PDA

View Full Version : Rawatan Perubatan Cara Islam Jarak Jauh

TukGantang
03-01-2010, 01:18 AM
Assalamualaikum warga2 CG,

Tuk disini nak menawarkan perkhidmatan percuma dan ihklas kepada mereka yang ada pelbagai masalah..tak kira orang islam mahupun orang bukan islam...Kebanyakan pesakit-pesakit yang datang mengalami masalah-masalah seperti Mental dan Emosional yang tidak stabil, Stress/tekanan jiwa dan kemurungan yang berlebihan, Masalah Suami-Isteri, Masalah Sihir, Saka, Santau, Gangguan Makhluk Halus, sakit ganjil, Resdung, Migrain, Lemah Tenaga Batin dan juga yang berhajat untuk "Cleansing" @ Pagar Rumah/Kedai/Diri. InsyaAllah Tuk akan bantu merawatnya dengan izin Allah S.W.T.

Boleh diajukan dalam thread ini..jika malu PM saja.

Butiran yang perlu Tuk tahu nama pesakit,umur,alamat dan masalahnya. Jika ada gambarnya lagi baik. Tiada pun takpe.

Jika sembuh nanti, tuk tidak mengharapkan balasan tapi sudah memadai diiringi doa yang ikhlas supaya tuk mendapat kelebihan laduni,kasyaf dan makrifat daripada Allah S.W.T. Tuk harap boleh teruskan amal jariah tuk ini pada orang lain.

Add YM Tuk = TukGantang atau tukgantang@yahoo.com

Tuk online dari 9mlm hingga 12.00pagi++

Rawatan tuk akan kumpul dan buat jarak jauh setiap malam jumaat(afdal) kecuali kes kecemasan.

Petua-petua
http://www.carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=5702770&postcount=43 Minta Hutang

Nabi s.a.w. bersabda: “Jangan demikian, demi Allah, nescayalah engkau semua itu wajib memerintahkan kebaikan, melarang dari kemungkaran, mengambil tangan orang yang zalim - yakni menghentikan kezalimannya - serta mengembalikannya atas kebenaran yang sesungguhnya, juga membasmi tindakannya kepada yang hak saja dengan pembatasan yang sesungguh-sungguhnya. Atau jikalau semua itu tidak dilakukan, maka nescayalah Allah akan memukulkan - membencikan - hati setengahmu terhadap setengahnya kemudian melaknati - mengutuk - engkau semua sebagaimana Dia mengutuk mereka - Bani Israil.” Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Ini adalah menurut lafaznya Imam ‘Abu Dawud.

eboss
03-01-2010, 01:44 AM
Rawatan secara online nie

arecap
03-01-2010, 08:27 PM
bagus nie ada rawatan camnie..BUMP for tt

TukGantang
07-01-2010, 12:08 PM
Rawatan secara online nie

:)..alhamdulillah bos...

Cek dalam PM,tuk dah sent...rawatan jarak jauh akan dibuat setiap malam jumaat...tuk kumpulkan sekali utk jadi mudah..

TukGantang
07-01-2010, 12:09 PM
bagus nie ada rawatan camnie..BUMP for tt

rawatan moden gitu...zaman dah berubah.:)

mcm mana tuk nak letak simbol thanks kat bawah 1st trhead ye?

jebat05
10-01-2010, 10:40 PM
salam tok..saya dah lama PM tok. xder reply pun. tq

oscar
10-01-2010, 10:44 PM
:)...cayalah Tuk. Semoga Allah memberkati usaha murni Tuk.

akuslamberjer
10-01-2010, 11:07 PM
dah pm tok..mintak tip sket..hehe

goodrobot
11-01-2010, 01:21 AM
Alhamdulillah ... semoga jasa yang baik dibalas baik..

Syabas

zullalliance
13-01-2010, 03:32 PM
salam tok..mcm ahli pessad je

alisha_qistina
13-01-2010, 03:55 PM
baik punyaaa......

