PDA

View Full Version : Anak benih Udang Galah for sale

wanzul69
01-01-2010, 02:56 PM
Assalamualaikum warga CG semua.

Sebagai pemula tahun baru 2010 saya mulakan dengan thread ternakan udang galah. Kami ada sebuah hatchery udang galah dan hingga kini sudah boleh dituai dan dijual kepada semua penternak udang galah seluruh Malaysia.

Pengeluaran pertama tahun ini ialah dalam masa 15 hari lagi iaitu 15hb January 2010. Anggaran saiz setiap ekor adalah 10 milimeter (10mm). Harga untuk satu ekor adalah rm0.07 sen. Minimum order 1000 ekor. Pembeli boleh datang sendiri ke hatchery kami untuk tujuan belajar dan membeli benih udang galah tersebut.

Alamat kami seperti dibawah;

KEMUDI HATCHERY
NO.456, JALAN KEMANG 4,
TELOK KEMANG 71050,
PORT DICKSON.
NEGERI SEMBILAN.

(SILA HUBUNGI PEMILIK: 013.2786114-WAN ZAMRI)
Minta maaf semua. Thread ini saya tutup kerana tuan punya Kemudi Hatchery telah kembali kerahmatullah.

atlantis
01-01-2010, 03:05 PM
boleh ternak dlm kanvas atau kolam batu tak?

internetbizjunior
01-01-2010, 03:09 PM
udang galah...?
sesuatu yg baru utk diterokai...
BUMP utk TT...

tokputih
01-01-2010, 03:09 PM
hmmm.... senang ker jaga dia...

serban hitam
01-01-2010, 03:15 PM
TT tiada yang dah besar ke ..ana nak buka kolam memancing udang rumah kedai daerah langat ....berapa sekg yang hidup berat dlm 200G ke ada tak ?

geniusneuro
01-01-2010, 03:21 PM
benih udang galah... kalo aku beli n nak simpan dalam akuarium sendiri je buleh ke??

wanzul69
01-01-2010, 03:23 PM
boleh ternak dlm kanvas atau kolam batu tak?

boleh saje bro.. tapi terpulang bro nak ternak untuk ape lah.. kalau untuk komersial x berbaloi.. sikit sangat tu.. purata luas kawasan ekor lebih kurang 15 ekor per 1 m3.. (kene ambil kira masa dia dah besor) jadi katalah bro guna kolam kanvas bersaiz 2m (lebar) x 4m (panjang)x 0.40m = 3.2m3.. jadi bilangan ekor yang bro boleh bele lebih kurang 48 ekor jek..

biase nye kalau utk tujuan komersial, bro boleh bele dalam kolam tanah.. ok bro

wanzul69
01-01-2010, 03:25 PM
TT tiada yang dah besar ke ..ana nak buka kolam memancing udang rumah kedai daerah langat ....berapa sekg yang hidup berat dlm 200G ke ada tak ?

salam bro,

kami tak jual yang besar lah.. hehe

wanzul69
01-01-2010, 03:26 PM
benih udang galah... kalo aku beli n nak simpan dalam akuarium sendiri je buleh ke??

kalau untuk bele dalam akuarium, bole saje..

atlantis
01-01-2010, 03:40 PM
boleh saje bro.. tapi terpulang bro nak ternak untuk ape lah.. kalau untuk komersial x berbaloi.. sikit sangat tu.. purata luas kawasan ekor lebih kurang 15 ekor per 1 m3.. (kene ambil kira masa dia dah besor) jadi katalah bro guna kolam kanvas bersaiz 2m (lebar) x 4m (panjang)x 0.40m = 3.2m3.. jadi bilangan ekor yang bro boleh bele lebih kurang 48 ekor jek..

biase nye kalau utk tujuan komersial, bro boleh bele dalam kolam tanah.. ok bro

bukan apa bang. idea guna canvas tu utk pengenalan dan study je.
nak gak kenal2 ngan udang tu sebelum belasah komersil.

soalan ke2, berapa lama tempoh dia nak besor? :">

wanzul69
01-01-2010, 03:57 PM
bukan apa bang. idea guna canvas tu utk pengenalan dan study je.
nak gak kenal2 ngan udang tu sebelum belasah komersil.

soalan ke2, berapa lama tempoh dia nak besor? :">

Salam bro,

Bagi kolam seluas 4 ekar, bagi tempoh 6 bulan ternakan dengan kadar hidup sekitar 40%, hasil sebanyak 650kg udang dapat dihasilkan dalam satu pusingan ternakan. Kita kena ambilkira 40% yang paling kuat dari 100% benih awal.

