PDA

View Full Version : Memilih Perniagaan MLM


Naza NXL
16-06-2010, 04:40 PM
(Sumber Asal Artikel Ini Dari Sini (http://nazanxl.wordpress.com/2010/06/15/memilih-perniagaan-mlm/))


Berjayanya sesebuah perniagaan MLM dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor yang sering disebut sebagai faktor utama dalam kejayaan seseorang dalam perniagaan MLM adalah faktor syarikat, produk dan pelan pemasaran yang tepat. Kekurangan dari salah satu faktor ini akan mencacatkan kejayaan seseorang di dalam perniagaan MLM yang diceburinya.

Sebelum menceburkan diri ke dalam sesebuah perniagaan MLM, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah MENELITI dan MEMILIH untuk bersama syarikat yang betul. Secara ringkas, syarikat yang betul adalah syarikat yang meliputi kesemua faktor yang dinyatakan di atas sebentar tadi iaitu syarikat yang kukuh, menawarkan produk yang boleh bersaing dan menawarkan pelan pemasaran yang menguntungkan kedua-dua pihak.


Lesen AJL

Apa yang paling penting dalam pemilihan syarikat MLM adalah, pastikan syarikat itu menjalankan aktiviti perniagaan dengan sah. Setiap syarikat MLM PASTI dan WAJIB mempunyai lesen Akta Jualan Langsung (AJL) yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Anda boleh menyemak syarikat-syarikat yang berdaftar dibawah AJL di laman web rasmi KPDNKK di alamat www.kpdnkk.gov.my (http://kpdnkk.gov.my).

TIADA syarikat MLM yang tidak tertakluk dibawah Akta Jualan Langsung. Justeru itu, setiap syarikat yang menjalankan aktiviti MLM namun tiada lesen AJL, adalah syarikat yang TIDAK JUJUR dan TIDAK SAH. Hindari syarikat-syarikat sebegini!


Syarikat Yang Kukuh

Kekukuhan sesebuah syarikat juga adalah penting dalam menceburkan diri dalam MLM. Adalah menjadi dilema dikalangan leader-leader MLM yang bergabung dengan sesebuah syarikat, namun dalam masa yang singkat syarikat tersebut telah menamatkan operasinya kerana tidak mampu bersaing. Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Direct Selling Association Malaysia (DSAM), 80% syarikat MLM menamatkan operasi dalam tahun pertama operasi mereka, 15% lagi tidak memperbaharui lesen selepas 5 tahun beroperasi dan hanya 5% sahaja syarikat MLM yang mampu bertahan dan bersaing lebih dari 5 tahun.

Bagaimana kita boleh mengukur kekukuhan sesebuah syarikat?? Ini adalah suatu perkara yang amat amat subjektif. Namun, saya secara peribadi mempunyai satu garis panduan dalam mengukur kekukuhan sesebuah syarikat MLM itu.

Pertama, modal berbayar. Dapatkan maklumat tentang modal berbayar syarikat itu. Modal berbayar menunjukkan financial back-up syarikat. Maklumat modal berbayar boleh didapati di laman web rasmi syarikat (jika syarikat Berhad), manakala bagi syarikat Sdn Bhd, maklumat modal berbayar boleh didapati dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Bagi saya secara peribadi, syarikat MLM yang bermodal berbayar kurang daripada RM 3 juta adalah syarikat yang kurang kukuh dari sudut financial back-up. Saya berpendapat begini kerana, hampir semua syarikat-syarikat yang sudah bertahan lebih 10 tahun bermula dengan modal berbayar lebih daripada RM 3 juta.

Perniagaan MLM memerlukan perlaburan modal permulaan yang besar kerana pengaliran wang keluar masuk adalah amat aktif. Walau sebagai pengedar biasa pun, memerlukan modal permulaan yang besar untuk menjalankan perniagaan MLM pada peringkat awal, maka syarikat MLM pastilah memerlukan modal yang lebih besar lagi.

Kedua, ibu pejabat. Pastikan anda tahu alamat, keadaan dan status ibu pejabat syarikat MLM tersebut. Keadaan dan status ibu pejabat adalah penting untuk menilai tahap keseriusan pihak syarikat. Syarikat yang serius dan kukuh selalunya beribu pejabat di tingkat-tingkat menara atau pun wisma-wisma sama ada milik sendiri ataupun menyewa. Berhati-hati dengan syarikat yang beribu pejabat di bangunan rumah-rumah kedai kerana, keadaan ibu pejabat adalah cermin kepada keseriusan, imej dan kekukuhan syarikat.

