PDA

View Full Version : apakah makanan khasiat / dilarang untuk ibu HAMIL ?

sedanfx
14-04-2010, 02:18 PM
http://img.photobucket.com/albums/v220/nuralisha/121108/CUPCAKES.jpg
Pilihan yang lebih berkhasiat untuk Ibu Mengandung

▪ Beras merah lebih banyak khasiatnya dari beras putih.

▪ Roti bijiran penuh (wholemeal) yang lebih berkhasiatnya dari roti putih. Hidangan seperti amping, gandum, bertih amat baik untuk ibu dan janin kerana zat makanan yang tinggi.

▪ Buangkan kulit ayam dan lemak yang ada pada daging dan masak dengan cara kurang berminyak atau berlemak. Jadikan hati menu mingguan ibu bagi meningkatkan zat besi, vitamin dan galian.

▪ Beli sayur yang masih segar, simpan dalam tempat sejuk dan masak segera selepas membeli. Masak dengan pelbagai cara seperti sup, acar, tumis, rojak dan sebagainya. Didihkan sedikit air sahaja untuk memasak sayur. Makan sayuran hijau yang dimasak, ulam dan salad segar 2-3 hidangan setiap hari.

▪ Minum 1 1/2 hingga 3 gelas susu penuh krim atau kurang lemak setiap hari.

▪ Minum 6-8 gelas air dan 1-2 gelas jus buah asli setiap hari.

▪ Hadkan kopi atau teh tidak lebih dari 4 cawan sehari. Pilih jenis yang kurang mengandungi kafein.

Kurangkan pengambilan gula, gula-gula, biskut manis, kuih muih, coklat, keropok dan minuman manis. Jenisjenis ini amat sedikit atau langsung tidak mengandungi vitamin dan galian untuk kesihatan tubuh.
Ibu mudah terlebih memakannya kerana ianya tidak mengenyangkan. Dari itu, makanlah hanya sekali sekala tanpa mengenepikan 5 kumpulan makanan yang disarankan.

Hadkan makanan ringan, segera, remeh dan yang banyak mengandungi pewarna, perasa serta pengawet yang tidak banyak mengandungi zat. Adalah lebih balk jika dayang mengurangkan pengambilan jenis jenis makanan ini dan beralih kepada yang lebih berkhasiat.

SARAPAN PAGI
1 gelas jus limau
1 mangkuk amping/amping jagung atau 3 keping roti bijiran penuh dan sedikit majerin
1 biji telur rebus
1 cawan susu

SAMPINGAN PAGI
2 keping biskut digestive/krakermeal
1 cawan teh cair bersusu

MAKAN TENGAHARI
1 mangkuk nasi
4 sudu makan daging/ayam sos tiram berkucai dan tomato
1 mangkuk bayam tumis
1 potong betik

SAMPINGAN PETANG
1 biji jagung rebus
1 cawan susu bercampur sedikit milo

MALAM
1 mangkuk nasi
1 mangkuk ikan rebus ala tomyam atau sup
1 mangkuk taugeh campur tauhu tumis
1 potong tembikai

MAKANAN YANG DILARANG

Ada beberapa jenis makanan yang sebaiknya dihindari selama kehamilan karena mereka dapat menyebabkan infeksi-infeksi seperti; salmonella,toksoplasmosis,listeria, E.coli, yang dapat membahayakan bayi dalam kandungan anda.

Jangan makan daging mentah (sushi) atau yang dimasak kurang matang, karena mengandung Toksoplasmosis sebuah parasit yang dapat menyebabkan infeksi serius pada janin anda dan juga E.coli, yang berbahaya bagi ibu hamil dan janin.

Toksoplasmosis terdapat pada sayuran yang tidak dicuci dengan baik, oleh karena itu bersihkan sayuran anda dengan baik, apalagi untuk salad atau lalapan yang dimakan mentah. Hindari juga kotoran kucing atau bermain-main dengan kucing selama kehamilan karena mengandung toksoplasmosis.

Jangan makan daging ayam dan telur yang dimasak kurang matang atau mentah , hindari makan hati ayam/daging yang mungkin sumber dari salmonella, yang dapat menyebabkan diare yang berat pada ibu hamil. Juga diperhatikan piring, alat-alat masakan yang terkena daging ayam mentah ini untuk dicuci.

Ikan tuna steak, ikan sea bass, shark, atau ikan-ikan berukuran besar yang diketahui mengandung tingkat mercuri yang tinggi yang dapat menyebabkan kerusakan saraf jika dimakan dalam jumlah besar. FDA rekomendasi ikan tuna dan ikan ukuran besar ini sebatas 12 ons perminggu

Keju lunak seperti brie dan camembert, blueveined cheese juga keju dari susu kambing dan domba, serta jangan minum susu yang tidak di pasteurisasi. Semua produk ini mempunyai resiko membawa listeria. Listeria tipe bakteri yang mampu menembus plasenta dan menyebabkan infeksi janin, pada dewasa tidak ada gejala atau seperti flu. Listeria dapat menyebabkan keguguran,kelahiran premature, dan keracunan dalam darah. Sebaiknya hindari makanan jenis ini sampai melahirkan bayi anda.

Jangan minum yang mengandung alcohol dapat menyebabkan kelainan perkembangan pada janin ada juga problem emosional pada bayi.

Minuman yang mengandung cafein seperti kopi, teh sebaiknya di hindari atau dibatasi karena kopi dapat mempengaruhi berat badan rendah pada bayi, keguguran dan juga cafein mengurangi penyerapan zat besi.

