BTC USD 84,024.3 Gold USD 4,279.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah penubuhan Melaka berubah lagi!

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Jika April lalu, sekumpulan penyelidik merumuskan sejarah penubuhan kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada 1278 tetapi kali ini tarikhnya berubah kepada 1262 dan bukannya 1400 yang menjadi rujukan sebelum ini.

Keputusan memilih tarikh 1262 sebagai penubuhan dan pengasasan kerajaan Melayu Melaka diputuskan hasil kesepakatan menerima pendapat kajian selama setahun oleh sepasukan penyelidik yang dilantik oleh kerajaan negeri menerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ketetapan lima resolusi telah diputuskan untuk menolak pendapat penulis-penulis terdahulu yang menyatakan Melaka diasaskan pada tahun 1400 masihi atau 1278 sebaliknya mengambil keputusan tarikh sebenarnya adalah pada 1262 masihi.

Menurutnya, keputusan itu dicapai pada Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka anjuran IKSEP bersama Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang diadakan hari ini.

''Tahun 1262 adalah tarikh sebenarnya penubuhan kerajaan Melayu Melaka dan bukannya 1278 atau 1400. Keputusan ini adalah muktamad hasil daripada kajian oleh sekumpulan penyelidik sejak Jun 2009 yang bersepakat untuk menolak pendapat penulis-penulis terdahulu.

''Tarikh asal 1400 dan 1278 yang dikemukakan tidak mempunyai sandaran fakta yang kukuh sebagai tahun sebenarnya penubuhan kerajaan Melayu Melaka kerana tahun itu diperolehi daripada andaian dan tujuan penulisan berdasarkan sumber-sumber yang ada," jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka anjuran IKSEP di Hotel Everly Resort di sini hari ini.

Seminar sehari itu dihadiri kira-kira 250 orang peserta dari seluruh negara.

Mohd. Ali berkata, seminar tersebut turut bersetuju berdasarkan tulisan Sejarah Melayu, Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu (MS 18 Stamford Raffles), kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan pada 660 hijrah bersamaan 1262 masihi.

Katanya, rumusan penyelidik telah menolak tahun 1400 dan 1278 sebagai tahun pengasasan Kerajaan Melayu Melaka kerana kesepakatan sarjana Barat (Portugis) bukan berdasarkan fakta sejarah.

''Ini juga termasuk Suma Oriental yang ditulis oleh Tom Pires pada 1512-1515 hanya berdasarkan pengumpulan maklumat menggunakan kaedah dengar dan cakap," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, hasil kajian yang diketuai oleh Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali dari Jabatan Sejarah UM itu akan dijadikan sebagai koleksi dan didokumentasi di Arkib Negara.

Katanya, keputusan yang diperoleh hari ini juga akan dimasukkan ke dalam Jurnal tempatan dan Antarabangsa.

Beliau menegaskan, kajian yang dilakukan itu berdasarkan daripada sumber bertulis, artifak dan lisan serta penyelidikan yang dijalankan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia.

''Antara tempat yang dilawati oleh penyelidik terbabit adalah Kepulauan Riau, Pulau Penyengat, Pulau Singkep, Pulau Lingga, Sumatera Selatan iaitu di Jambi dan Palembang serta Sumatera Barat di Padang dan Batu Sangkar," katanya.

Selain Dr. Abdullah Zakaria, jawatakuasa penyelidik terdiri daripada Naib Canselor KUIM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohd. Yusoff Hashim, Dr. Zulkarnain Abdul Rahman (Ketua Jabatan Sejarah, Universiti Sejarah) dan Prof. Dr. Mohamad Redzuan Othman (Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM).

Penyelidik lain ialah Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (Jabatan Sejarah UM), Prof. Dr. Nordin Husin (Pengerusi, Program Sejarah, Politik dan Strategik), Prof. Dr. Noriah Mohamad (Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM), Prof. Madya Dr. Abd. Rahman Ismail (Universiti Sains Malaysia) dan Prof. Madya Ubaidilah Muhammed (Jabatan Pengajian Tiong Hua UM).
 
lor..kira soalan sejarah yang aku jawab dulu, salahlah...

aku pun pelik, takkanlah 100 tahun je kerajaan melayu melaka bertahan.
 
aku senangje nak tau betul ke tidak cite ni...

semak dari pelbagai sumber, jangan guna satu sumber...
 
lor..ni bukan keluar paper ke...memang dah sah ni...menteri sendiri dah sahkan...
 
sejarah sebenarnye dah lama pon ditutup oleh penjajah,sejarah hari ni mmg dah ikut acuan penjajah
 
parameswara rasmikan melaka pada 1262 ke
 
payah nak confirmkan tarikh sesuatu benda yg sangat spesific dan dah berlaku ribuan tahun yg lepas...
kecuali la kalau time tu dah ada kalender or jam.

cara lain nak tahu tarikh yg tepat, haa....tunggu la mesin masa di cipta.
 
esok ubah lagi..
sejarah melaka pun masih banyak longgar rupanya..
nampaknya nak kaji kena kaji sedalam2 mungkin..
 
payah nak confirmkan tarikh sesuatu benda yg sangat spesific dan dah berlaku ribuan tahun yg lepas...
kecuali la kalau time tu dah ada kalender or jam.

cara lain nak tahu tarikh yg tepat, haa....tunggu la mesin masa di cipta.

hah..mesin masa..gadjet yg ditunggu2 oleh pemorex..sori..lari topik..:D:D:D
 
tah2 ni pon xtepat...biasa la kaedah manusia...kalu ade dlm Al-Quran..hadis sure betol :D:D:D
 
Back
Top
Log in Register