Perniagaan MLM adalah perniagaan yang profesional dan perniagaan berimej. Syarikat yang memilih untuk beribu pejabat di bangunan rumah-rumah kedai tidak membina imej yang sesuai dengan perniagaan ini. Jika pihak syarikat sendiri telah memberi imej yang “biasa” kepada pengedar, bagaimanakah pengedar ingin memberi gambaran dan imej “luar biasa” kepada prospek-prospek?

Dan, pastikan juga bangunan pejabat syarikat MLM itu wujud dan bukannya berpejabat secara maya. Walaupun perniagaan MLM E-Dagang masih memerlukan ibu pejabat realiti. Sekurang-kurangnya, ibu pejabat itu boleh menyimpan server atau gudang produk syarikat itu. PASTIKAN anda tidak berurusan dengan syarikat yang “maya” sahaja kerana syarikat sebegini sebenarnya tidak bermaya.

Ketiga, badan pengurusan. Pastikan anda menyemak latar belakang setiap badan pengurusan utama syarikat, terutama mastermind syarikat seperti pemegang jawatan Chairman dan CEO. Jika syarikat MLM anda adalah sebuah anak syarikat kepada syarikat holdings, pastikan anda juga menyemak latar belakang Manager kepada syarikat MLM anda selain menyemak badan pengarah syarikat induk.

Apa yang perlu disemak? Pastikan latar belakang setiap yang terlibat dengan pengurusan adalah bersih. Anda boleh sahaja search di laman enjin carian nama-nama badan pengurusan ini. Pasti ada blog, forum, web atau apa sahaja yang ada membicarakan tentang mereka. Ambil kira setiap kritikan negatif kepada individu-individu ini kerana “masakan pokok bergoyang tanpa angin”.

Jika badan pengurusan sudah berpengalaman dalam pengurusan bidang MLM di syarikat lain yang sudah berjaya, maka ini adalah badan pengurusan yang baik dan ideal. Namun, pastikan juga mereka berhenti dari syarikat lama untuk mencari peluang di syarikat baru, bukannya diberhentikan kerana salah laku dan etika.


Produk Yang Berkualiti

Produk adalah apa yang didagangkan oleh perniagaan MLM. TIADA syarikat MLM yang tidak memperdagangkan produk sama ada produk ini adalah produk fizikal (tangible) atau produk maya (intangible). Ada juga syarikat MLM yang memperdagangkan perkhidmatan.

Produk MLM perlulah berkualiti. Sesebuah produk MLM tidak semestinya “killer” namun cukuplah sekadar berkualiti. Jika produk itu amat luar biasa, itu suatu bonus kepada syarikat dan pengedar.


Produk Yang Berteras Repeat Sale

Faktor utama kelangsungan secara berpanjangan sesebuah perniagaan MLM adalah ciri produk yang berteraskan penjualan ulangan (repeat sale). Produk-produk yang bersifat repeat sale akan menjamin jualan yang berulangan dan seterusnya menjamin residual income. Produk-produk yang bersifat repeat sale adalah produk-produk seperti makanan, minuman, pakaian, barangan keperluan harian dan lain-lain.

Produk yang berteras repeat sale sahaja tidak cukup. Pastikan juga repeat sale itu boleh berlaku dalam masa yang tidak terlalu lama. Sebagai contoh, ada syarikat yang menjual alat pengstabil voltan untuk menjimat minyak kereta. Jangka hayat produk itu adalah sehingga 5 tahun. Ini adalah produk yang bersifat repeat sale yang terlalu lambat. Sama juga dengan produk penapis dan rawatan air yang berjangka hayat satu hingga 3 tahun. Produk-produk makanan atau minuman kesihatan dan barangan keperluan rumah adalah produk yang paling ideal dipasarkan melalui MLM kerana repeat sale boleh berlaku dalam jangka masa yang pendek, mungkn sebulan sekali atau dua bulan sekali.

Dan akhir-akhir ini, talian prabayar juga sudah mula didagangkan secara MLM. Bagi saya, produk talian prabayar ini juga satu produk berteraskan repeat-sale yang cepat.


Rangkaian Produk Yang Pelbagai

Sesebuah syarikat MLM yang hanya menjual atau tertumpu kepada satu atau beberapa produk sahaja adalah kurang ideal. Ini kerana, setiap produk terdedah kepada saingan dari produk dalam bidang yang sama, sama ada dari syarikat MLM lain atau dari pasaran konvensional.

