PDA

View Full Version : Rahsia Memotong Kuku


AWEKN9
01-04-2007, 08:57 PM
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;


* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit


* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan



* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat


* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit


* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.


* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.


* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

azlann1981
02-04-2007, 08:17 AM
hmm..first time dengar pasal benda nie..

moneymaker3000
02-04-2007, 12:56 PM
haah...sabda nabi yg 1st time dgr. Betul ke hadis ni?

azlann1981
02-04-2007, 02:13 PM
haah...sabda nabi yg 1st time dgr. Betul ke hadis ni?

tu la pasal..aku pun first time dgr pasal nie...betul atau tidak aku pun tak tahu..

Firma
05-04-2007, 01:34 PM
m...awekn9. boleh tunjukan dari mana awak dapat hadis nie tak?

Mr.DJ
05-04-2007, 01:55 PM
Ye lar..aku pon first time dengaq...

bono79
05-04-2007, 02:19 PM
kat shoutbox zaharuddin.net ada jawapan psl soal potong kuku ni...harap periksa betol2 sblm copy paste artikel...ntah celah mane dtg x tau kan bahaye...

DanielAriffin
05-04-2007, 03:09 PM
kat shoutbox zaharuddin.net ada jawapan psl soal potong kuku ni...harap periksa betol2 sblm copy paste artikel...ntah celah mane dtg x tau kan bahaye...

Hello geng..
betui tu.. aku dah 12 tahun aku potong kuku hari rabu aje.. tok guru aku mengaji pon pesan elok2 potong hari jummat selepas mandi sebelum solat jummat dan hari rabu... tapi tenggok statement ni banyak hari yg tak buleh aje... checking betui!! jgn tibai cakap hadis aje.. kalau betul tak per.. :D

silverx
05-04-2007, 03:26 PM
aku penah dengar..n penah dapat risalah dia...tapi dah pegi maner pun tak tahu risalah tu(memang ada ayat jawi pasal benda nih)...yg pasti ari jumaat ajer aku potong kuku...wallahu..



saya ingin bertanya adakah hadith ini sahih atau ia boleh diamalkan

RAHSIA MEMOTONG KUKU
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;




* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

neon
terima kasih

--------------

Jawapan :

al-Ustaz Abdullah Zuqail menyebut beberapa perkara yang tidak ada dalil tentang memotong kuku, antaranya :

- Mengkhususkan hari Jumaat untuk memotong kuku.
- Makhruh memotong kuku pada malam hari.
- Orang yang sedang berpuasa tidak boleh memotong kuku.
- Larangan orang yang sedang haid dan janabah dari memotong kuku.
- Memotong kuku dengan cara-cara tertentu.

Berkata Ibn Daqiq al-'Ied : "Apa yang tersebar tentang memotong kuku dalam cara-cara tertentu, tidak ada asal baginya di dalam syariat. Adapun memulakannya dengan tangan kanan kemudian tangan kiri, maka ianya termasuk di dalam keumuman sabda Nabi s.a.w. ..."

Dr. Abdul Wahab pula berkata :

"Memotong kuku HARUS pada bila-bila masa dan tidak mengapa."

wallahu a'lam
abdulkadir
-----------

http://www.islam-online.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=37762

http://www.saaid.net/Doat/Zugail/90.htm

felixtimber
05-04-2007, 03:36 PM
hmm...aku pun penah dengar dan terbace pasal hikmah2 memotong kuku nih..tapi tak ingat la kat mane dan bile..kalau tak silapmase tu aku tgh bace hikmah solat tarawikh bulan ramadhan yang di tampal di dinding...

wallahualam..

moneymaker3000
05-04-2007, 03:37 PM
pasal hari jumaat tu mmg biase la dgr, digalakan memotong kuku. Tapi hari2 lain tu yg pelik, contohnye hari selasa..meaning kalau kite sehat then potong kuku haritu, pastu kite sakit la? :P

AWEKN9
06-04-2007, 07:30 PM
nanti tie cuba tanya yang bijak pandai kay pasal tie nak cakap pun tak berani la pasal kawan yang forwardkan email nie..harap maklum

akuler
07-04-2007, 01:15 AM
Btol ker hadis nabi nih. Jangan jadi cam hadis pasal kelebihan solat tarawih dari hari pertama sampai hari terakhir. Ulama pun pening mane datang hadis pasal fadhilat terawih tu. Tetiba jer muncul. Bagi aku potong kuku memang baik. kalo bela kuku panjang2 nanti jadi hantu kumkum plak.

wanzue
19-08-2009, 11:34 AM
RAHSIA MEMOTONG KUKU


RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA : Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

eishen
19-08-2009, 11:38 AM
tt letak la skali step2 nk potong kuku...jari mne ptt ptong dlu...kawe xingt sngt

shane
19-08-2009, 11:51 AM
ASROK........
Hadis ni dah di pertikaikan sebelum ni......

profesor
19-08-2009, 11:55 AM
hadith yg melarang memotong kuku takde, yg menerangkan hari2 yg disunatkan memotong kuku tu ade. Wallahualam.

theBLOGGERboy
26-08-2009, 06:26 AM
uik yg aq tau jer hari jumaat la hari paling bek potong kuku