikal..

Alhamdulillah ada juga orang yg bertanyakan sy Harta Warisan RM 800 000 utk suaminya..bagi sy, si isteri adalah seorang yang bijak merancang kewangan masa hadapan keluarga sekiranya sesuatu terjadi ke atas suami beliau. Tahniah..

dizket
30-07-2010, 02:27 PM
gaji 8000?? kena kurang2 10% income buat protection...
sekarang ni aku masih blur tentang hibah @ faraid..
adakah kita boleh hibahkan semua harta kita?
jika kita hibahkan polisi kita..adakah menjadi tanggungjawab penama itu menyetelkan hutang kita..sedangkan duit itu telah menjadi hak dia..
kalau faraid kita kena tolak segala hutang baru bahagikan ..
mintak buah fikiran skit

teralogies
30-07-2010, 02:32 PM
orang kita ada kesedaran tentang insuran/takaful/medical card - bagus alhamdulillah,tapi semuanya nak senang.

ini antara perbualan antara saya dan seorang prospek semalam, moga boleh dijadikan rujukan buat pembaca diluar sana

"kenapa?u all tak boleh letakan semuanya dalam 1 polisi ker cam syarikat '2'"

saya cakap

"boleh,tiada masalah tuan nak plan komprehensif kita boleh beri tapi,tuan gaji sebulan rm8xxx, tuan berkerja seorang diri,tuan mencari nafkah untuk menyara keluarga,bayangkan jika tuan sakit,hilang upaya kekal atau meninggal awal,cukup ke dengan manfaat kematian rm10,0000 sedangkan tuan tiap2 bulan bawak balik gaji rm8,000 sebulan"

"betul tuan ada saving,mungkin ada buat investment tapi once bila meninggal,semua kena beku,so cam mana wife tuan nak survive,duit rumah ok selesai sebab ada mrta,macam mana hutang kereta,kad kredit,persekolahan anak-anak,bil utiliti cam air,api,cuba tuan renungkan sejenak"

Perlu cerita kenapa kita perlu ambil medical card asing dari polisi takafulink kpd client, baru client akan nampak. Kalau gabung sum assured akan jadi rendah dan besar kemungkinan cash value pun takde sbb bila jadikan medical card sbg rider, caj2 medical card akan sedut sikit2 cash value yg ada. Pelan yang menggabungkan semua manfaat dalam satu polisi tak semestinya yg terbaik.

teralogies
30-07-2010, 02:40 PM
gaji 8000?? kena kurang2 10% income buat protection...
sekarang ni aku masih blur tentang hibah @ faraid..
adakah kita boleh hibahkan semua harta kita?
jika kita hibahkan polisi kita..adakah menjadi tanggungjawab penama itu menyetelkan hutang kita..sedangkan duit itu telah menjadi hak dia..
kalau faraid kita kena tolak segala hutang baru bahagikan ..
mintak buah fikiran skit

Hibah dalam takaful dan pengurusan harta pusaka adalah dua perkara yang berbeza. Kalau dalam harta pusaka, tak semua harta yg boleh dihibahkan. Ia masih tertakluk kepada asas pembahagian secara faraid. Instrumen harta pusaka tidak terhad kepada faraid, ia boleh merangkumi hibah, wasiat dan wakaf. Rasanya elok rujuk kpd sape2 yg pakar dalam pengurusan harta pusaka.

Untuk hibah dan faraid dalam takaful, rujuk artikel saya di bawah, yg saya ambil dari blog saya:

Pernahkan anda menyemak semasa anda meletakkan penama dalam borang penama takaful atau insurans sama ada ianya berada di dalam instrumen wasi atau hibah. Kedua-dua instrumen ini mempunyai kaedah pembahagian yang berbeza dan jika tidak berhati-hati, penama boleh menanggung dosa akibat tidak mengetahui cara sepatutnya wang pampasan takaful itu dibahagikan.

Majoriti pengendali insurans dan takaful di Malaysia menggunakan kaedah penama sebagai pemegang amanah atau wasi terhadap wang pampasan insurans atau takaful yang diterima. Sebagai pemegang amanah, seseorang itu tidak berhak secara sepenuhnya terhadap wang tersebut dan wang tersebut akan diklasifikasikan sebagai harta pusaka yang akan dibahagikan secara kaedah faraid.

Sebelum wang pampasan takaful atau insurans dibahagikan mengikut hukum faraid, hak-hak dan hutang piutang si mati perlu dijelaskan terlebih dahulu bagi memastikan segala tanggungan hutang si mati dengan manusia dan hutang si mati dengan Allah telah tertunai. Dan kemudian wang tersebut akan dibahagikan mengikut hukum faraid atau berdasarkan persetujuan para waris.