Jadi, syarikat yang menyediakan rangkaian produk yang pelbagai adalah pilihan terbaik. Adalah tidak terlalu berlebihan jika saya mengatakan, contoh syarikat yang mempunyai rangkaian produk yang banyak adalah seperti CNI, HPA, Elken, Cosway dan Amway.

Syarikat-syarikat yang baru bertapak mungkin bermula dengan hanya beberapa produk sahaja. Namun, dari masa ke semasa, produk perlu bertambah seiring dengan pertambahan produk saingan di pasaran.

Sebagai contoh, jika sesebuah syarikat MLM itu menjual produk “ubat kuat” sahaja, apabila di pasaran ada persaingan kepada produk tersebut, maka pastinya sale syarikat akan jatuh dan seterusnya memberi kesan kepada pendapatan ahli. Sama juga jika sesebuah syarikat hanya menjual kopi sahaja, royal jelly sahaja, fiber sahaja atau jus manggis sahaja. Kini, semua produk-produk yang saya sebutkan ini mempunyai banyak saingan di pasaran.


Harga Produk Yang Munasabah

Harga produk juga perlu munasabah. Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Harga produk perlu dinilai berdasarkan “nilai” produk itu, bukannya “kos” produk itu. Sebagai contoh, harga kos sebuah produk kesihatan mungkin hanya RM 10 sahaja, namun produk ini boleh dijual dengan harga RM 100 kerana “nilai” produk ini yang amat luar biasa (seperti mampu membantu merawat kanser, dan lain-lain). Namun, usahlah produk ini dijual dengan harga RM 500 sekotak (15 sachets). Ini kerana, harga yang terlampau juga tidak menggalakkan repeat sale.

Seperkara lagi, pastikan harga produk itu mampu bersaing dengan produk dalam pasaran yang berada dalam bidang yang sama.

chesnatesz
16-06-2010, 04:43 PM
well done TT...good info n guidance

Naza NXL
16-06-2010, 04:44 PM
Pelan Pemasaran Yang Win-Win

Pelan pemasaran adalah nadi perniagaan MLM. Melalui pelan pemasaranlah pengedar menjana pendapatan.

Pelan pemasaran perlulah bersifat sama-sama menang (Win-Win Situation). Istilah win-win situation ini selalu digunakan oleh ramai pengedar MLM untuk menggambarkan pelan pemasaran mereka. Namun, apakah win-win situation dalam MLM?

Pelan pemasaran perlulah sama-sama memberi keuntungan kepada ahli dan kepada syarikat MLM. Kedua-dua pihak ini (syarikat dan ahli) tidak seharusnya mementingkan diri sendiri. Ada syarikat yang membayar bonus yang tidak setimpal dengan sale yang dibuat oleh ahlinya. Sama halnya dengan ahli. Sesetengah ahli demand supaya bonus dibayar meskipun tidak berpadanan dengan sale yang dibuat.

Dalam situasi MLM sekarang, syarikat yang menjalankan perniagaan secara pelan traditional (Unilevel, Stairstep Breakway) selalu dianggap memberi bonus yang tidak setimpal dengan sale yang dibuat oleh ahli. Manakala syarikat yang menjalankan perniagaan secara pelan Hybrid Fast Start (Binary, Trinary, Matrix) selalu dianggap memberi bonus yang terlalu tinggi dan tidak bersesuaian dengan sale yang dibuat.

Bagi saya, ini adalah hal yang cukup cukup subjektif. So, no comment.. hehe..


Maintain

Wajib maintain!! Syarikat yang tidak mengamalkan mantain sama ada secara auto atau manual adalah tidak akan bertahan lama. So, pilihlah syarikat lain.


Tidak Over-Paid

Over-paid!! Pelan pemasaran yang Win-Win tidak akan over-paid. Namun, tahukah leader-leader MLM di luar sana bagaimana mengira sama ada pelan pemasaran syarikat MLM itu boleh overpaid atau tidak??

Untuk memastikan pelan pemasaran sesebuah syarikat MLM itu tidak overpaid, ada satu sistem perisian komputer yang dicipta untuk mengira kemungkinan overpaid ini. Anda juga boleh membina sendiri "rumus" kiraan ini secara amatur melalui Microsoft Excell. Syarikat MLM yang serius dalam perniagaan ini pasti sudah mengupah syarikat consultant MLM untuk memastikan pelan pemasarannya tidak overpaid.

