PDA

View Full Version : Sekolah pondok untuk orang tua.

mrsmoney
16-07-2010, 12:06 PM
Assalamualaikum,

Mak mertua Mrs nak belajar agama kat sekolah pondok. Sesiap yg ada pengalaman hantar orang tua mereka belajar agama minta tolong share kat sini.

Try google tapi pening banyak sangat. Tak tau mana satu yg sesuai. Mak kate kalau boleh dia nak dekat2 je. Area Selangor or Perak. Tapi kalau warga CG boleh suggest tempat lain yg bagus pun boleh dipertimbangkan.

Minta tolong ye kawan2. Mak mertua Mrs ni sejak kebelakangan ni berhajat betul nak belajar kat pondok.. Kesian kat dia hari2 mintak Mrs tolong carikan.

Boboi
16-07-2010, 12:12 PM
pondok gunung semanggol kat Perak, ramai orang tua belajar kat sana.

cuba-cubalah tanya orang di sana....

AMICO66
16-07-2010, 12:15 PM
area perak tu kat mana yg nak?

mrsmoney
16-07-2010, 12:22 PM
pondok gunung semanggol kat Perak, ramai orang tua belajar kat sana.

cuba-cubalah tanya orang di sana....

Owh, ye ke. Terima kasih. Nanti try google. Nak tanya2 org tak tau nak tanya sape coz Mrs jarang kluar rumah. Tak kenal orang2 sini..

mrsmoney
16-07-2010, 12:23 PM
area perak tu kat mana yg nak?

Kat mana2 pun takpe asalkan tempatnye sesuai untuk orang tua macam mak mertua mrs ni..

Terima kasih..

mrsmoney
16-07-2010, 12:26 PM
Kalau ada pengalaman hantar orang2 terdekat ke sekolah pondok minta share la kat sini ye. Mrs kurang masa nak betul2 cari yg betul2 sesuai. Duduk rumah je hari2 mmg kurang info. Harapkan dunia cyber ni je la nak tolong mak Mrs ni pun.

mrsmoney
16-07-2010, 12:36 PM
Bump..thread ni.. Mana tau ada rezeki sesapa yg berkenaan nampak:D

mrsmoney
16-07-2010, 02:18 PM
Isk, try google pondok gunung semanggol tadi yg kluar banyak SAR and Madrasah untuk budak-budak je.

herokicap
16-07-2010, 02:30 PM
kat kelantan tak nak ke?
pm me kalau berminat...

mrsmoney
16-07-2010, 03:44 PM
kat kelantan tak nak ke?
pm me kalau berminat...

Dah tanya mak. Dia macam keberatan je coz takut tak dapat sesuaikan diri. Maklumla, dia tak faham sgt bahasa Kelantan.

Maaf kalau banyak songeh. Tapi kalau boleh nak cari yg sesuai dgn kehendak dan keselesaan die.. Kalau dia tak nak tu mmg tak leh nak kata apa. Kena cari tempat lain nampaknye..:)

Walaubagaimanapun terima kasih bagi cadangan..:D:)cgrock

Keyrul37
16-07-2010, 04:32 PM
kalau kat perak mak aku selalu gi.
kt lekir. siap sewa pondok gi..
kalau berhajat leh laa

eboss
16-07-2010, 05:22 PM
Kat Jeram sebelum Kuala Selangor pun ada...nama saja sekolah pondok tetapi semua rumah teres..sebenarnya tanah tu tanah wakaf...so dia ada 2 kaedah...1 beli tanah tapak buat rumah (design dah disediakan) untuk 1 atau 2 bilik jumlah sumbangan RM20K...lepas tu upah kontraktor (juga direkomen oleh pihak pengurusan) buat rumah...boleh tinggal dengan selesa...bil air/letrik bayar sendiri...bila meninggal boleh WAKAF kan rumah tu kepada pihak pengurusan bagi yang tak mampu nak beli tapak rumah untuk duduk share ngan yang lain free.

Aku pun ada sebijik kat situ...emak aku duduk sana tapi aku ambil pakej besar skit...buat rumah 2 bilik tapi size selesa ler jugak untuk kami anak beranak nak pi lepak 3-4 hari.

Total beli tapak dan buat rumah tu aku belanjakan RM75K.

Kalau yang tinggal disitu meninggal dan tak ada anak2 yg nak duduk situ boleh serah dan wakafkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan atau 'jual' rumah tu pada yang nak beli dan duduk belajar kat situ.