Walaubagaimanapun, ramai di kalangan kita pada hari ini menganggap sebagai penama di dalam pewarisan wang pampasan takaful, seseorang itu berhak sepenuhnya terhadap wang tersebut. Ini adalah sati kesalahan yang amat besar dan boleh membawa kepada dosa-dosa besar.

Sebagai seorang penama, seseorang itu hanyalah sebagai pemegang amanah yang akan mentadbir pembahagian harta tersebut menerusi kaedah faraid. Jika waris merasakan pemegang amanah tersebut tidak berkelayakkan, para waris boleh mencabar kedudukan pemegang amanah tersebut di mahkamah dan proses pembahagian wang pampasan takaful atau insurans akan menjadi bertambah rumit.

Senario biasa di dalam masyarakat kita ialah apabila si suami meletakkan nama isteri sebagai penama atau pemegang amanah wang pampasan takaful. Isteri yang tidak mengetahui tentang pengurusan harta pusaka atau kaedah faraid pasti menganggap wang pampasan takaful tersebut adalah miliknya sepenuhnya dan menggunakan bagi tujuan diri sendiri.

Ini adalah amat berbahaya kerana si isteri tadi tidak menyedari bahawa sebagai pemegang amanah, dia hanya berhak terhadap bahagian yang menjadi hak terhadapnya dan terdapat bahagian-bahagian waris lain yang berhak terhadap wang pampasan tadi. Sebagai isteri yang mempunyai anak, dia hanya berhak mendapat 1/8 dari jumlah wang pampasan dan anak-anaknya akan mendapat bahagian masing-masing mengikut pembahagian faraid. Jika si isteri tadi membolot ke semua wang tadi, maka si isteri tadi telah dikira memakan hak-hak anak yatim walaupun anak-anaknya sendiri dan hukumnya adalah haram dan berdosa besar. Ini tidak dikira lagi jika ibu-bapa si suami masih lagi hidup kerana mereka juga berhak terhadap sebahagian wang pampasan takaful tersebut.

Jika anda menggunakan instrumen wasi atau pemegang amanah, pastikan anda berhati-hati dan maklumkan kepada penama agar membahagikan wang pampasan tersebut menerusi kaedah faraid. Jadi, takaful bukanlah penyelesaian kepada masalah kewangan waris jika wang pampasan takaful tidak ditadbir dengan sempurna.

Hibah adalah alternatif kepada wasi dalam pembahagian wang pampasan takaful. Sehingga artikel ini ditulis, hanya MAA Takaful dan Takaful Ikhlas menyediakan instrumen hibah dalam pembahagian wang pampasan takaful. Pengendali-pengedali takaful lain masih menggunakan instrumen wasi dalam pembahagian wang takaful.

Hibah merupakan satu bentuk pemberian atau hadiah daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Hibah di dalam konsep takaful dikenali sebagai hibah bersyarat di mana hibah akan dilaksanakan apabila peserta takaful telah meninggal dunia. Hibah tidak tertakluk kepada pembahagian secara faraid dan penerima hibah akan mendapat manfaat sepenuhnya wang pampasan yang dihibahkan kepadanya.

Jika seorang suami menghibahkan 100% wang pampasan takaful kepada isterinya, maka si isteri tersebut berhak menerima kesemuanya dan pihak-pihaklain tidak boleh mencabar pemberian ini sama ada di mahkamah. Berbeza dengan instrumen wasi, si isteri hanya berhak mendapat 1/8 dan perlu dibahagikan mengikut kaedah faraid.

Jika anda sayangkan isteri anda, mungkin anda boleh pertimbangkan syarikat takaful yang mempunyai instrumen hibah dalam pembahagian wang pampasan takaful atau jika tidak isteri anda akan berhadapan pelbagai masalah dalam mentadbir urusan pembahagian menerusi faraid yang kadang kalanya mengambil masa yang cukup lama untuk diselesaikan.

Faraid atau hibah, bergantung kpd keperluan masing2..

dizket
30-07-2010, 02:45 PM
so bila penama dapat duit hibah..adakah menjadi tanggungjawab dia untuk menyelesaikan hutang2 pemegang polisi?

teralogies
30-07-2010, 02:56 PM
Sudah pastinya menjadi tanggungjawab waris untuk selesaikan hutang2 pemegang polisi sbb institusi bank / kad kredit / pinjaman sudah tentu akan mencari waris untuk tuntut hutang si pemegang polisi. Kalau waris ada sumber lain untuk bayar, duit hibah tu dia boleh simpanla tapi kalau dah takde sumber lain nak bayarkan hutang pemegang polisi, duit hibah tula digunakan sementara nak tunggu duit2 atau harta2 si pemegang polisi dicairkan selepas dapat surat pentadbiran harta dari mahkamah. Kalau nak tunggu proses pencairan harta pusaka ni, memakan masa bertahun-tahun.

