BTC USD 82,950.2 Gold USD 4,144.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah-04/01

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 15 RUKUN TETANGGA-Tarikh Peristiwa pada 04-01-1990

Pada hari ini dalam tahun 1990, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Majlis Sambutan Ulang tahun ke-15 Rukun Tetangga bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Antara yang turut hadir pada majlis sambutan tersebut ialah YB Datuk Dr. Sulaiman bin Hj Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta Encik Mohd. Jawhar Hassan, Ketua Pengarah Perpaduan Negara. Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan dengan berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan Perlu (RT) 1975 dengan tujuan untuk mengawal keselamatan melalui rondaan wajib permastautin. Dalam ucapannya Perdana Menteri menyatakan bahawa untuk membina sebuah negara yang bersatu padu, rakyat perlu mempunyai satu visi yang sama mengenai negara yang hendak dibentuk, justeru itu seluruh rakyat perlulah memperjuangkan visi bersama ini dengan berlandaskan Perlembagaan dan Rukun Negara. Semenjak ditubuhkan, pelaksanaan Rukun Tetangga telah dikaji dan dipinda mengikut kesesuaian arus semasa. Mulai tahun 1983, Rukun Tetangga yang berkonsepkan keselamatan telah alihkan kepada Konsep Kejiranan yang bertujuan untuk membolehkan penduduk dalam kawasan Rukun Tetangga mengenali jiran bagi mewujudkan suasana yang harmoni, bertoleransi, hormat-menghormati dan saling membantu.
 
SARAWAK MELULUSKAN KERTAS PUTIH MALAYSIA DAN SARAWAK-Tarikh Peristiwa pada 04-01-1962

Idea untuk pembentukan dikemukakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada Mei 1961. Pada peringkat awal terdapat tentangan usaha-usaha yang dicadangkan ini. Namun begitu tentangan semakin reda apabila Jawatankuasa Perunding Setiausaha Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah telah ditubuhkan pada bulan Julai 1961. Dalam mesyuarat yang kedua Jawatankuasa Perunding Setiakawan yang diadakan pada 25 Disember 1961, Negeri Sarawak dan Sabah telah bertukar sikap dan menerima penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Ekoran daripada kejayaan mesyuarat ini Jawatankuasa perunding telah mendesak Kerajaan Sarawak mengambil langkah-langkah yang positif ke arah memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan dengan pembentukan Malaysia. Ke arah mempercepatkan langkah di atas, pada 4 Januari 1962 Dewan Undangan Negeri Sarawak telah meluluskan kertas Putih Malaysia dan Sarawak. Kertas Putih bertujuan menerangkan gagasan Persekutuan Tanah Melayu dengan cara yang paling mudah kepada penduduk negeri Sarawak. Mengandungi sembilan belas perkara ini yang asal dalam Bahasa Inggeris telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu, Iban, Bidayuh dan Mandarin. Kertas Putih yang dikemukakan akan dapat menolong penduduk negeri Sarawak menetapkan pendirian masing-masing mengenai penubuhan Malaysia apabila pihak Suruhanjaya Cabbold membuat penyelidikan nanti. Antara perkara-perkara utama yang diperkatakan oleh kertas ini berkaitan kemerdekaan Sarawak daripada Inggeris dengan cara memasuki Gugusan Malaysia, faedah-faedah yang akan diperolehi dengan memasuki Malaysia, perkara-perkara yang berkaitan dengan Imigresen dan hal-hal yang berkaitan dengan Agama Islam, Bahasa Melayu dan Perkhidmatan Awam. Dengan adanya Kertas Putih yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak ini telah dapat mempercepatkan usaha pembentukan Malaysia yang telah berjaya dilaksanakan pada tahun 1963.
 
PERASMIAN PAMERAN KEJURUTERAAN RINGAN-Tarikh Peristiwa pada 04-01-1984

Sesuatu Pameran yang dianjurkan adalah bermatlamat untuk memberi maklumat penting untuk dikongsi bersama oleh orang ramai dalam sesuatu bidang. Pada hari ini 4.1.1984 Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Hj. Muhyiddin b. Muhammad Yassin telah merasmikan Pameran Kejuruteraan Ringan bertempat di Kuala Lumpur. Pameran ini merupakan pameran kali ketiga yang bertemakan `Mesin Kejuruteraan Ringan', dianjurkan oleh Pusat Pameran dan Rujukan Teknologi Perusahaan Kecil, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Sebanyak 41 buah mesin termasuk mesin pemotong logam, mesin penyambung dan pengimpal berharga antara RM1000 ke RM110,000 dipamerkan.