Ingatlah perkembangan bayi dalam kandungan anda tergantung dari apa yang anda makan selama kehamilan.

p/s : tlg la tambah2 info, isteriku mengandung anak sulong :)

sedanfx
14-04-2010, 02:54 PM
mana ni gadis2 ibu2 bapak2 CG

tree
14-04-2010, 05:49 PM
mana ni gadis2 CG

gadis? dah nak jadi mak orang pun leh panggil gadis ke?

mamaimran
14-04-2010, 05:49 PM
mcm sy dulu bykkan mkn yogurt. ada org bgtau boleh dpt anak cerah kalau mkn yogurt, tp tak taulah kan. anak sy mmg lahir kulitnya cerah. lps tu bile dh masuk 6-7 bln boleh lah start minum air kelapa sekerap mgkn. ni petua bidan. makcik tu ckp nk senangkan bersalin nanti pastu nk elakkan bb dari demam kuning. tp mmg betul anak sy tak kena pn demam kuning. sihat walafiat. demam pn tak pernah sampai umur dia 8 bln. lps tu adalah demam sb nk tumbuh gigi tp tak teruklah.

amazinggold88
14-04-2010, 05:50 PM
wah,bkl bape ye.thniah bro

tree
14-04-2010, 05:57 PM
TT, kalo ada info pasal pemakanan utk ibu semasa pantang, share-share lah sekali..

sedanfx
14-04-2010, 06:23 PM
skrg ni minum susu anmma tu je

marlen
14-04-2010, 06:32 PM
byk mkn kurma..kismis...minum susu anmum..

rsnya TT ni br je kawin..cpt btul rezeki..tahniah la..hihi

carnationmyra
14-04-2010, 06:56 PM
aku xde pengalaman...tp aku tgk pengalaman mama aku...

dia suka minum susu anmum...mama sustagen...pastu minum soya bean....makan taufu fa....

hi hi hi....kuar2 je....adik putih gebu....dan sihat sgt2....

:p

tahniah kerana bakal menjadi seorg bapa....

sedanfx
14-04-2010, 07:05 PM

tq, org kata kalo kuat soya, mmg kulit putih. tp nipis n sensitif. betul?

tree
14-04-2010, 07:35 PM
antara pemakanan semasa mengandung:
-elakkan nenas dan tapai(sebab tajam) semasa 3-4 bulan pertama
-makan vitamin yang di beri oleh doktor dengan air masak/ jus buah shj.
-elakkan makan vitamin dengan susu/minuman berkafein.
-jarakkan pengambilan susu and vitamin sekurang-kurangnya 4/5 jam.
-utk tambah darah/paras hemoglobin, digalakkan makan kerang, sayur bayam, sayur hijau,hati ayam, ikan bilis, kacang goreng.
-elakan kuning telur kerana ia menghalang penyerapan zat besi

tree
14-04-2010, 08:23 PM
tq, org kata kalo kuat soya, mmg kulit putih. tp nipis n sensitif. betul?

pernah baca komen dari geng-geng yang pregnent, kalo kuat makan soya time nak-nak bersalin, nanti faraj koyak teruk time bersalin. ngeri jugak bila dengar macam tu..

nurse ada cakap makan pedas-pedas, nanti senang dia nak jahit..

beautiful_sunshine
14-04-2010, 08:57 PM
tq, org kata kalo kuat soya, mmg kulit putih. tp nipis n sensitif. betul?[/QUO

kalau TT ader FB..g kat HOSPITAL BERSALIN,kat sana ader banyak info ttg mengandung n selepas bersalin..

serai
24-04-2010, 10:41 AM
Khasiat kurma

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

p/s:ni pon bagus der utk ibu mengandung..

selambeyaya
24-04-2010, 10:58 AM
tq, org kata kalo kuat soya, mmg kulit putih. tp nipis n sensitif. betul?

mungkin betul kot? sebab saya tengok anak officemate, dari isterinya mengandung memang selalu minum soya, bila anak lahir kulit putih melepak, lepas tu kulit anak cepat alahan, sampai sekarang anak kawan tu kalau main2 je bila berpeluh kulit jadi gatal. menggaru2 la budak tu.. kesian jugak..

sedanfx
25-04-2010, 08:55 AM
Khasiat kurma

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

p/s:ni pon bagus der utk ibu mengandung..

bagus. tq. hari minggu ni kena cari ni. :D

sains_metafizik
02-05-2010, 08:00 PM
minum soya boleh tapi jgn terlampau sgt...
dalam islam pun dinasihatkan buat sesuatu jgn sampai melampau-lampau...bersederhana je...
mungkin bila dah minum terlalu bnyk kesan dia jd lain...kene tanya yg pakar tu ;)

Usin Lempoyang
02-05-2010, 08:24 PM
makan buah kurma byk2 dan almond :)

lilbee
04-05-2010, 02:46 PM
nak baby putih leh gak amalkan amek spirulina..

soya pun ok tapi x elok gak kalo amek secara berlebihan..

tapi doktor2 biasanya xberapa suggest anmum tu sebab baby jadi besar masa dalam perut..

memang comel lahir2 dah montel2..

tapi kesian kat mak dia la..selalu nya kena operate kalo baby 4kg ke atas ni..

experience akak member aku, kat bawah dah kena gunting, alih2 kena operate gak..baby besar sangat..dah lemas dalam tu..

xpasal2 je luka atas bawah..