Tu sebab wang takaful boleh jadi back up untuk waris bayar hutang2 pemegang polisi. Kalau nak tunggu harta pusaka, alamat rumah, kereta kena tarikla sbb tak bayar. Kalau rumah ada MRTA okla, kalau takde, naya waris nanti.

alibara
30-07-2010, 03:18 PM
Salam,

Hibah dan Wasiah ( wasiat ) adalah 2 perkara yg berbeza. 2 Perkara ni juga adalah cara - cara pemberian dan pembahagian harta dalam islam.

Bagaimana Hibah dan Wasiah dalam Takaful ?

Seorang bapa yg membeli takaful dipanggil peserta takaful. OK, semasa beliau masih hidup, beliau ada hak untuk melantik waris beliau contohnya isteri sebagai Hibah atau Wasi. Apa bezanya ?

Hibah bermakna pemberian. Ini dilakukan ketika peserta takaful masih hidup. Dengan kata lain, jika peserta takaful ini membuat hibah keseluruhan ke atas isteri, dan ditakdirkan tahun - tahun berikutnya beliau meninggal dunia, maka si isteri berhak ke atas keseluruhan harta dari benefit takaful terbabit, tanpa perlu difaraidkan.

Ini kerana hibah atau pemberian tersebut dibuat ketika peserta masih hidup. Seandainya peserta melantik isteri sebagai wasi (pemegang amanah), maka isteri akan membahagikan pampasan kepada waris tersebut mengikut persetujuan kesemua waris ataupun secara faraid.

alibara
30-07-2010, 03:30 PM
Sudah pastinya menjadi tanggungjawab waris untuk selesaikan hutang2 pemegang polisi sbb institusi bank / kad kredit / pinjaman sudah tentu akan mencari waris untuk tuntut hutang si pemegang polisi. Kalau waris ada sumber lain untuk bayar, duit hibah tu dia boleh simpanla tapi kalau dah takde sumber lain nak bayarkan hutang pemegang polisi, duit hibah tula digunakan sementara nak tunggu duit2 atau harta2 si pemegang polisi dicairkan selepas dapat surat pentadbiran harta dari mahkamah. Kalau nak tunggu proses pencairan harta pusaka ni, memakan masa bertahun-tahun.

Tu sebab wang takaful boleh jadi back up untuk waris bayar hutang2 pemegang polisi. Kalau nak tunggu harta pusaka, alamat rumah, kereta kena tarikla sbb tak bayar. Kalau rumah ada MRTA okla, kalau takde, naya waris nanti.

Setuju dengan Azizi...

Lagi satu, sebagai pencari nafkah yg berpandangan jauh, anda seharusnya menyediakan back up settelment dalam semua bentuk loan yg anda ambil, loan rumah, loan kereta, loan personal, kad kredit dan sebagainya..MRTA ker apa2 instrumen lain yg boleh back up....bila meninggal, automatik syarikat insurans akan cover hutang2 tersebut...tak perlulah kacau lagi pampasan dari life insurans / takaful....

alibara
30-07-2010, 03:39 PM
Ada cara lain utk pastikan 100% pampasan takaful menjadi hak isteri...

Selain hibah.....

Si isteri boleh menjadi pemohon sendiri bagi menginsuranskan suami sendiri. Dengan syarat isteri dan suami bernikah secara sah.

Apabila si suami meninggal dunia, 100% benefit menjadi hak isteri tanpa melalui hibah atau wasi. Ini kerana akaun takaful tersebut adalah akaun isteri bukan suami.Tuan punya polisi tersebut adalah si isteri, bukan suami. Makna kata, harta tersebut bukanlah harta suami.

Kalau ada pemiutang yg nak tuntut naik mahkamah itu cerita lain. Tapi, cara ni adalah satu cara yg sah disisi undang2 islam di Malaysia bagi memaksimumkan hak takaful isteri ke atas kematian suami.

teralogies
30-07-2010, 03:43 PM

Ya, betul. Setuju. Kalau ada suami2 yg liat nak ambil takaful, isteri boleh ambil cara ini untuk lindungi hak-haknya selepas suami meninggal.

dizket
30-07-2010, 04:26 PM
terima kasih bagi penerangan...

alibara
30-07-2010, 04:39 PM
Ada orang tanya, antara nama dan isteri mana satu yg peru diletakkan sebagai nama yg perlu dihibbah kan ??

