BTC USD 83,591.2 Gold USD 4,179.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Salam 1Malaysia" adalah HARAM, syirik dan bidaah

kuhik

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,519
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
Bekas penyarah Akademik Islam, Universiti Malaya, Mohamad Mustafa (gambar bawah) juga menganggap Salam 1Malaysia seperti syirik nasional yang cuba menyembunyikan keindahan Islam dengan slogan ciptaan manusia.

mohamad_mustapha.jpg


“Ucapan Salam 1Malaysia adalah perbuatan bidaah kerana tidak ada dalam amalan Islam, yang ada ialah ucapan salam yang sempurna iaitu “assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh”.

“Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpokok kepada nasionalisme, sedangkan Rasulullah saw sendiri tidak pernah mengajar ‘Salam Satu Madinah’.

“Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur (kepada amalan Islam), berilah salam yang sempurna,” katanya.

Beliau yang juga bekas Yang Dipertua Abim Kelantan turut mempersoalkan konsep 1Malaysia kerana teras penyatuan yang cuba dibawa perdana menteri tidak mempunyai elemen Islam.

“Amerika juga mengajak rakyatnya bersatu di atas dasar United State - satu Amerika, sementara Russia dengan satu Russia, demikian juga dengan ‘United Malay’.

“Persoalan sekarang, aspek penyatuan itu disuruh Islam, tetapi hendaklah dipastikan sama ada penyatuan tersebut atas dasar tauhid atau syirik.

“Bagi orang Islam, sama ada 1Malaysia atau pun tidak, itu tidak kisah, namun konsep ‘1Malaysia’ yang dicetuskan dipastikan sama ada berlandaskan dasar tauhid atau tidak,” katanya yang juga Adun Demit.

Oleh itu katanya, pendekatan 1Malaysia menggambarkan kemuncak kepada ajaran nasionalisme yang meninggalkan agama dalam gerak kerjanya.

Begitu juga katanya, slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ nampak elok, tetapi dalam Islam, Allah swt mestilah didahulukan.

“Allah swt mesti didahulukan. Jangan bertindak seolah-olah hak Allah swt tidak ada dalam senarai urusan negara kita sekarang,” katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/inde...-najib-mulai-tergugat&catid=1:utama&Itemid=50
 
salam 1malaysia tu bukan cam selamat sejahtera ke?
 
salam 1malaysia tu bukan cam selamat sejahtera ke?

selamat sejahtera tu kalau translate ke arab bunyinya macam ni 'Assalamualaikum' :)..maksud salam itu dari perkataan islam..islam itu sejahtera
 
dulu kongsi raya..

mana boleh kongsi..

perayaan kapir nk join perayaan org Islam
 
aku dengar salam nih pun dah rasa naik meluat....ada tak org islam yg kita bagi ucap assalamualaikum wbt dia rasa meluat ?? kat situ pun dah nampak besarnya kuasa allah swt hanya melalui salam..
 
Back
Top
Log in Register