Namun, seorang Mentor Jutawan MLM yang juga mempunyai syarikat consultant MLM ada mengajar saya beberapa syarat paling asas untuk mengira sama ada sesuatu pelan pemasaran itu overpaid atau tidak iaitu :

1) Bonus mampu dibayar meskipun HANYA dari wang keuntungan sale.
Maksudnya, meskipun tanpa sebarang suntikan luar, bonus boleh dibayar.

2) Syarikat mampu membayar bonus MESKIPUN wang dalam akaun adalah RM0.
Maksudnya, juga sama seperti di atas, tanpa sebarang suntikan luar, bonus boleh dibayar.

Sebagai contoh, ahli sebuah syarikat MLM (Binary) yang bermodalkan RM400 untuk 1 lotnya, menawarkan bonus penajaan sebanyak RM50 dan bonus pasangan sebanyak RM100 untuk satu pasangan. Jika diperhatikan, jika ahli ini menaja 2 orang, syarikat telah menerima RM800. Namun, hanya perlu membayar RM200 kepada uplinenya. Masih berbaki RM600 sebagai keuntungan atau untuk bonus-bonus lain. NAMUN, bukan setakat ini sahaja pengiraannya, kerana di dalam MLM, bonus dibayar berlevel-level-level. Nanti saya akan menaip panjang tentang pengiraan overpaid ni.

Secara ikhlas, banyak juga syarikat MLM tidak berlesen di luar sana menawarkan pelan pemasaran yang overpaid, namun syarikat seperti inilah menjadi pilihan majoriti leader MLM yang demand bonus tinggi namun hanya mahu buat sale yang sedikit. Tertipu dan terus tertipu. Nanti saya akan mengulas panjang lagi dalam artikel yang lain.


Tidak Bersifat Head-Hunting

Head-hunting adalah satu istilah yang paling tidak mahu dikaitkan dengan pelan pemasaran mana-mana syarikat MLM. Namun, secara ikhlasnya, majoriti pelan pemasaran syarikat MLM masa kini terutama yang mengamalkan Pelan Fast Start (Binary, Trinary) adalah bersifat head-hunting!!

Setuju atau tak, itulah kenyataannya pada tinjauan saya. Kenapa saya berkata demikian?? Bagaimana kita boleh tahu tentang sesebuah syarikat itu mengamalkan pelan pemasaran yang bersifat head-hunting atau tidak??

Mudah saja.. Kebanyakkan syarikat yang mengamalkan Fast Start terkenal dengan istilah seperti “flushing”, “lot” dan “pairing bonus”. Di dalam kebanyakan pelan pemasaran syarikat-syarikat seperti in, bonus yang paling besar adalah bonus pairing atau bonus matching (bonus pasangan). Apabila bonus ini adalah bonus yang paling besar, maka tanpa bonus ini, pendapatan ahli akan terjejas teruk.

Saya perhatikan, kebanyakkan bonus pasangan dikira berdasarkan “pasangan lot” di kumpulan kanan dan kiri (kumpulan A dan B). Jarang sekali saya menemui bonus pasangan yang dikira berdasarkan pasangan sale yang dibuat di dua kumpulan yang berbeza (pasangan BV/PV). Selalunya, lot baru akan muncul di bawah hirarki dengan kemasukkan ahli baru atau re-entry sahaja. Ini menunjukkan, tanpa kemasukkan ahli baru, TIADA pasangan lot akan berlaku sekaligus TIADA bonus pasangan dibayar. So.... inilah namanya head-hunting.

Jadi, jauhilah syarikat yang membayar bonus pasangan berdasarkan pasangan lot, pasangan akaun atau pasangan produk pakej!! Semuanya adalah head-hunting berselindung disebalik istilah sahaja..

Sewaktu leader-leader dari syarikat head-hunting ini closing dan berbicara tentang bonus pasangan, pasti anda terdengar ayat-ayat sebegini (atau mungkin anda juga menggunakan ayat sebegini) :) :

“Di dalam syarikat ini, syarikat mampu bayar sehingga 15 pasangan sehari!” (ayat head hunting! :(scam)

“Setiap kali berpasang lot (kedai) di kumpulan A dan kumpulan B, maka anda akan dibayar RM 150 untuk satu pasangan” (ayat head hunting lagi! :(scam)

“Maksimun sehari, syarikat akan membayar bonus pasangan untuk 15 pasangan sahaja, oleh itu, pasangan-pasangan seterusnya akan flushing supaya syarikat tidak over-paid” (tak over-paid namun ini ayat head hunting laa! :(scam)

Emmmm...