Sy pernah terbaca, 80% lelaki meletakkan nama isteri sebagai penerima hibah 100% dan hanya 30% isteri meletakkan nama suami sebagai penerimanya...isteri yg membeli takaful banyak meletakkan nama anak seabgai penerima hibah....apa maksudnya nih ?? he he...isteri tak percaya kat suami la tuh....

Bagi suami, seelok eloknya letaklah nama isteri sebagai pemegang terbesar hibah tersebut..kalau nak letak atas nama anak, letaklah dalam jumlah yg sedikit dan berpatutan..contoh RM 50 000 sekadar utk menampung perbelanjaan universiti apabila besar kelak..

Ada kes di mana suami meletakkan bahagian2 yg sama utk 4 anak dan hanya tinggal 1 bahagian utk isteri....akibatnya, isteri terpaksa mendapatkan hak wali dan penjaga bagi menjaga harta2 tersebut...tidakkah tindakan ini menyusahkan isteri ?

abgchaq
30-07-2010, 10:04 PM

betul tu jika boleh jgn letak nama anak dibawah 18 tahun dalam borang hibah,kerana nanti akan jadi hibah bersyarat,yang mana perlu ada penama sebagai pemegang amanah.

selalunya benda ni berlaku kepada kaum hawa.bila saya tanya jawapan yg selalu diterima takut suami kawen lain atau kalo suami nak kawen lain biar dia cari duit sendiri.

green_maskman
21-10-2010, 10:35 PM
MAA TAKAFUL PRODUK YG TERBAIK!!!!!!

____________________________________________

ADD ME nd_nan@yahoo.com.my
Shah Alam- Ipoh- Kuala Kangsar- Taiping

ayusri4ever
25-10-2010, 12:36 PM
Ok kalau sdr mampu bayar RM 60 sebulan,

RM 2000 sebagai khairat kematian jika meninggal dunia

RM 5000 sebagai dana sara hidup sementara jika meninggal dunia.

RM 80 000 sebagai dana sara hidup kekal jika meninggal dunia disebabkan apa jua punca.

RM 80 000 sebagai dana sara hidup kekal jika hilang upaya kekal disebabkan apa jua punca.

RM 40 000 sebagai dana sokongan jika mengidap penyakit kritikal. Pelaburan RM 60 sebulan akan ditanggung oleh syarikat utk tahun - tahun seterusnya sehingga polisi tutup.

Selepas 20 tahun sdr ada cash polisi lebih kurang RM 8 000++ dengan pulangan tahunan purata 8% setahun.

Kalau tahun tahun akan datang sdr ada budget, sdr boleh tambah lagi Plan ni skit skit...tak da masalah.. OK?

salam..
umur 32 thn + kerani + isteri1 anak2 + x merokok + sihat + income tahunan 30k

1.masih layak x plan rm60 sprt di atas?
2.termasuk elaun hospital @ tidak

alibara
25-10-2010, 01:17 PM
salam..
umur 32 thn + kerani + isteri1 anak2 + x merokok + sihat + income tahunan 30k

1.masih layak x plan rm60 sprt di atas?
2.termasuk elaun hospital @ tidak

1. Boleh jugak tapi kemungkinan Plan Harta Warisan RM 100 000 tu tak dapat, akan dikurangkan ke pada RM 80 000 atau RM 60 000.
2. Cash elaun Insyallah boleh masuk.

Green Apple
25-10-2010, 01:34 PM
salam..tt,kalau umur 26..sebulan bayar rm bape?untuk waris 150k..umur 31 sebulan berapa rm150k

ayusri4ever
25-10-2010, 02:38 PM
1. Boleh jugak tapi kemungkinan Plan Harta Warisan RM 100 000 tu tak dapat, akan dikurangkan ke pada RM 80 000 atau RM 60 000.
2. Cash elaun Insyallah boleh masuk.

1.plan harta warisan rm80k @ rm60k pon dah ok?
2.bleh pm details lg x benefits2 lain plan ni?
3.tempoh matang + pulangan tunai

bleh terangkan plan medical card yg terendah?

alibara
25-10-2010, 04:54 PM
1.plan harta warisan rm80k @ rm60k pon dah ok?
2.bleh pm details lg x benefits2 lain plan ni?
3.tempoh matang + pulangan tunai

bleh terangkan plan medical card yg terendah?