TukGantang
13-01-2010, 10:35 PM
salam tok..mcm ahli pessad je

ahli pessad tu apa? tuk tak tahu..

edyipohmali
15-01-2010, 11:21 AM
bump utk tt..terbaik dari ladang..

TukGantang
15-01-2010, 12:53 PM
terima kasih atas sokongan...

TukGantang
16-01-2010, 11:06 PM
bump utk mlm nie..

iwak
16-01-2010, 11:10 PM
rwatan cre cmne ni. confius le

slayer7815
16-01-2010, 11:16 PM
auracare ke, pranic healing nie??, ke yg ngan dr jamal tu

TukGantang
16-01-2010, 11:19 PM
rwatan cre cmne ni. confius le

tuk buat rawatan secara ghaib@solat hajat/sunat,tidak guna alat2 pun..tuk hanya mintak pada Allah sahaja.. :)

TukGantang
16-01-2010, 11:20 PM
auracare ke, pranic healing nie??, ke yg ngan dr jamal tu

apa benda tu? tuk tak paham..tuk buat rawatan tradisional jer..ala-ala kampung..:)

iwak
16-01-2010, 11:22 PM
kalo cm angin ahmar 2 bleh x tuk?

TukGantang
16-01-2010, 11:29 PM
kalo cm angin ahmar 2 bleh x tuk?

sakit ni kena buat urutan batin dari seperguruan tuk,dia ada minyak khas..tapi dari jarak pun boleh cuba,insyaallah..stroke belah mana?

jutawan_kokusba89
16-01-2010, 11:40 PM
cover satu malaysia ke

TukGantang
16-01-2010, 11:42 PM
cover satu malaysia ke

di mana-mana sahaja...ciptaan Allah kan luas :)

wiro sableng
16-01-2010, 11:43 PM
bgs niat tuk gantang ni...cuma blh x di jelaskan pada kita2 ni spaya x ragu2?

mcm mana cara rawatan tu? bagaimana kaedahnya?
mcm mana nk tau rwtn yg kita terima tu xda disertai unsur luar mcm jin ke?
mcm mana persediaan kita bila sesi rwtn tu?

moga2 tuk blh bg pnjelasan...trima kasih :)

TukGantang
16-01-2010, 11:53 PM

tuk suka soalan mcm ni..dah lama tunggu :)

rawatan secara jarak jauh,kaedahnya solat hajat/sunat

kebiasaan pengamal yang gunakan jin selalunya minta pengeras/kain berwarna-warna/asap-asap dan mcm2 lg kaedah sekarang ni..lagi satu,INGAT!! bukan tuk yang menyembuhkan tapi Yang Maha Pemyembuh..tuk hanya buat amal jariah sahaja.

sebelum tidur ambil wuduk,sblm tidur tenangkan diri dan zikir kebesaran Allah :)

egg_toast
18-01-2010, 02:59 PM
pas email kt tuk apa masalah kita, blh ke kita tau ape yg menyebabkan penyakit kita tu?contoh kena sihir ke..ketegur ke..boleh ke si pesakit tu nak tau?

TukGantang
18-01-2010, 11:18 PM
pas email kt tuk apa masalah kita, blh ke kita tau ape yg menyebabkan penyakit kita tu?contoh kena sihir ke..ketegur ke..boleh ke si pesakit tu nak tau?

Insyaallah,kena bagi nama penuh dan alamat..jika ada gambar lagi afdal..:)

penjejak naga
18-01-2010, 11:22 PM
sakit ni kena buat urutan batin dari seperguruan tuk,dia ada minyak khas..tapi dari jarak pun boleh cuba,insyaallah..stroke belah mana?

mcm mana leh buat jarak jauh..pakai jin ker pak long? :D

penjejak naga
18-01-2010, 11:24 PM
Insyaallah,kena bagi nama penuh dan alamat..jika ada gambar lagi afdal..:)

alamat?..gambar...sah pakai jin..malas nak layan ...satu lagi thread sampah..

d-10
18-01-2010, 11:34 PM
tok.. alamat tok nk wt pe?

