BTC USD 83,759.4 Gold USD 4,295.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah-24/12

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PERASMIAN PESTA BUNGA JOHOR-Tarikh Peristiwa pada 24-12-1981

Pada hari ini dalam tahun 1981, satu Pesta Bunga telah diadakan di Johor Bharu, Johor. Pesta tersebut telah dirasmikan oleh Tunku Bendahara Johor, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Ismail. Ia bertujuan untuk menarik minat dan menggalakkan semua pihak supaya mempertingkatkan dan memperkayakan keindahan persekitaran di kawasan masing-masing. Ini merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengawal perubahan persekitaran dan ekologi akibat pembangunan yang pesat. Pembangunan telah membawa kepada penerokaan kawasan berhutan yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan kepada hutan batu. Senario ini amat berbahaya kepada sistem ekologi negara kita. Oleh itu, usaha-usaha penanaman pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan adalah penting untuk keseimbangan ekologi dan persekitaran yang sihat. Sesungguhnya, melalui pesta seperti ini, diharap orang ramai dapat memberikan sambutan dan kerjasama untuk mewujudkan persekitaran yang nyaman dan menyegarkan.
 
PENENTANGAN KESATUAN MELAYU PULAU PINANG TERHADAP MALAYAN UNION-Tarikh Peristiwa pada 24-12-1945

Pada hari ini dalam tahun 1945, Kesatuan Melayu Pulau Pinang telah mengadakan mesyuarat, bertujuan untuk menyatakan pendirian menentang cadangan Malayan Union. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Madrasah Mashhurul Islamiyah, Pulau Pinang. Ia telah dipengerusikan oleh Naib Yang Di Pertua Kesatuan itu, iaitu Tuan Haji Ahmad bin Haji Yunus dan telah dihadiri oleh beberapa ahli Jawatankuasa Kesatuan serta ahli-ahlinya. Dalam mesyuarat tersebut, ahli-ahli Kesatuan Melayu Pualau Pinang telah sebulat suara menolak cadangan British untuk mewujudkan Malayan Union. Faktor penolakan tersebut disebabkan oleh pemberian taraf kerakyatan yang sama rata kepada semua bangsa oleh Malayan Union. Cadangan tersebut sekaligus akan menghapuskan hak keistimewaan orang-orang Melayu. Namun begitu, cadangan untuk mewujudkan Kesatuan Negeri-negeri Melayu (United Malay States) yang memberi makna kepada hak bagi orang-orang Melayu tidak mendapat bangkangan. Berikutan daripada pendirian Kesatuan Melayu Pulau Pinang itu, tentangan terhadap Malayan Union telah bertambah sebagaimana Kesatuan Melayu di negeri-negeri lain menentang Malayan Union.
 
PROJEK BEKALAN AIR SUNGAI MUDA DITANDATANGANI-Tarikh Peristiwa pada 24-12-1968

Pada hari ini 24.12.1968, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menandatangani satu perjanjian projek bekalan air dengan Syarikat Binnie and Partners di Bilik Gerakan, Bangunan Tunku Syed Putra, Pulau Pinang. Perjanjian itu telah ditandatangani oleh Ketua Menteri, Tan Sri Wong Paw Nee bagi pihak kerajaan negeri dan G. Smethurst bagi pihak syarikat tersebut. Projek yang menelan belanja sebanyak lebih kurang $113 juta itu disediakan oleh Syarikat Binnie and Partners yang merupakan penasihat jurutera yang telah dilantik oleh kerajaan Pulau Pinang. Syarikat itu juga akan bertanggungjawab untuk menyelia pembinaannya. Pembinaan rancangan bekalan air Sungai Muda akan dijalankan dalam 3 peringkat. Peringkat pertama dianggarkan menelan belanja sebanyak $42 juta. Ini termasuk juga pembinaan sebuah benteng yang menyeberangi Sungai Muda. Projek itu akan dimulakan pada tahun berikutnya dan dijangka selesai pada tahun 1971. Perbelanjaan untuk menjalankan projek ini dibiayai oleh pinjaman dari kerajaan Pusat dan Bank Pembangunan Asia. Sesungguhnya, hasil dari perjanjian yang ditandatangani pada hari ini dalam tahun 1968 membolehkan bekalan air di Sungai Muda ditambah sebanyak 445 juta liter sehari.
 
Back
Top
Log in Register