Di antara objektif utama pameran tersebut diadakan ialah:-

memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha kecil dan orang ramai mendapatkan maklumat-maklumat mengenai industri ringan.

memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat pesanan pembelian bahan-bahan yang terdapat di Pusat Pameran.

Menurut Hj. Muhyiddin, Pusat Pameran dan Rujukan Teknologi Perusahaan Kecil akan mengadakan pameran bergerak ke seluruh negara, terutama di kawaan pendalaman untuk memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha kecil mendapatkan maklumat-maklumat penting mengenai industri ringan. Rancangan itu merupakan rancangan-rancangan masa pendek sahaja, sebelum setiap negeri mempunyai Pusat Pamerannya sendiri. Katanya lagi, melalui rancangan pameran bergerak dan penubuhan Pusat Pameran Cawangan, maka masalah kedudukan lokasi Pusat yang jauh untuk dikunjungi oleh pengusaha-pengusaha dari setiap negeri akan dapat diatasi. Sesungguhnya pameran kejuruteraan ringan yang diadakan pada hari ini hingga 29 Februari 1984 diharap akan menggalakkan lagi pengusaha-pengusaha tempatan menceburkan diri dalam bidang perindustrian ringan sama ada di bandar atau luar bandar.
 
WANITA PERTAMA DILANTIK YANG DIPERTUA MAHKAMAH SEKSYEN-Tarikh Peristiwa pada 04-01-1967

Sejak negara mencapai kemerdekaan, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan golongan wanita terutama di dalam bidang pendidikan. Usaha-usaha ini menampakan hasil, ramai daripada kalangan wanita yang terlibat dalam pelbagai bidang profesional setanding kaum lelaki. Pada hari ini, 4.1.1967, Siti Normah Ya'akub telah dilantik sebagai Yang DiPertua Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur. Ianya merupakan perlantikan yang pertama di negara ini untuk golongan wanita. Siti Normah Yaakob, dilahirkan pada 6 Julai 1940, Seremban Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan di bidang Undang-undang dari Gray's Fun, London, pada tahun 1962. Siti Normah menyertai bidang kehakiman dan guaman sebagai Penolong Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Selepas itu kerjaya beliau semakin meningkat iaitu sebagai Yang Dipertua Mahkamah Seksyen, Peguam Kanan Persekutuan, Timbalan Pemegang Amanah Raya, Penolong Pengarah Kanan di Jabatan Hasil Dalam Negeri, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Tinggi dan pada tahun 1994 beliau telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia. Diharap perlantikan ini, mendorong golongan wanita untuk bersama-sama memajukan dan terlibat dalam kerjaya yang bersifat mencabar dan profesional.
 
MALAYSIA DAN ITALI MENANDATANGANI PERJANJIAN PELABURAN-Tarikh Peristiwa pada 04-01-1988

Pada hari ini dalam tahun 1988, Malaysia menandatangani satu perjanjian jaminan pelaburan dengan Itali bagi mengorak langkah aliran masuk pelaburan Itali ke Malaysia. Perjanjian ini telah ditandatangani di Jabatan Perdana Menteri di hadapan Perdana Menteri kedua-dua negara iaitu YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Encik Giovanni Goria. Datin Paduka Rafidah Aziz telah menandatanganinya bagi pihak Kerajaan Malaysia dan Itali diwakili oleh Menteri luar, Guilio Audreotti. Itali merupakan negara yang ke-17 menandatangani jaminan pelaburan dengan Malaysia. Perjanjian jaminan pelaburan ini memperuntukkan antaranya perlindungan pelaburan dari ambil alih atau dimiliknegarakan oleh negara tuan rumah. Ia juga memberi ganti rugi cepat, mencukupi dan berkesan sekiranya berlaku sebarang pengambil alih. Itali adalah negara mahir dalam pembuatan kelengkapan mesin, tekstil, barangan kulit dan industri berasaskan sumber. Ini dapat diperkembangkan di Malaysia menerusi usahasama dengan usahawan tempatan. Dengan termeterainya perjanjian jaminan pelaburan antara Malaysia dan Itali pada hari ini dalam tahun 1988 akan mempertingkatkan lagi hubungan pelaburan dan perdagangan antara Malaysia - Itali.
 
Back
Top
Log in Register