qba437
CG Top Poster Club

- Messages
- 32,538
- Joined
- Oct 20, 2008
- Messages
- 32,538
- Reaction score
- 92
- Points
- 120
Kerjasama di bidang ekonomi dengan negara-negara yang berjiran boleh mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak. Bagi kerajaan negeri Johor usaha-usaha di bidang ini sentiasa diutamakan. Salah satu daripadanya ialah dengan pihak Batam, Indonesia. Pada hari ini 18.2.1991 Johor dan Batam telah bersetuju pada dasarnya untuk menubuhkan Jawatankuasa Ekonomi bersama bagi memperkukuhkan kerjasamanya dalam rangka kerjasama segitiga emas. Persetujuan itu dibuat semasa kunjungan enam Menteri Indonesia ke Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ). Dalam perbincangan tersebut pihak Indonesia diketuai oleh Menteri Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Prof. B.J. Habibie, dan pihak Kerajaan Negeri Johor pula diketuai oleh Menteri Besar Johor Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga Pengerusi PKENJ. Tan Sri Muhyiddin berkata, beliau mengalu-alukan cadangan penubuhan sebuah Jawatankuasa bersama ekonomi antara Johor dengan Batam bagi membolehkan wakil-wakil sektor swasta membantu mempertingkatkan kerjasama di bidang ekonomi kedua-dua wilayah. Jawatankuasa bersama ekonomi itu adalah mirip kepada Jawatankuasa seumpama yang telah ditubuhkan antara Johor dengan Singapura. Katanya lagi, selain kerjasama dalam bidang ekonomi, beberapa cadangan untuk mengeratkan lagi kerjasama di bidang perindustrian dan pelancongan antara kedua-dua wilayah juga disentuh dalam rangka kerjasama Johor, Batam dan Singapura. Pertemuan dan perbincangan yang diadakan pada hari ini menunjukkan betapa kerajaan Indonesia amat berminat sekali dengan konsep kerjasama tiga wilayah berkenaan. Juga diharap dengan adanya kerjasama dalam bidang berkenaan akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakyat ketiga-tiga negara.