PDA

View Full Version : Susah Tak Proses Nak Jual Rumah

bujanglapok
07-06-2010, 02:01 PM
Salam semua
Saya ada sebijik rumah teres kos sederhana lot tengah kat Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Rumah tu saya beli pada tahun 1995 dengan Pinjaman Perumahan Kerajaan. Lagi 12 tahun baru habis

Saya bercadang nak jual rumah tu dalam masa yang terdekat ni sebab nak pindah balik kampung. Sekarang tengah mencari pembeli la ni..

Saya nak tanya kawan-kawan yang berpengalaman
sekiranya saya dah dapat pembeli nanti
susah tak proses jual beli rumah ni?
Apakah perkara pertama yang mesti saya lakukan
Apakah persiapan yang perlu saya buat dari segi dokumen?

Atau adakah segala-galanya akan diuruskan oleh lawyer yang akan dilantik?
Jika pakai lawyer, kebiasaaanya kos lawyer tadi akan ditanggung oleh penjual atau pembeli baru?

Harap kawan-kawan dapat bantu :">#:-S

havrilsz
07-06-2010, 02:19 PM
tak la susah sgt klu dah ader buyer...

bujanglapok
07-06-2010, 02:55 PM
tak la susah sgt klu dah ader buyer...

alhamdulillah..lapang dada saya
kalu sudi, buleh la citer sikit :D:D
bagaimana cara-cara nak memulakan proses ni
lebih-lebih lagi tang nak setelkan pinjaman kerajaan tu

felix
07-06-2010, 03:46 PM
detail rumah..n rege nak jual...huhuhu

bujanglapok
07-06-2010, 04:37 PM
detail rumah..n rege nak jual...huhuhu

alamak..dah lupa la pulak
18 x 65 ke 20 x 70 ntah
3b,1ba, depan boleh masuk 2 keta dgn selesa belakang ada dlm 3kaki
nanti saya check balik dokumen
orang sebelah rumah cakap
rega la ni buleh gi 100k ONO:">
itu orang sebelah cakap la..
orang dalam rumah belum cakap lagi:D:D

nanti kalu dah kompom
saya akan buka kat thread yang betul
kang tuan mod marah la karang

kat sini saya cuma nak tahu prosedurnya je dulu
jadi senang la sikit saya nak buat bajet..

Rambo
07-06-2010, 11:33 PM
Boleh ke jual rumah yang masih ada loan gomen nih

bujanglapok
08-06-2010, 02:14 PM
up sket, bantuan masih diperlukan ni...

aku_si_dewi
08-06-2010, 02:59 PM
bujang lapok..thanks sebab buka thread ni..i pun jadi follower gak, sebab sekarang memang nak jual rumah

geesya
08-06-2010, 03:19 PM
Boleh ke jual rumah yang masih ada loan gomen nih

x jadi masalah kalau masih ada loan gomen.

bujanglapok
08-06-2010, 03:58 PM
bujang lapok..thanks sebab buka thread ni..i pun jadi follower gak, sebab sekarang memang nak jual rumah

okey,
sama-sama kita kongsi
rasanya kat CG ni ramai yang pakar...

buka apa
kalau kita dah ada basic knowledge
takde la kita nampak kayu sangat nanti..
boleh la kita berlagak sikit dgn buyer dan lawyer tu..
he..he..hee..:">:">

bujanglapok
08-06-2010, 03:59 PM
x jadi masalah kalau masih ada loan gomen.

susah tak proses nak setelkan menda ni bro
maklum la berurusan dengan kakitangan awam ni banyak cabarannya

geesya
09-06-2010, 11:01 AM
susah tak proses nak setelkan menda ni bro
maklum la berurusan dengan kakitangan awam ni banyak cabarannya

x juga ..guna lah peguam .fees peguam biasanya pembeli yg setelkan tetapi ada juga yg 50-50 (pembeli/penjual) terpulang kepada perbicangan bersama.

geesya ppuan:((:((:">

bujanglapok
09-06-2010, 12:03 PM
x juga ..guna lah peguam .fees peguam biasanya pembeli yg setelkan tetapi ada juga yg 50-50 (pembeli/penjual) terpulang kepada perbicangan bersama.

geesya ppuan:((:((:">

ooo.. cenggitu
jadik dalam urusan jualbeli rumah ni
memang mandatori pakai peguam la errkk..
baru sonang urusannya.... janjai bayar jer..
tq sis..:D

wcw9818
14-06-2010, 01:37 AM
yup dlm jual beli prop ni mesti guna lawyer barulah cepat dan selamat.serahkan ajer mereka akn selesaikn...jgn poning2

dadihsoya
14-06-2010, 01:55 AM
aku ader jual umah....dah nak masuk 3 bulan....jika ikut sign s n p dah masuk 2 bulan...buyer dah bayar 10% tp aku baru dpt 2% yg lagi 8% lawyer pegang...aku bising ngan lawyer pesal lak ko nak pegang lg 8% tu ko nak buat fd ker...sebab biler bc kat snp ayat tuu tergantung...bunyi dier lebih kurang camni....ii. The balance of RM......... or 8% shall be paid by the Purchaser upon the execution of this Agreement.Alasan lawyer dier pegang sebab nak jaga buyer takut2 buyer ader masalah kemudian ari n lawyer beri 8% tu apb consent dan mot selesai....

saper2 yg lebih arif leh terangkan tak.....~X(~X(

bujanglapok
14-06-2010, 08:49 AM

waa... bagus gak dapat tahu masalah ni
harap ada kawan-kawan yang boleh kasi tunjukajar

dadihsoya
14-06-2010, 03:49 PM
waa... bagus gak dapat tahu masalah ni
harap ada kawan-kawan yang boleh kasi tunjukajar

sahabat2...tolong2 saper yg arif.....

salmiah_salim
15-06-2010, 06:02 PM
Salam semua
Saya ada sebijik rumah teres kos sederhana lot tengah kat Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Rumah tu saya beli pada tahun 1995 dengan Pinjaman Perumahan Kerajaan. Lagi 12 tahun baru habis

Saya bercadang nak jual rumah tu dalam masa yang terdekat ni sebab nak pindah balik kampung. Sekarang tengah mencari pembeli la ni..