Adalah tidak salah memperkenalkan bonus pasangan dalam sesebuah pelan pemasaran. Namun, bonus ini sewajarnya dibayar bukan hanya berdasarkan pasangan lot atau akaun, namun perlu diperluaskan ke pasangan setiap sale yang dibuat.

<><><><><><><><><><><><><>

Salam hormat, Naza NXL..

http://i842.photobucket.com/albums/zz348/NazaNXL/a-naza-logo.png


Artikel Asal Bersumber Di Sini

(Sumber Asal Artikel Ini Dari Sini (http://nazanxl.wordpress.com/2010/06/15/memilih-perniagaan-mlm/))

Naza NXL
16-06-2010, 04:46 PM
well done TT...good info n guidance

Terima kasih sahabat..

Saya akan banyak menulis lagi tentang bidang MLM ini.. Jemput komen artikel-artikel saya yang seterusnya lagi selepas ini, ok :D

layari blog saya dan tinggalkan sedikit komen membina di sana :)

farmasi
16-06-2010, 06:48 PM
info bagus ni, nak berkongsi vdo evolusi MLM dari salah satu bekas networker guru pelbagai sykt MLM http://mlmevolution.co.cc/ hanya kurang dari 45min

dapatduit
16-06-2010, 09:34 PM
baik punya info ni...

Abu nawas
17-06-2010, 09:43 AM
zaman sekarang ni org join MLM sebab nak dapat duit cepat...bukan bina perniagaan seperti mana MLM yg sepatutnya

itulah yg menyebabkan wujudnya head hunting..hai o pun leader create sistem buat loan bank sebab nak bagi nampak income banyak dan cepat walaupun ianya masih lagi gunakan sistem maintain bulanan

sekarang org join MLM tak nak beli barang tiap-tiap bulan tapi nak bonus tiap2 bulan...konsep yg cni, amway, revell dan company yg sepertinya mmg dah ok..cuma diorg kata lambat dapat duit dan lambat kaya

pelan pemasaran pun memainkan peranan penting jugak, ada pelan pemasaran yg bila sampai agensi manager dah tak boleh teruskan sebab kena ada side group..masa inilah akan berlaku perebutan dalam membuat sponsoring..tapi alasan company sebab ianya bukan sistem piramid sapa yg rajin dia yg akan berjaya, kesannya agensi manager akan berebut prospek

ahli dalam MLM tak semestinya join sebab nak kaya..kekadang diorang join sebab nak dapat produk dengan harga ahli ataupun nak jual runcit ckit2...tapi leader akan terus push suruh buat sponsoring, last-last jadi malas nak buat

asi_89
17-06-2010, 04:39 PM
zaman sekarang ni org join MLM sebab nak dapat duit cepat...bukan bina perniagaan seperti mana MLM yg sepatutnya

itulah yg menyebabkan wujudnya head hunting..hai o pun leader create sistem buat loan bank sebab nak bagi nampak income banyak dan cepat walaupun ianya masih lagi gunakan sistem maintain bulanan

sekarang org join MLM tak nak beli barang tiap-tiap bulan tapi nak bonus tiap2 bulan...konsep yg cni, amway, revell dan company yg sepertinya mmg dah ok..cuma diorg kata lambat dapat duit dan lambat kaya

pelan pemasaran pun memainkan peranan penting jugak, ada pelan pemasaran yg bila sampai agensi manager dah tak boleh teruskan sebab kena ada side group..masa inilah akan berlaku perebutan dalam membuat sponsoring..tapi alasan company sebab ianya bukan sistem piramid sapa yg rajin dia yg akan berjaya, kesannya agensi manager akan berebut prospek

ahli dalam MLM tak semestinya join sebab nak kaya..kekadang diorang join sebab nak dapat produk dengan harga ahli ataupun nak jual runcit ckit2...tapi leader akan terus push suruh buat sponsoring, last-last jadi malas nak buat

broo.. saya setuju sgt..

asi_89
17-06-2010, 04:40 PM
info bagus ni, nak berkongsi vdo evolusi MLM dari salah satu bekas networker guru pelbagai sykt MLM http://mlmevolution.co.cc/ hanya kurang dari 45min

line sya KO la nk tngok vid tu... citer skit sapa dia..??

