BTC USD 83,759.4 Gold USD 4,295.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah-PERASMIAN KONGRES EKONOMI ANJURAN PEMUDA UMNO

qba437

CG Top Poster Club
gem
Messages
32,538
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,538
Reaction score
92
Points
120
Kedudukan ekonomi negara sejak pelancaran Dasar Ekonomi Baru selepas 13 Mei 1969, merupakan isu utama yang sering dibincangkan oleh orang-orang Melayu. Kedudukan ekonomi orang-orang Melayu dalam Dasar Ekonomi Baru sering diperkatakan. Berbagai pihak telah berusaha bagi menentukan hasrat pencapaian 30 peratus penyertaan orang-orang Melayu menjelang 1990 dicapai sepenuhnya atau lebih baik daripada itu. Pada hari ini 18 Februari 1989, satu Kongres Ekonomi yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO telah berlangsung selama 3 hari di Kuala Lumpur. Kongres yang bermula daripada 17-19 Februari itu telah dirasmikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri, Encik Abdul Ghafar Baba. Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri di dalam ucapannya menyeru agar orang-orang Melayu meneruskan usaha untuk menambahkan penyertaan mereka di dalam kegiatan-kegiatan ekonomi seperti perladangan dan perindustrian. Beliau menegaskan peluang-peluang pekerjaan terbuka luas kepada orang-orang Melayu untuk direbut dan tidak hanya mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata. Bidang-bidang Pertanian dan Perladangan misalnya memerlukan banyak tenaga muda untuk mengusahanya. Jika mereka sanggup untuk pulang ke kawasan-kawasan ini para majikan tidak perlu lagi bergantung kepada pekerja-pekerja asing untuk menjalankan aktiviti di ladang-ladang tersebut. Sepanjang kongres selama tiga hari itu barisan pergerakan pemuda UMNO yang diketuai oleh Datuk Sri Najib Tun Razak telah membincangkan beberapa perkara pokok terutama masalah 30 peratus penyertaan bumiputera dalam bidang ekonomi yang menjadi asas dasar ekonomi negara selepas 1990. Pergerakan Pemuda UMNO beranggapan angka ini tidak lagi sesuai dengan kedudukan bangsa Melayu yang menjadi bangsa induk negara ini. Di akhir kongres kali ini Pergerakan Pemuda UMNO telah menerima sebulat suara 6 resolusi yang akan dikemukakan kepada kerajaan. Resolusi tersebut ialah:-

1. Menolak had 30 peratus sebagai tahap maksimum sasaran pencapaian kaum bumiputra dalam bidang ekonomi dan tempoh 20 tahun sebagai asas pengagihan kekayaan negara.
2. Perlaksanaan penyusunan semula masyarakat dan membina ekonomi bumiputra hendaklah berlandaskan kepada nisbah kependudukan sebagai asas pengagihan kekayaan negara.
3. Pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan tanpa mengira kaum masih lagi merupakan satu fenomena bumiputra bukan sahaja di luar bandar tetapi juga di bandar.
4. Dasar Ekonomi Baru telah memberikan kesan kepada masyarakat bumiputra tetapi tahap pencapaian masih tidak memuaskan.
5. Pembangunan sumber tenaga manusia adalah merupakan asas jangka panjang dan kerajaan hendaklah menggubal satu dasar serta strategi secara tersusun dan menyeluruh ke arah menghadapi cabaran-cabaran masa hadapan.
6. Kerajaan perlu meneruskan cara aktif dan memenuhi hasrat dan cita-cita Dasar Ekonomi Baru. Kerajaan juga hendaklah mengkaji semula arah aliran penyusunan ekonomi berbentuk deregulasi, pelonggaran syarat dan dasar mengurangkan penglibatan kerajaan dalam ekonomi negara.

Melalui keenam-enam resolusi berkenaan adalah diharapkan kedudukan ekonomi orang Melayu menjelang 1990 dapat diberikan perhatian utama. Pergerakan Pemuda UMNO akan mengemukakan resolusi-resolusi ini kepada Majlis perundingan Ekonomi Negara untuk dipertimbangkan. Sesungguhnya peranan pertubuhan-pertubuhan seperti ini telah dapat menjadikan kedudukan rakyat dalam negara mendapat perhatian utama.
 
Back
Top
Log in Register