Sewa tidak dibenarkan sama sekali

mrsmoney
16-07-2010, 07:38 PM
kalau kat perak mak aku selalu gi.
kt lekir. siap sewa pondok gi..
kalau berhajat leh laa

Ade Bro bagitau yg kat Lekir ni. Dah tefon Ustaz Faisal tu. Alhamdulillah dia melayan dengan baik. Tanya punye tanya selain kat Perak kat mana lagi yg dia rasa bagus, coz mak kata dia nak kat Slangor pulak, Ustaz Faisal cadangkan dekat Jenderam, Dengkil.

Try google website Jenderam ni. Best juga tempatnya. Memang establish. Mak suke.

Dah telefon Ustaz Roie kalau tak silap nama dia. Peramahnye.. Seronok berborak dengan die. Dia handle YARA section-bahagian mualaf. So, dia minta call Ustaz Shamsul yg handle section warga emas.

Mak pun tak sabar2 kalau boleh nak masuk esok jugak. Mana la boleh, waiting list pun bersusun kat Jenderam ni..

mrsmoney
16-07-2010, 07:44 PM
Kat Jeram sebelum Kuala Selangor pun ada...nama saja sekolah pondok tetapi semua rumah teres..sebenarnya tanah tu tanah wakaf...so dia ada 2 kaedah...1 beli tanah tapak buat rumah (design dah disediakan) untuk 1 atau 2 bilik jumlah sumbangan RM20K...lepas tu upah kontraktor (juga direkomen oleh pihak pengurusan) buat rumah...boleh tinggal dengan selesa...bil air/letrik bayar sendiri...bila meninggal boleh WAKAF kan rumah tu kepada pihak pengurusan bagi yang tak mampu nak beli tapak rumah untuk duduk share ngan yang lain free.

Aku pun ada sebijik kat situ...emak aku duduk sana tapi aku ambil pakej besar skit...buat rumah 2 bilik tapi size selesa ler jugak untuk kami anak beranak nak pi lepak 3-4 hari.

Total beli tapak dan buat rumah tu aku belanjakan RM75K.

Kalau yang tinggal disitu meninggal dan tak ada anak2 yg nak duduk situ boleh serah dan wakafkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan atau 'jual' rumah tu pada yang nak beli dan duduk belajar kat situ.

Sewa tidak dibenarkan sama sekali

Wah, bnyak duit eboss ni ye. Alhamdulillah disalurkan pada jalan yang betul. Semoga diberkati Allah hendaknye..

Err, sedikit confius. Yg eboss mention ni yg kat Jenderam, Dengkil ni ke? Ade kata Jeram, ade kata Jenderam. Adakah tempat yg sama dengan nama yg berlainan atau nama berlainan tempat pun berlainan. Mohon penjelasan..:D

lanevi448
16-07-2010, 11:53 PM
Salam TT,
Cuba tengok kat website ni: http://www.aljenderami.com.my/aljenderami/
Saya dan rakan2 persatuan pernah melakukan lawatan secara rasmi ke sini.
Tempatnya di Jenderam, dengkil, Selangor (Ada peta kat website dia).
Kat sini semuanya ada, anak2 yatim, warga tua, muallaf, dll.
Bacalah dengan lebih lanjut ya.....

monalito
17-07-2010, 11:18 AM
mak sya ada kat pondok selehor kok pasir kg.berangan tumpat kelantan.
mentua kawan sya belajar kat pondok pasir tumbuh, kota bharu, kelantan.

mrsmoney
17-07-2010, 11:44 PM
Salam TT,
Cuba tengok kat website ni: http://www.aljenderami.com.my/aljenderami/
Saya dan rakan2 persatuan pernah melakukan lawatan secara rasmi ke sini.
Tempatnya di Jenderam, dengkil, Selangor (Ada peta kat website dia).
Kat sini semuanya ada, anak2 yatim, warga tua, muallaf, dll.
Bacalah dengan lebih lanjut ya.....

Thanks ye, susah payah bagi info.. saya dah surf website ni, mmg tertarik nak masukkan mak kat sini. Mak pun suke.. Tapi kena tunggu lepas raya ni kut baru ada kekosongan..

Tu yang saya call Ustaz Roie kat sana tanyakan hal ni. Insya-Allah kalau ada rezeki mak dapat masuk kat sini. Mmg ni pilihan utama kami buat masa sekarang.

gemagemuruh
17-07-2010, 11:56 PM

Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. InsyaAllah:)

duit_takdekuasa
18-07-2010, 12:03 AM
saya syor pondok pasir tumbuh, kota bharu kelantan. ramai gak orang yang belajar disini, dari semenanjun, sabah serawak, thailand, kemboja, cina semua ada, bahasa kelantan senang je faham kalau duk sini. tak perlu kekok, ramai je yang cakap bahasa malaysia stended.

saya berasal di situ, mak saya ada rumah/pondok sewa kat 10 bijik gak. tapi dah penuh rasanya. takpe, banyak lagi pondok2 yang orang lain sudi tumpangkan. sekarang ni asrama jugak sudah siap, pondok2 baru pun sedang dan sudah dibina.

mrsmoney
18-07-2010, 02:46 AM
Bagi yg cadangkan di Kelantan tu, terima kasih banyak2 tapi mak tetap tak mahu ke sana.. Sebenarnye, tempat pertama saya syorkan memang di Kelantan coz kat sana dah lama establish dan memang sudah terkenal. Lagipun ramai bagi recommendation berdasarkan pengalaman ahli keluarga sendiri menetap di sana.