Check PM yer

inmaroon
08-04-2011, 03:12 AM
saya salah sorg yg amik takafulink wanita. saya minat ttg investment dlm MAA tu. boleh jelaskan sikit pembahagian nya? sebulan saya bayar 150.
bila duit boleh saya keluarkan?

alibara
07-03-2013, 12:23 AM
Jom apply MAA Takaful.........

alibara
07-03-2013, 11:24 PM
Bump for today!!!

alibara
08-03-2013, 12:56 AM
Simpan di tempat yg betul bg memastikan isteri dana anak2 menerima dana warisan jika ditakdirkan pencari nafkah hilang upaya bekerja...

alibara
27-03-2013, 04:48 PM
Jom apply Maa Tkaful.....

mattcutt
28-03-2013, 07:53 PM
salam tt
saya terperasan dalam keratan-keratan akhbar itu, selepas 2 tahun langan takaful, ada yang menghidapi penyakit kronik dan ada juga yang meninggal, semacam dieorang dah tau dieorang ada penyakit . so beli takaful dan tunggu pengesahan doktor /mati untuk dapat wang,
kalo macam tu, baik saya tak payah beli lagi, bila nanti dah tahu ada penyakit kronik, saya terus beli,

alibara
29-03-2013, 01:03 AM

Salam Tuan,

Syarat PENTING utk beli takaful adalah SIHAT 100%...kalau dah tahu ada penyakit dan baru nak beli, TAKAFUL AKAN REJECT APPLICATION sbb dia akan tahu peserta akan meninggal dunia dalam masa terdekat...so dia tak akan covered...

Dia hanya akan covered peserta yg sihat semasa membuat permohonan takaful....selepas approved, baru boleh sakit.....

alibara
29-03-2013, 01:03 AM
Jom apply Maa Takaful...

mattcutt
29-03-2013, 08:54 AM
tapi dalam 2 keratan akhbar itu, selepas 2 tahun menyerta,seorang perserta menghidapi penyakit kronik dan seorang lagi meninggal

menyertai pada tahun 2008 dan claim pada 12 februari 2010
http://img294.imageshack.us/img294/2104/15726136188265728415381.jpg

serta tahun 2007 dan tahun 2009 claim
berita yg bawah sekali
http://a.imageshack.us/img709/1605/123ox.jpg

satu lagi, macam mana pihak takaful tahu yg perserta yg nak serta ni, sihat , tiada penyakit, saya sign up dgn prudential takaful, takde pun buat medical checkup

alibara
30-03-2013, 01:10 AM

Dalam takaful ni, pesakit kena declare kesihatan mereka mcm mana. Kalau tuan sign up tahun ini, tahun depan meninggal dunia, takaful tetap akan semak punca kematian dan adakah saudara mempunyai rekod2 kesihatan sebelum ni. Jika clear, takda masalah.

Medical check up, utk umur bawah 36, jika apply bawah RM 500 000, tak payah medical check up. jika atas dr RM 500 000, ada medical check up.

alibara
31-03-2013, 11:07 AM
Jom aplly...............

alibara
31-03-2013, 09:01 PM
Jom Apply Maa Takaful....

alibara
31-03-2013, 09:33 PM
Thread updates

alibara
08-05-2013, 04:06 PM
Jom apply..

alibara
08-05-2013, 06:12 PM
Jom apply..

alibara
12-05-2013, 08:24 PM
Jom apply maa takafulink2..terbaru dr Salam. Tuan bole mms sign pd sy hr ni ?

alibara
13-05-2013, 08:12 AM
Jom apply Maa Takaful terbaru...

alibara
13-05-2013, 08:40 AM
Simpan d tempat yg betul bg memastikan keluarga dapat gaji 20 tahun anda jika ditakdirkan anda hilang upaya bekerja total...

alibara
13-05-2013, 06:51 PM
Jom simpan d Maa Takaful..

alibara
13-05-2013, 08:51 PM
Jom apply....

alibara
15-05-2013, 08:12 AM
Apply now......

alibara
15-05-2013, 09:53 AM
Sudahkah anda insuranskan gaji anda ?

alibara
15-05-2013, 02:32 PM
Alhamdulillah selesai lunch.

Ke Hospital Pantai Penang menyelesaikan medical report.

Pantai Hospital ni bil2nya tinggi belaka..tp berbaloi sbb servis trbaik dgn direct akses jumpa doktor Pakar.

Anda ingat semua yg masuk hospital swasta ni bayar pakai duit sendiri ? Tak....mereka dilindungi oleh MEDICAL CARD...

Nak tahu info lanjut mengenai medical card terbaik...SMS 0174276046

alibara
16-05-2013, 04:17 PM
Maa Takaful terbaik...