Harimau_kumbang
01-01-2010, 04:39 PM
menarik gak biz udang galah nie..

wanzul69
01-01-2010, 04:57 PM
menarik gak biz udang galah nie..

Salam bro,

Memang menarik sangat bela udang galah ni. Siapa yang ada tanah terbiar tu boleh usahakan ternakan udang galah ni sambilan sambil trade forex tu. Untuk tujuan komersial memang berbaloi bro sebab pada musim tengkujuh ni ikan dilaut susah nak timbul kerana nelayan pun kurang kelaut. Masa inilah udang galah naik harga. Harga pasaran semasa adalah rm48. kalau jual pada pemborong rm40. Harga terkini saya kurang periksa pulak berapa. Kena rujuk LKIM lah he he

sideskirt
01-01-2010, 05:06 PM
bukan apa bang. idea guna canvas tu utk pengenalan dan study je.
nak gak kenal2 ngan udang tu sebelum belasah komersil.

soalan ke2, berapa lama tempoh dia nak besor? :">

susah jumpa yg ternak guna kolam simen, kanvas lagi susah ... katanya kolam simen tumbesaran lambat ... :-?

aritu aku ada dengar org dekat2 area ko buat dlm kolam simen dan success ... cuma aku tak dpt details pengusaha tuuu ...~X(

sideskirt
01-01-2010, 05:08 PM
Salam bro,

Memang menarik sangat bela udang galah ni. Siapa yang ada tanah terbiar tu boleh usahakan ternakan udang galah ni sambilan sambil trade forex tu. Untuk tujuan komersial memang berbaloi bro sebab pada musim tengkujuh ni ikan dilaut susah nak timbul kerana nelayan pun kurang kelaut. Masa inilah udang galah naik harga. Harga pasaran semasa adalah rm48. kalau jual pada pemborong rm40. Harga terkini saya kurang periksa pulak berapa. Kena rujuk LKIM lah he he

hidup main range rm40-rm50 ... kena yg sepit biru ada yg jual ikut ekor ... huhu :)paid :)paid

geniusneuro
01-01-2010, 05:09 PM
rasenye tt patut edit la topik, jadi benih udang galah

wanzul69
01-01-2010, 05:13 PM
susah jumpa yg ternak guna kolam simen, kanvas lagi susah ... katanya kolam simen tumbesaran lambat ... :-?

aritu aku ada dengar org dekat2 area ko buat dlm kolam simen dan success ... cuma aku tak dpt details pengusaha tuuu ...~X(

Salam bro,

Banyak faktor yang membantu tumbesaran udang galah ni ada di kolam tanah. Ianya sesuai kerana ini adalah habitat asal udang galah. Kalau kita dapat wujudkan persekitaran yang serupa di kolam simen maka hasilnya juga boleh berlipat kali ganda. Kalau nak pengetahuan lebih lanjut boleh hubungi en.wan zamri tu. Boleh berurusan dengan dia terus. Refer no kontak di first thread.

sideskirt
01-01-2010, 05:15 PM

ada yg dah buatke dlm kolam simen ... bg detail sikit ... hehe

p/s: hukaprawn kat NZ pon ternak dlm kolam tanah

wanzul69
01-01-2010, 05:17 PM
rasenye tt patut edit la topik, jadi benih udang galah

Salam sis,

Ha'a lah, memang anak benih udang galah patutnya. Tapi saya tak leh nak edit semula camana yek?