Saya nak tanya kawan-kawan yang berpengalaman
sekiranya saya dah dapat pembeli nanti
susah tak proses jual beli rumah ni?
Apakah perkara pertama yang mesti saya lakukan
Apakah persiapan yang perlu saya buat dari segi dokumen?

Atau adakah segala-galanya akan diuruskan oleh lawyer yang akan dilantik?
Jika pakai lawyer, kebiasaaanya kos lawyer tadi akan ditanggung oleh penjual atau pembeli baru?

Harap kawan-kawan dapat bantu :">#:-S

Salam,

Dokumen2 yang sgt penting yang perlu di sediakan sebelum membuat penjualan rumah ni adalah:-
1. SPA lama
2. Copy IC
3. Loan Agreement lama
4. Copy Geran

Yg disebutkan tadi adalah dokumen yg paling penting, kalau ada dokumen2 lain berkaitan rumah tersebut, dinasihat kan untuk sediakan untuk memudahkan kerja semua pihak.

Dari segi prosedur, sebagai penjual saudara peru memastikan semua bayaran2 yg tertunggak sudah pun diselesaikan. Bayaran utilities, cukai tanah dan cukai pintu. Resit simpan dan berikan kepada lawyer yg di lantik.

Kalau dah ada Pembeli yang betul2 genuine, saya sarankan ambil lah sekurang-kurang nya 2/3% deposit untuk menunjukkan komitmen Pembeli. Kemudian Penjual keluarkan resit or satu surat confirmation to purchase yg selalu dikeluarkan oleh agent hartanah. kemudian berikan copy semua dokumen kepada pembeli. sebab kadang2 pembeli nak apply loan dulu sebelum nak sign SPA. itu dah fair enough untuk kedua-dua pihak.

dalam agreement tu, bagi lag masa pada pembeli untuk apply loan. mungkin 14 hari dari tarikh pembayaran part of deposit. supaya tidak berlaku sebarang delay.

selepas loan approve, SPA akan ditandatangani dan masa tu lawyer akan buat kerja mereka. Hanya bekalkan lawyer dgn dokumen yg diperlukan.

Dalam sesuatu urusan jual beli Hartanah, Penjual tidak wajib untuk melantik lawyer. tapi sebagai pengamal undang-undang saya gallakkan penjual melantik lawyer untuk menjaga interest dan hak anda. Peguam penjual akan uruskan dokumen-dokumen untuk setelkan loan penjual dengan bahagian pinjaman perumahan.

My 2 cents...
Mahu tahu lebih lanjut, anda boleh layari BLOG saya www.salsalim.blogspot.com..

salmiah_salim
15-06-2010, 06:03 PM
Boleh ke jual rumah yang masih ada loan gomen nih

Boleh, tak der masalah.

salmiah_salim
15-06-2010, 06:06 PM
susah tak proses nak setelkan menda ni bro
maklum la berurusan dengan kakitangan awam ni banyak cabarannya

urusan tu semua kerja lawyer. nak settle, diorg ada beberapa dokumen yg perlu disediakan. of course full of birokrasi.. Tapi dgn diorg ni, kita sopan santun jer, InsyaAllah diorg bantu. Kalau diorg berkasar pun kita buat elok gak, lama2 lembut lah hati...

salmiah_salim
15-06-2010, 06:12 PM
aku ader jual umah....dah nak masuk 3 bulan....jika ikut sign s n p dah masuk 2 bulan...buyer dah bayar 10% tp aku baru dpt 2% yg lagi 8% lawyer pegang...aku bising ngan lawyer pesal lak ko nak pegang lg 8% tu ko nak buat fd ker...sebab biler bc kat snp ayat tuu tergantung...bunyi dier lebih kurang camni....ii. The balance of RM......... or 8% shall be paid by the Purchaser upon the execution of this Agreement.Alasan lawyer dier pegang sebab nak jaga buyer takut2 buyer ader masalah kemudian ari n lawyer beri 8% tu apb consent dan mot selesai....

saper2 yg lebih arif leh terangkan tak.....~X(~X(

Salam,

Kalau geran adalah leasehold, memang kadangkala dipersetujui bahawa baki deposit akan direleasekan kepada penjual once consent dari pihak berkuasa negeri dapat. Tapi perkara ni semua mesti state clearly dalam agreement. Kalau tak der, then x blh lah buat mcm tu. Paling kurang pun tunggu lepas consent keluar tapi bukan lah nak tunggu sampai MOT registered. That's y lah dalam hal seperti ini, digalakkan penjual ada lawyer sendiri. memang kene kuar duit lebih sikit, tapi dari segi hak, anda terjaga.

salmiah_salim
15-06-2010, 06:14 PM
Sekali lagi... saya menjemput kawan2 CG, lawati lah BLOG saya www.salsalim.blogspot.com. Kalau ada masalah anda boleh ajukan dalam blog tersebut.. Komen juga di alu-alukan untuk memperbaiki mutu blog untuk kebaikan bersama. TQ