BTC USD 84,029.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah-06/01

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PERLANTIKAN SULTAN ABDUL SAMAD SEBAGAI SULTAN SELANGOR -Tarikh Peristiwa pada 06-01-1857

Pada hari ini dalam tahun 1857, Sultan Abdul Samad bin Raja Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim telah dilantik menjadi Sultan Negeri Selangor selepas kemangkatan Almarhum Sultan Muhamad, Sultan Selangor yang ketiga yang juga merupakan ayahanda serta mertua baginda. Pelantikan Sultan Abdul Samad yang juga merupakan Tengku Panglima Raja yang berkuasa di daerah Langat sebagai Sultan telah dibuat atas nasihat Raja Jumaat dari Lukut yang telah mendapat persetujuan daripada empat orang pembesar negeri yang lain. Raja Muda Muhammad, iaitu Putera Gahara Almarhum Sultan Muhammad yang sepatutnya menaiki takhta diketepikan memandangkan usianya yang terlalu muda. Zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad merupakan zaman yang penting dalam sejarah negeri Selangor di mana berlakunya perang saudara merebut takhta kerajaan serta bermulanya campur tangan Inggeris di Selangor. Semasa pemerintahan baginda juga, perusahaan bijih telah menarik orang-orang cina untuk membuka lombong bijih bersama-sama dengan orang Melayu serta telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar perniagaan yang berkembang dengan pesatnya. Sultan Abdul Samad telah berada di atas takhta selama selama 41 tahun sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1898.
 
PERLANTIKAN SULTAN ABDUL SAMAD SEBAGAI SULTAN SELANGOR -Tarikh Peristiwa pada 06-01-1857

Pada hari ini dalam tahun 1857, Sultan Abdul Samad bin Raja Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim telah ditabal sebagai Sultan Negeri Selangor selepas kemangkatan Almarhum Sultan Muhamad, Sultan Selangor yang ketiga yang juga merupakan ayahanda serta mertua baginda. Pelantikan Sultan Abdul Samad yang juga merupakan Tengku Panglima Raja yang berkuasa di daerah Langat sebagai Sultan telah dibuat atas nasihat Raja Jumaat dari Lukut yang telah mendapat persetujuan daripada empat orang pembesar negeri yang lain. Raja Muda Muhammad, iaitu Putera Gahara Almarhum Sultan Muhammad yang sepatutnya menaiki takhta diketepikan memandangkan usianya yang terlalu muda. Zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad merupakan zaman yang penting dalam sejarah negeri Selangor di mana berlakunya perang saudara merebut takhta kerajaan serta bermulanya campur tangan Inggeris di Selangor. Semasa pemerintahan baginda juga, perusahaan bijih telah menarik orang-orang Cina untuk membuka lombong bijih bersama-sama dengan orang Melayu serta telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar perniagaan yang berkembang dengan pesatnya. Sultan Abdul Samad telah berada di atas takhta selama selama 41 tahun sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1898.
 
KONGRES PELAJAR MELAYU GPMS-Tarikh Peristiwa pada 06-01-1990

Pada hari ini dalam tahun 1990, satu Kongres Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah diadakan di Kompleks Belia Antarabangsa Cheras, Kuala Lumpur yang bertema Peningkatan Kecemerlangan Pelajar Melayu Ke Abad 21. Program sehari tersebut telah dihadiri oleh 800 orang anggota GPMS seluruh negara bertujuan mencari jalan meningkatkan kecemerlangan bangsa Melayu terutama di bidang pendidikan. Berucap semasa merasmikan kongres tersebut Encik Ghafar bin Baba mengingatkan siswazah supaya lebih berusaha mencari peluang-peluang pekerjaan serta menyertai perniagaan ataupun bekerja sendiri. Dengan ini tidak wujud lagi siswazah yang menganggur. Kongres sehari ini sudah pasti akan dapat mencari jalan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Melayu terutama berkaitan dengan pendidikan sama ada di peringkat rendah, menengah mahupun Universiti. Serta mewujudkan golongan pelapis yang benar-benar berwibawa untuk menerajui negara di masa akan datang.
 
SEMINAR EKONOMI BUMIPUTERA TAHUN 2020-Tarikh Peristiwa pada 06-01-1992

Ekonomi bumiputera perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa, demi untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan keamanan negara. Sehubungan dengan itu, sesuatu seminar atau forum yang berkaitan dengannya perlu diadakan, untuk menghasilkan idea-idea dan pandangan yang bernas. Pada hari ini 6.1.1992 Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Mohd. Taib telah merasmikan Seminar Ekonomi Bumiputera Tahun 2020 bertemakan `Kesinambungan Pembangunan Ekonomi Bumiputera yang Cemerlang' bertempat di Holiday Villa Subang Jaya, Selangor. Seminar sehari tu telah dianjurkan bersama oleh Kerajaan Negeri Selangor, Gabungan Ikhtisas dan Usahawana Bumiputera Negeri Selangor dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Selangor.
Di antara matlamat penting seminar tersebut diadakan ialah:

memberi penggalakkan kepada bumiputera khususnya orang Melayu supaya sentiasa mengamalkan sifat-sifat amanah, berdisiplin, tekun dan taat kepada pemerintah, demi untuk membentuk sebuah bangsa yang maju dan mantap.

berusaha membentuk `Melayu Baru' yang bersedia menghadapi cabaran masa akan datang khususnya tahun 2020.

memberi penggalakkan dan menyediakan peluang-peluang perniagaan kepada golongan bumiputera.

Dalam ucapan perasmiannya Menteri Besar Selangor berkata bahawa dalam membentuk sebuah negara maju menjelang tahun 2020, orang Melayu sebagai teras negara Malaysia haruslah bersama-sama memainkan peranan yang aktif untuk tujuan tersebut. Di samping itu persiapan untuk memastikan orang-orang Melayu tidak ketinggalan perlu dibuat dari sekarang, melalui pewujudan bangsa yang maju dan mantap. Dengan adanya seminar tersebut pada hari ini diharap kaum bumiputera khususnya orang-orang Melayu akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat-matlamat utama sebagaimana yang telah dirancangkan setanding dengan kaum-kaum lain di negara ini.
 
THAI-MALAYA MENANDATANGANI PERJANJIAN KERJASAMA KERETAPI-Tarikh Peristiwa pada 06-01-1954

Pada hari ini dalam tahun 1954, satu perjanjian pelan kerjasama kereta api antara dua buah negara telah ditandatangani. Perjanjian ini ditandatangani di Kuala Lumpur sempena lawatan Pengurus Besar Kereta api Siam dan rombongan. Perjanjian pelan kerjasama tersebut ialah bagi memajukan Stesen Padang Besar di pantai barat dan Sungai Golok di pantai timur bagi faedah bersama. Bagi Stesen Padang Besar pihak Kereta api Siam dan Kereta api Tanah Melayu berkongsi stesen. Dalam perjanjian tersebut Pengurus Besar Kereta api Tanah Melayu Sir John Sanders telah menandatangani bagi pihak Malaya dan rakan sejawatnya General C.R. Seriroengrithi menandatangani bagi pihak Siam. Kerjasama memaju dan memperkembangkan kemudahan stesen kereta api di Padang Besar dan Sungai Golok ini akan dapat memperkembangkan lagi hubungan perdagangan antara dua buah negara. Dengan termeterainya perjanjian ini pada hari ini dalam tahun 1954 akan dapat mengeratkan lagi hubungan sosial dan ekonomi antara Malaya dan Siam.
 
Back
Top
Log in Register