geniusneuro
01-01-2010, 05:18 PM
Salam sis,

Ha'a lah, memang anak benih udang galah patutnya. Tapi saya tak leh nak edit semula camana yek?

g kat 1st post..

tekan edit post

pastu g go advanced.

edit tajuk..

save :D

wanzul69
01-01-2010, 05:19 PM
ada yg dah buatke dlm kolam simen ... bg detail sikit ... hehe

p/s: hukaprawn kat NZ pon ternak dlm kolam tanah

Salam bro,

Saya tak ada info penternak yang bela dalam kolam simen. Kepada sesiapa yang ada maklumat tentang perkara ini boleh sampaikan disini. Kita boleh kongsi pengalaman. So far saya pernah bela ikan keli sahaja dalam kolam simen.

Harimau_kumbang
01-01-2010, 05:22 PM
Salam bro,

Memang menarik sangat bela udang galah ni. Siapa yang ada tanah terbiar tu boleh usahakan ternakan udang galah ni sambilan sambil trade forex tu. Untuk tujuan komersial memang berbaloi bro sebab pada musim tengkujuh ni ikan dilaut susah nak timbul kerana nelayan pun kurang kelaut. Masa inilah udang galah naik harga. Harga pasaran semasa adalah rm48. kalau jual pada pemborong rm40. Harga terkini saya kurang periksa pulak berapa. Kena rujuk LKIM lah he he

Hmm.. tanh terbiar tue kene cari.. kalo modal utk setup tanah seekar baper ek bro? motor.. maintenance..

sideskirt
01-01-2010, 05:23 PM
Salam bro,

Saya tak ada info penternak yang bela dalam kolam simen. Kepada sesiapa yang ada maklumat tentang perkara ini boleh sampaikan disini. Kita boleh kongsi pengalaman. So far saya pernah bela ikan keli sahaja dalam kolam simen.

takpe bro, klu ada uar2kan ...

so far majoriti buat dlm kolam tanah ... almaklum bukan senang nak dpt kawasan tanah yg luas ...

tapi aku suka dengar ada melayu buat hatcheri, selama ni yg aku tau penternak byk amik kat perak ngan cha ya nun alif, no option katanya ... semoga sukses dengan baka yg baik :)paid

wanzul69
01-01-2010, 05:25 PM
Hmm.. tanh terbiar tue kene cari.. kalo modal utk setup tanah seekar baper ek bro? motor.. maintenance..

Salam bro,

Saya pun masih mencari tanah terbiar yang sesuai untuk ternakan udang galah ini. Saya ada terjumpa satu site. Refer kat http://www.fri.gov.my/pppat/culture/ug/index.htm Banyak boleh kita pelajari.

wanzul69
01-01-2010, 05:29 PM
takpe bro, klu ada uar2kan ...

so far majoriti buat dlm kolam tanah ... almaklum bukan senang nak dpt kawasan tanah yg luas ...

tapi aku suka dengar ada melayu buat hatcheri, selama ni yg aku tau penternak byk amik kat perak ngan cha ya nun alif, no option katanya ... semoga sukses dengan baka yg baik :)paid

KEMUDI HATCHERY adalah kepunyaan abang saya, wan zamri. Memang kita menyahut cabaran kerajaan untuk memecah tradisi cha ya nun alif dalam membuat pembenihan dan pengeluaran benih udang galah berskala besar. Lebih setahun juga trial & error dan banyak juga cabaran telah ditempuhi. Baru kini dapat membuahkan hasil Alhamdu Lillah syukur.

wanzul69
01-01-2010, 06:08 PM
g kat 1st post..

tekan edit post

pastu g go advanced.

edit tajuk..

save :D

Thank you sis, done

geniusneuro
01-01-2010, 06:13 PM
Thank you sis, done

ok, welcome..:)cgrock

Harimau_kumbang
01-01-2010, 06:32 PM
Salam bro,

Saya pun masih mencari tanah terbiar yang sesuai untuk ternakan udang galah ini. Saya ada terjumpa satu site. Refer kat http://www.fri.gov.my/pppat/culture/ug/index.htm Banyak boleh kita pelajari.

nanti kalo aku nak terpikir na kstart biz nie.. aku cari ko bro.. hope ko bleh guide aku.. :)paid

hamtaro77
01-01-2010, 06:44 PM
Assalamualaikum warga CG semua.