Naza NXL
25-06-2010, 12:59 AM
baik punya info ni...

tq saudara... tinggalkan komen saudara di sumber asal artikel di atas di sini (http://nazanxl.wordpress.com/2010/06/15/memilih-perniagaan-mlm/)

Naza NXL
25-06-2010, 01:15 AM
zaman sekarang ni org join MLM sebab nak dapat duit cepat...bukan bina perniagaan seperti mana MLM yg sepatutnya

Saya setuju bahawa seseorang yang join MLM masa kini sememangnya untuk dapat duit iaitu bonus dari syarikat itu dengan pantas.. itulah yang disebut sebgai SPEED dalam MLM.. Bagi saya itu tidak salah..

Namun, berlaku dalam industri ini di mana, sesetengah syarikat atau leader yang mencipta "skim" berbanding perniagaan seperti mana yang MLM patut dijalankan.. MLM memperdagangkan produk, bukannya head hunting new member..

Merekruit ahli baru adalah sama penting dengan push produk ke dalam pasaran, namun apabila seorang penggiat MLM membuat duplikasi atau stress kepada penajaan ahli baru sahaja tanpa mengambil kira permintaan produk di pasaran, maka konsep asal MLM dan perniagaan sudah tidak dipenuhi di sini..

Rekruit dan penjualan perlu seimbang.. Bukan kerana ia penting bagi syrikat, malah ia juga penting bagi usahawan MLM itu..

Semenjak wujudnya syarikat2 MLM baru yang mengwar2kan tentang SPEED dan FAST START, maka konsep "user base" atau "product base" semakin ditinggalkan.. Hal ini membawa kepada wujudnya networker yang mempunyai income yang hebat, NAMUN tidak kekal lama..

itulah yg menyebabkan wujudnya head hunting..hai o pun leader create sistem buat loan bank sebab nak bagi nampak income banyak dan cepat walaupun ianya masih lagi gunakan sistem maintain bulanan

sekarang org join MLM tak nak beli barang tiap-tiap bulan tapi nak bonus tiap2 bulan...konsep yg cni, amway, revell dan company yg sepertinya mmg dah ok..cuma diorg kata lambat dapat duit dan lambat kaya

Saya bersetuju dengan saudara.. Bagi saya, sistem "lama" dalam MLM yang menekankan penggunaan produk adalah sistem yang stabil.. Dan bagi saya, tidaklah terlalu lambat untuk mendapat income yang lebat.. Semuanya bergantung kepada cara kerja dan duplikasi..

pelan pemasaran pun memainkan peranan penting jugak, ada pelan pemasaran yg bila sampai agensi manager dah tak boleh teruskan sebab kena ada side group..masa inilah akan berlaku perebutan dalam membuat sponsoring..tapi alasan company sebab ianya bukan sistem piramid sapa yg rajin dia yg akan berjaya, kesannya agensi manager akan berebut prospek

Pelan pemasaram disesetengah syarikat MLM memang ada mengamalkan sistem BREAKAWAY antara downline dan upline apabila downline itu sampai ke pangkat atau status2 tertentu, seperti di status Manager.. Hal ini ada baik dan ada buruknya.. Hal ini membuatkan berlaku di sesetengah pengedar di mana UPLINE tidak menggalakkan downlinenya naik pangkat (dengan cara yang terselindung).. Namun, downline masih perlu naik pangkat jika ingin bonus yang lebih besar.. Upline akan ada dalam dilema..

Namun, seperti yang saya katakan, ada baik dan ada buruknya sistem itu dalam sesebuah pelan pemasaran..

ahli dalam MLM tak semestinya join sebab nak kaya..kekadang diorang join sebab nak dapat produk dengan harga ahli ataupun nak jual runcit ckit2...tapi leader akan terus push suruh buat sponsoring, last-last jadi malas nak buat

Itu adalah benar.. Konsep di dalam konsep franchise, ada perbezaaan di antara "PEKERJA" dan "PENGGUNA".. Pekerja tidak dipaksa untuk menjadi pengguna dan pengguna juga tidak wajar dipaksa menjadi pekerja..

Konsep yang sama sepatutnya wujud di dalam perniagaan Human Franchising iaitu MLM. Usahawan MLM sepatutnya mewujudkan barisan "USAHAWAN" mereka yang sama2 ingin mengembangkan biz, dan mereka juga perlu mewujudkan barisan "PENGGUNA" mereka.. Namun, konsep ini semakin terhakis akhir-akhir ini..

Dalam perniagaan MLM, PENGGUNA dan USAHAWAN sama penting dalam pernigaan MLM anda..