TukGantang
18-01-2010, 11:51 PM
alamat?..gambar...sah pakai jin..malas nak layan ...satu lagi thread sampah..

:)..siapa kamu kata tuk pakai jin? baca thread ni betul2..

TukGantang
18-01-2010, 11:54 PM
tok.. alamat tok nk wt pe?

bukan nak alamat penuh..contoh kampung atau taman ke..daerah mana dan negeri mana..mcm tu..tuk bukan nya nak rumah kalian atau nak pos surat.:)

mamza
18-01-2010, 11:56 PM
tahniah tok, semoga usaha ini diberkati

TukGantang
19-01-2010, 12:07 AM
tahniah tok, semoga usaha ini diberkati

insyaalah,harap ada yang memahami..:)

egg_toast
19-01-2010, 03:10 PM
mcmana nak email tok? gamba xde xpe kan? hehehe..bukan ape..kena2 ada gambar mana tau tok bekenan, ada alamat plak, masuk minang..hehehe..lawak je tok..bukan ape berubat cara alam maya..kena la tanya betul2 kan..zaman skrg ni nak payah cari yg ikhlas..

wlp
20-01-2010, 01:37 PM
tuk suka soalan mcm ni..dah lama tunggu :)

rawatan secara jarak jauh,kaedahnya solat hajat/sunat

kebiasaan pengamal yang gunakan jin selalunya minta pengeras/kain berwarna-warna/asap-asap dan mcm2 lg kaedah sekarang ni..lagi satu,INGAT!! bukan tuk yang menyembuhkan tapi Yang Maha Pemyembuh..tuk hanya buat amal jariah sahaja.

sebelum tidur ambil wuduk,sblm tidur tenangkan diri dan zikir kebesaran Allah :)

Tuk Gantang

Ibu mertau saya kena stroke sebelah kanan badan dan setahun setengah, dah berubat cara urut dan moden. Usaha telah dibuat tapi Allah belum mengizinkan beliau sembuh. Semuga dgn pertolongan tuk membuat solat dan zikir diterima akan oleh allah. Kita berusaha dia lah yang memiliki segalanya

Nama : Khadariah Bt Abu Bakar
Tempat : Taman Maznah Klang

TukGantang
21-01-2010, 02:17 AM

Insyaallah,segalanya pada Yang Maha Penyembuh..

*tuk nak tanya,awk laki2 atau perempuan? ada perempuan yg jaga mak mertua?

TukGantang
21-01-2010, 02:24 AM
mcmana nak email tok? gamba xde xpe kan? hehehe..bukan ape..kena2 ada gambar mana tau tok bekenan, ada alamat plak, masuk minang..hehehe..lawak je tok..bukan ape berubat cara alam maya..kena la tanya betul2 kan..zaman skrg ni nak payah cari yg ikhlas..

email tok kat 1st page..tuk pun ada mood jugak..kalau mood ok tuk berubat ler,kalau mood tak ok tuk buat kerja lain...:D

perubatan sekarang ni yang kenakan caj tu ihklas ke? :)

egg_toast
22-01-2010, 03:13 PM
hanya Allah yg Maha Mengetahui diorg iklhas ke..nk tanya tok ada pantang larang ke nanti?

wlp
22-01-2010, 03:28 PM
Insyaallah,segalanya pada Yang Maha Penyembuh..

*tuk nak tanya,awk laki2 atau perempuan? ada perempuan yg jaga mak mertua?

Saya Mr tok. Mak isteri yg sakit

T/Kasih

TukGantang
22-01-2010, 06:40 PM
Saya Mr tok. Mak isteri yg sakit

T/Kasih

tuk nak isteri kamu pulak yg berubat mak nya sendiri,boleh? nanti tuk akan tunjuk caranya..