Sebagai pemula tahun baru 2010 saya mulakan dengan thread ternakan udang galah. Kami ada sebuah hatchery udang galah dan hingga kini sudah boleh dituai dan dijual kepada semua penternak udang galah seluruh Malaysia.

Pengeluaran pertama tahun ini ialah dalam masa 15 hari lagi iaitu 15hb January 2010. Anggaran saiz setiap ekor adalah 10 milimeter (10mm). Harga untuk satu ekor adalah rm0.07 sen. Minimum order 1000 ekor. Pembeli boleh datang sendiri ke hatchery kami untuk tujuan belajar dan membeli benih udang galah tersebut.

Alamat kami seperti dibawah;

KEMUDI HATCHERY
NO.456, JALAN KEMANG 4,
TELOK KEMANG 71050,
PORT DICKSON.
NEGERI SEMBILAN.

(SILA HUBUNGI PEMILIK: 013.2786114-WAN ZAMRI)

salam bro..
nak tanya...agak berminat gak nak bela udang nie..
bro ada jual makanan dia sekali ke??
bpe rm and bape KG/beg??
anak udang yang bro jual tue,bro packing dalam plastik beroksigen ke??
lau dalm plastik beroksigen,dia leh tahan bape lama??
:)cgrock

wanzul69
01-01-2010, 06:52 PM

Salam,

Untuk maklumat lebih lanjut boleh call terus ke nombor en. wan zamri 013.2786114. Dia lebih pakar untuk memberi penerangan.

wanzul69
01-01-2010, 06:54 PM
nanti kalo aku nak terpikir na kstart biz nie.. aku cari ko bro.. hope ko bleh guide aku.. :)paid

Bro boleh call terus brother saya. Nak melawat sambil belajar pun boleh.

Ps: call wan zamri 013.2786114 untuk sebarang pertanyaan tentang udang galah.

hamtaro77
01-01-2010, 06:59 PM
Salam,

Untuk maklumat lebih lanjut boleh call terus ke nombor en. wan zamri 013.2786114. Dia lebih pakar untuk memberi penerangan.

oraite..
thanks:D:D

ayien
01-01-2010, 07:15 PM
ader buat penghantaran sekali tak? saye di trg.

geniusneuro
01-01-2010, 07:57 PM
good luck pada tt, neem berminat nak bela, tapi nak bela sendiri je dalam akuarium, dalam 10 ekor camtu je... kalo kat kedai pets biase ade jual ke??

wanzul69
01-01-2010, 09:57 PM
ader buat penghantaran sekali tak? saye di trg.

Penghantaran boleh diuruskan dengan charge minima. Boleh runding terus dgn en.wan zamri 013.2786114. Tetapi selalunya dalam semenanjung buyer datang sendiri ambil.

wanzul69
01-01-2010, 09:59 PM
good luck pada tt, neem berminat nak bela, tapi nak bela sendiri je dalam akuarium, dalam 10 ekor camtu je... kalo kat kedai pets biase ade jual ke??

Sis, kalau nak bela dalam aquarium pun boleh juga. Memang menarik tu. Cuma tumbesarannya agak lambat sahaja. Boleh cuba recce kedai jual ikan perhiasan.:D

sideskirt
01-01-2010, 10:03 PM
good luck pada tt, neem berminat nak bela, tapi nak bela sendiri je dalam akuarium, dalam 10 ekor camtu je... kalo kat kedai pets biase ade jual ke??