Tapi mak mmg tak mau ke sana.. Selain bimbang tak dapat sesuaikan diri, Kelantan agak jauh dari tempat tinggal sekarang. Susah nak balik rumah sekali-sekala katanya. Harap semua faham ye.. Terima kasih..

mrsmoney
18-07-2010, 02:47 AM
Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. InsyaAllah:)

Insya-Allah..Amin.. Terima kasih..:D

cyberbot
18-07-2010, 09:00 AM
Assalamualaikum,

Mak mertua Mrs nak belajar agama kat sekolah pondok. Sesiap yg ada pengalaman hantar orang tua mereka belajar agama minta tolong share kat sini.

Try google tapi pening banyak sangat. Tak tau mana satu yg sesuai. Mak kate kalau boleh dia nak dekat2 je. Area Selangor or Perak. Tapi kalau warga CG boleh suggest tempat lain yg bagus pun boleh dipertimbangkan.

Minta tolong ye kawan2. Mak mertua Mrs ni sejak kebelakangan ni berhajat betul nak belajar kat pondok.. Kesian kat dia hari2 mintak Mrs tolong carikan.

ade satu sklh pondok ni, kat pgkalan hulu, tip top gak. tp x taw le trime ke x pompuan, try ler..:)

Keyrul37
23-07-2010, 11:16 AM
Selamat mandalami ilmu agama pd mak kamu..Alhamdulillah

mrsmoney
23-07-2010, 04:21 PM
Assalamualaikum, kepada sesiapa yg beri sumbangan kat thread ni, terima kasih banyak2..:)

Mak Mrsmoney dah mendaftar di Pondok Datuk Keramat sempena bulan Ramadhan ni. Dia happy dan tak sabar2 menunggu bulan Ramadhan tiba.

Lepas raya ni pulak cadangnye nak daftar di Pondok Jenderam, Dengkil atau di Jeram, Kuala Selangor.

Nanti Mrs akan update address dan number telefon tempat2 ni semua untuk rujukan orang lain yg berhajat. Mana la tau kan, ada yg sama kes dgn Mrs mencari-cari tempat yg sesuai..

Terima kasih semua..:D

AMICO66
23-07-2010, 04:24 PM
alhamdulillah....

brozul
23-07-2010, 04:29 PM
dengkil... or cheras...

nak tau pm je...

Kbyne
06-08-2011, 10:19 AM
Belajar di UMCced...guna sijil MCE/SPM lama...dan daftar...cuba refer kat link ni...

http://www.umcced.edu.my/CERT/Sijil-Usuluddin.html

saudagarbiasa
06-08-2011, 01:35 PM
Kat bukit Beruntung, Selangor pun ada

redtea
07-01-2014, 11:40 AM
Jika ada area yang berdekatan dgn bangi/kajang/putrajaya..boleh la share..

nak belajar bersama dgn anak...anak ni anak istimewa..susah nak belajar dgn koko skolah menengah, prefer yang berkaitan dgn keagamaan..

jika ada tolong share, saya nak balik hari shj..

abuyah
07-01-2014, 02:34 PM
Assalamualaikum,

Mak mertua Mrs nak belajar agama kat sekolah pondok. Sesiap yg ada pengalaman hantar orang tua mereka belajar agama minta tolong share kat sini.

Try google tapi pening banyak sangat. Tak tau mana satu yg sesuai. Mak kate kalau boleh dia nak dekat2 je. Area Selangor or Perak. Tapi kalau warga CG boleh suggest tempat lain yg bagus pun boleh dipertimbangkan.

Minta tolong ye kawan2. Mak mertua Mrs ni sejak kebelakangan ni berhajat betul nak belajar kat pondok.. Kesian kat dia hari2 mintak Mrs tolong carikan.

paling femes kat dengkil jenderam...

snazri
15-01-2014, 04:36 PM
ada tak pondok yang menerima suami dan isteri sekali? kebanyakannyer hanya menerima ibu tunggal. klo ada harap boleh dikongsikan disini.. thanks.