TukGantang
22-01-2010, 06:44 PM
hanya Allah yg Maha Mengetahui diorg iklhas ke..nk tanya tok ada pantang larang ke nanti?

pantang apa pulak ni,tuk tak faham.. pantang larang ni dah jadi adat resam orang melayu.. buat apa nak susah2..

TukGantang
22-01-2010, 06:53 PM
Tuk nak share sikit dengan warga CG..

Hari ini, penulis hendak kongsi petua atau tips minta hutang. Ini kisah benar, actually tips ini saya telah perolehi, ketika menaiki teksi ke KLIA, ketika itu penulis dalam perjalanan pulang ke kampung di KualaTerengganu. Kebiasaannya, saya memang suka berborak dengan pemandu teksi, tidak kira apa bangsa, bukan apa, saya suka korek rahsia atau sejarah kenapa beliau bawa teksi dan hasilnya saya tahu, ada ramai pemandu teksi yang mempunyai sejarah hitam dalam perniagaan seperti bankrup, pernah hidup melarat dan lain-lain lagi pengalaman yang boleh dijadikan iktibar antara kita.

Kembali pada matlamat asal, iaitu untuk kongsi petua minta hutang. Dalam perjalanan saya ke KLIA tersebut, Pemandu tersebut dalam lingkungan lewat 50’an . Saya seperti biasa akan bertanya tentang pengalaman beliau membawa teksi. Sebelum ini beliau adalah seorang usahawan dan sekarang syarikatnya sedang diuruskan oleh anak lelaki beliau dan beliau bawa teksi hanya untuk suka-suka bagi menghilangkan kebosanan. Tetapi apa yang paling saya kagumi, apabila mendengar pengakuan beliau bahawa beliau tidak pernah berhutang sehingga ke saat beliau berborak dengan saya ketika itu.
Alhamdulillah, sudah rezeki saya beliau menawarkan tips untuk meminta hutang daripada si penghutang, itu adalah satu tips yang amat berguna, kerana salah satu kelemahan saya adalah mengutip hutang. Bukan apa, saya tidak mahu disebabkan hutang, hubungan baik yang terjalin akan hancur. Jadi saya memegang prinsip kalau ada rezeki saya, insyaALLAH saya akan dapat balik duit saya, kalau tidak bayar, anggaplah itu satu sedekah jariah.

Semalam, saya tergerak hati untuk mencuba petua yang pakcik tersebut berikan. Alhamdulillah, saya amalkan petua tersebut pada waktu pagi, saya menerima panggilan tersebut dari salah seorang yang berhutang dengan saya. Alhamdulillah, hutang yang telah berusia lebih setahun, telah langsai semalam, selepas saya memberikan no akaun kepada sahabat saya itu. Alhamdulillah, dapat balik RM500…. sukanyalah hati ketika itu tengah “sempit’lah katakan.....!

Apakah petua yang telah saya perolehi itu?
~Teruskan membaca. “La ilaaha illa antasubhanaka inni kuntu minazzhalimin.”
Sebanyak yang anda mampu disamping selepas solat wajib lima waktu dibaca secara terus menerus seperti ayat berikut:-
Petikan dari Surah Al-Anbiya Ayat 87-

Maksudnya

: (Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong)melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya,tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri.

Amalkanlah Ayat diatas, gunakan kebolehan minda anda untuk visualisasi wajah sesiapa yang berhutang dengan anda, niatkan pada diri anda untuk mendapatkan balik hutang tersebut, dan baca ayat diatas. InsyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda. Sekiranya anda selalu berjumpa, hembuskan ayat diatas selama mana anda mengamalkannya kearah SIBERHUTANG. Dalam masa terdekat ia akan memulangkannya kerana terbukti akan keberkesanan ayat tersebut.

InsyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda. Sebenarnya ayat atau zikir di atas bukan sahaja digunakan untuk kutip hutang, banyak lagi faedah yang lain, seperti melembutkan hati musuh anda dan bolehlah anda amalkan sekiranya orang itu KERAS KEPALA atau HATI BATU ia akan lembut MENERIMA PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN. Sekiranya anda perasan dan mengikuti sirah nabi, zikir di atas digunakan oleh Nabi Yunus a.s. Ketika ditelan ikan Nun.
………SELAMAT MENCUBA

userun
22-01-2010, 07:09 PM
tok mata saya kuning tok...mugkin berkaitan dengan darah kot...boley ke tok?

haudli
22-01-2010, 10:58 PM
semoga tuk dapat terus membantu warga CG di sini..

TukGantang
23-01-2010, 12:36 AM
tok mata saya kuning tok...mugkin berkaitan dengan darah kot...boley ke tok?

yang sakit ni xde kena mengena dgn benda ghaib..kena jumpa doktor pakar mata..

percaya
23-01-2010, 12:51 AM
thanks tok..

egg_toast
23-01-2010, 09:06 AM
yang sakit ni xde kena mengena dgn benda ghaib..kena jumpa doktor pakar mata..

:eek: macam kelaka lak

egg_toast
23-01-2010, 09:12 AM
Tuk nak share sikit dengan warga CG..

Hari ini, penulis hendak kongsi petua atau tips minta hutang. Ini kisah benar, actually tips ini saya telah perolehi, ketika menaiki teksi ke KLIA, ketika itu penulis dalam perjalanan pulang ke kampung di KualaTerengganu. Kebiasaannya, saya memang suka berborak dengan pemandu teksi, tidak kira apa bangsa, bukan apa, saya suka korek rahsia atau sejarah kenapa beliau bawa teksi dan hasilnya saya tahu, ada ramai pemandu teksi yang mempunyai sejarah hitam dalam perniagaan seperti bankrup, pernah hidup melarat dan lain-lain lagi pengalaman yang boleh dijadikan iktibar antara kita.

Kembali pada matlamat asal, iaitu untuk kongsi petua minta hutang. Dalam perjalanan saya ke KLIA tersebut, Pemandu tersebut dalam lingkungan lewat 50’an . Saya seperti biasa akan bertanya tentang pengalaman beliau membawa teksi. Sebelum ini beliau adalah seorang usahawan dan sekarang syarikatnya sedang diuruskan oleh anak lelaki beliau dan beliau bawa teksi hanya untuk suka-suka bagi menghilangkan kebosanan. Tetapi apa yang paling saya kagumi, apabila mendengar pengakuan beliau bahawa beliau tidak pernah berhutang sehingga ke saat beliau berborak dengan saya ketika itu.
Alhamdulillah, sudah rezeki saya beliau menawarkan tips untuk meminta hutang daripada si penghutang, itu adalah satu tips yang amat berguna, kerana salah satu kelemahan saya adalah mengutip hutang. Bukan apa, saya tidak mahu disebabkan hutang, hubungan baik yang terjalin akan hancur. Jadi saya memegang prinsip kalau ada rezeki saya, insyaALLAH saya akan dapat balik duit saya, kalau tidak bayar, anggaplah itu satu sedekah jariah.

Semalam, saya tergerak hati untuk mencuba petua yang pakcik tersebut berikan. Alhamdulillah, saya amalkan petua tersebut pada waktu pagi, saya menerima panggilan tersebut dari salah seorang yang berhutang dengan saya. Alhamdulillah, hutang yang telah berusia lebih setahun, telah langsai semalam, selepas saya memberikan no akaun kepada sahabat saya itu. Alhamdulillah, dapat balik RM500…. sukanyalah hati ketika itu tengah “sempit’lah katakan.....!