Nak bela cari yg sepit biru baru ngam .. Beli kat kolam pancing ..

wanzul69
01-01-2010, 10:35 PM
Ya lah kat kolam pancing udang ada. Cari yang sepit biru memang cantik tu. Letak lampu kat aquarium memang gempak tu.

playermmc
01-01-2010, 10:38 PM
bos minima oder dalam RM berapa?
kalau pos boleh x?
kat kapar klng jer
udang ni makan apa bos?

wanzul69
01-01-2010, 10:39 PM
hmmm.... senang ker jaga dia...

Alahai Tok Putih, kalau dah minat tu tak heran nyer. Tapi bela udang galah ni cerewet pasal suhu air dan tahap alkali/acidic kena jaga. selain tu penyakit2 yang perlu kita rawat dia segera. kalau lambat k.o ades

wanzul69
01-01-2010, 10:45 PM
bos minima oder dalam RM berapa?
kalau pos boleh x?
kat kapar klng jer
udang ni makan apa bos?

Salam Tuan,

Bahaya guna pos nanti payah hidup udang tu. Terpulang pada tuan kalau nak buat secara kormersial selalunya buyer akan order minima 10ribu anak benih dan maxima 1juta anak benih pun ada. penghantaran untuk kormersial ni selalunya buyer datang sendiri ambil. Menggunakan lori (modified) yang mempunyai tong air. kalau tuan nak beli bawah 1ribu ekor boleh datang sendiri bawa pulang. Kami akan packing siap dalam bekas plastic ber-oksigen. Tentang makanan udang ni boleh refer kat abang saya di:
KEMUDI HATCHERY
(SILA HUBUNGI PEMILIK: 013.2786114-WAN ZAMRI)

playermmc
01-01-2010, 10:46 PM
ok kalau mcm tu kne tunggu 15hb baru boleh beli benih?

wanzul69
01-01-2010, 10:49 PM
ok kalau mcm tu kne tunggu 15hb baru boleh beli benih?

Boleh call abang saya untuk order dulu. Ni first stage pembenihan yang baru berjaya ke stage untuk jualan. Kami ada stok 1 juta anak benih udang galah. Jika order melebihi jangkaan maka kami boleh pertingkatkan lagi pembenihan mengikut order untuk next stage.

playermmc
01-01-2010, 10:53 PM
ok terimaksh bro

wanzul69
02-01-2010, 10:14 AM
Salam warga CG,

Bump untuk sabtu pagi yang ceria...Anak benih udang galah untuk kolam kormersial. Jadikan akuakultur kerjaya sambilan yang berbaloi-baloi...

KrisSMerah
02-01-2010, 10:54 AM
Nak bela dalam akuarium. alahai brapa ekor je nak kene beli.abih2 20 ekor je kot utk permulaan ni. bole ka tt? :)

wanzul69
02-01-2010, 11:44 AM
Nak bela dalam akuarium. alahai brapa ekor je nak kene beli.abih2 20 ekor je kot utk permulaan ni. bole ka tt? :)

Boleh aja, call terus brother saya. refer kat first post at first page. Tapi anggaraan fertality hanya 40% tau. Maknanya kalau kita nak lihat at least 40 ekor hidup (yang paling kuat)maka kita kena beli 100 ekor lah. Sebab yang 40 ekor ini (yang paling kuat) akan memakan 60 ekor lagi (yang paling lemah). Ini memang fitrah udang

playermmc
12-01-2010, 09:50 PM
dah call die kate minima oder 50000 pergg
bukanyer ada kolam pon nk bela
just nk testing2 je
nk beli dalam 1000-2000 jer

isa@is
11-10-2010, 04:04 AM
Boleh aja, call terus brother saya. refer kat first post at first page. Tapi anggaraan fertality hanya 40% tau. Maknanya kalau kita nak lihat at least 40 ekor hidup (yang paling kuat)maka kita kena beli 100 ekor lah. Sebab yang 40 ekor ini (yang paling kuat) akan memakan 60 ekor lagi (yang paling lemah). Ini memang fitrah udang

salam.. berapa harga benih terkini benih udang galah ni yer? harga pasaran tolak berapa sekilo? erm..dekat mana ade pojek penternakn udg galah besar2an? ada sape yg tahu x?