Apakah petua yang telah saya perolehi itu?
~Teruskan membaca. "]“La ilaaha illa antasubhanaka inni kuntu minazzhalimin.” [/COLOR]Sebanyak yang anda mampu disamping selepas solat wajib lima waktu dibaca secara terus menerus seperti ayat berikut:-
Petikan dari Surah Al-Anbiya Ayat 87-

Maksudnya

: (Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong)melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya,tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri.

Amalkanlah Ayat diatas, gunakan kebolehan minda anda untuk visualisasi wajah sesiapa yang berhutang dengan anda, niatkan pada diri anda untuk mendapatkan balik hutang tersebut, dan baca ayat diatas. InsyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda. Sekiranya anda selalu berjumpa, hembuskan ayat diatas selama mana anda mengamalkannya kearah SIBERHUTANG. Dalam masa terdekat ia akan memulangkannya kerana terbukti akan keberkesanan ayat tersebut.

InsyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda. Sebenarnya ayat atau zikir di atas bukan sahaja digunakan untuk kutip hutang, banyak lagi faedah yang lain, seperti melembutkan hati musuh anda dan bolehlah anda amalkan sekiranya orang itu KERAS KEPALA atau HATI BATU ia akan lembut MENERIMA PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN. Sekiranya anda perasan dan mengikuti sirah nabi, zikir di atas digunakan oleh Nabi Yunus a.s. Ketika ditelan ikan Nun.
………SELAMAT MENCUBA

Perkara ni boleh dikatakan benar dgn izinYa..perkara ni pernah diajar oleh seorang ustazah masa sekolah dulu, penah sy cuba, sb sy ni spesis malu nk mintak pada yg berhutang, alhamdulillah ia menjadi. Berkat izinYa. perkara ni bukan sahaja berkaitan dgn duit, contoh barang2 yg dipinjam, barang diambil dgn sengaja oleh seseorg, boleh gak kita cuba, dan InsyaAllah dikembalikan pada kita.masa nk tido ibarat kita berjumpa dan becakap-cakap dgn si pengutang..sambil beselawat dan bacaan seperti di atas InsaAllah..:)paid

TukGantang
28-01-2010, 12:32 AM
cek pm ye...

phantom_scarab
03-02-2010, 02:07 AM
Tima Kasih.

edyipohmali
08-02-2010, 08:14 PM
thank you very much..

Pak.Lang
08-02-2010, 08:35 PM
tok percaya illiminati,new world order?

saya kemurungan sebab ni...

- Azhar :)

TukGantang
09-02-2010, 07:59 PM
tok percaya illiminati,new world order?

saya kemurungan sebab ni...

- Azhar :)

tok tak faham..boleh cerita lebih lanjut?

Pak.Lang
09-02-2010, 08:53 PM
tok tak faham..boleh cerita lebih lanjut?

kita hidup zaman modern,sepatotnya kita ni adalah lebih maju dari zaman-zaman yang dahulu

tetapi apabila mencarik kebenaran,hakikatnya ianya tidak benar

apa yang sedang berlaku semuanya wayang-wayang sahaja

kebenaran adalah kotor dan busuk

ini membuat saya kemurungan

orang sekeliling beranggapan bahawa zaman sekarang adalah lebih baik

hmmm boleh faham ke? ~X(~X(~X(

TukGantang
10-02-2010, 01:45 AM

dalam dunia ni ada positif dan negatif maksudnya jika dulu tak maju tapi budi pekerti dan maruah diri tinggi tapi zaman

sekarang sebaliknya..tapi point nya ini cuma hiasan dunia untuk hambaNya..tiada apa yang hak untuk kita pun bahkan jasad kita

dan udara yg kita hirup selama ni.. hanya KEBENARAN dengan nama Allah sahaja Yang Maha Benar..apa yang kamu cari itu dalam

kotak fikiran haruslah memohon jawapan dariNya,nescaya Dia akan memahamkan kamu dan Dia sajalah tempat kita memohon dan mengadu

dengan kalam bismillahhirahmannirahim...zaman demi zaman,kesilapan demi pengalaman mengajar kita untuk menuju kejayaan dalam

dunia dan akhirat..bermula lah kamu mengenal diri kamu maka kamu mengenal tuhan kamu..

edyipohmali
19-02-2010, 02:18 AM
lama TT tak masuk sini ye..

jastho
20-02-2010, 01:03 PM
betul kata tok tu..dalam keramaian kita masih merasa kesunyian..itu lah tandanya..sama2 kita mengenal diri kita insyallah..terima kasih tuk atas tunjuk ajar..teruskan usaha tuk yg murni tu :D

azura81zol
11-03-2010, 11:28 AM
Assalamualaikum warga2 CG,

Tuk disini nak menawarkan perkhidmatan percuma dan ihklas kepada mereka yang ada pelbagai masalah..tak kira orang islam mahupun orang bukan islam...Kebanyakan pesakit-pesakit yang datang mengalami masalah-masalah seperti Mental dan Emosional yang tidak stabil, Stress/tekanan jiwa dan kemurungan yang berlebihan, Masalah Suami-Isteri, Masalah Sihir, Saka, Santau, Gangguan Makhluk Halus, sakit ganjil, Resdung, Migrain, Lemah Tenaga Batin dan juga yang berhajat untuk "Cleansing" @ Pagar Rumah/Kedai/Diri. InsyaAllah Tuk akan bantu merawatnya dengan izin Allah S.W.T.

Boleh diajukan dalam thread ini..jika malu PM saja.

Butiran yang perlu Tuk tahu nama pesakit,umur,alamat dan masalahnya. Jika ada gambarnya lagi baik. Tiada pun takpe.

Jika sembuh nanti, tuk tidak mengharapkan balasan tapi sudah memadai diiringi doa yang ikhlas supaya tuk mendapat kelebihan laduni,kasyaf dan makrifat daripada Allah S.W.T. Tuk harap boleh teruskan amal jariah tuk ini pada orang lain.

Add YM Tuk = TukGantang atau tukgantang@yahoo.com

Tuk online dari 9mlm hingga 12.00pagi++

Rawatan tuk akan kumpul dan buat jarak jauh setiap malam jumaat(afdal) kecuali kes kecemasan.

Petua-petua
http://www.carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=5702770&postcount=43 Minta Hutang

Nabi s.a.w. bersabda: “Jangan demikian, demi Allah, nescayalah engkau semua itu wajib memerintahkan kebaikan, melarang dari kemungkaran, mengambil tangan orang yang zalim - yakni menghentikan kezalimannya - serta mengembalikannya atas kebenaran yang sesungguhnya, juga membasmi tindakannya kepada yang hak saja dengan pembatasan yang sesungguh-sungguhnya. Atau jikalau semua itu tidak dilakukan, maka nescayalah Allah akan memukulkan - membencikan - hati setengahmu terhadap setengahnya kemudian melaknati - mengutuk - engkau semua sebagaimana Dia mengutuk mereka - Bani Israil.” Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Ini adalah menurut lafaznya Imam ‘Abu Dawud.
salam tuk,xde no fon ka supaya senang dihubungi..

RajaLaut
17-03-2010, 01:37 AM
Lama tuk x jenguk umah ni... menyepikan diri trus ker?huhuhu

marhaein
13-07-2010, 06:54 PM
salam tok..angin pasang boleh ke tuk..lama nak tunggu operate ni..

zamreda
29-11-2011, 02:17 AM
ada ke lagi nie?

Shutter
29-11-2011, 02:30 AM
Mata kuning selalu dikaitkan dengan penyakit hati better tt jumpa doktor check up....

muhdarifaiman
16-03-2013, 10:58 AM
pm tok.. saya berminat

muhdarifaiman
18-09-2014, 01:30 AM
ada lagi ke rawatan nie tok?