BTC USD 84,559.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah-12/12

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
FRANK SWETTENHAM MENAMATKAN TUGASNYA SEBAGAI RESIDEN GENERAL NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU-Tarikh Peristiwa pada 12-12-1901

Pada hari ini dalam tahun 1901, Frank Swettenham telah menamatkan tugasnya sebagai residen General Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang meliputi Negeri-negeri Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang. Beliau telah memulakan perkhidmatan pada 1 Januari 1901 sebagai Residen General pertama Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang ditubuhkan dalam tahun 1896. Sebelum beliau dilantik sebagai Residen General Negeri-negeri Melayu Bersekutu, beliau juga pernah memangku dan memegang jawatan Residen Selangor dari 2 Oktober 1882 sehingga 31 Mei 1889. Beliau turut memangku jawatan Residan Perak pada masa yang sama juga iaitu dari 22 Mac 1884 sehingga Januari 1886. Manakala dari 1 Jun 1889 hingga 30 Jun, Frank Swettenham telah dilantik sebagai Residen Perak. Beliau kemudiannya telah digantikan oleh W.H. Treacher yang mula bertugas pada 13 Disember 1901. Sesungguhnya, penamatan tugas Frank Swettenham sebagai residen general telah membolehkan beliau bekerja dengan lebih baik setelah memegang satu jawatan sahaja dan menumpukan sepenuh perhatian pada tugas yang baru sebagai Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
 
BENDAHARA WAN AHMAD DITABALKAN MENJADI SULTAN PAHANG BERGELAR SULTAN AHMAD MU'AZZAM SHAH-Tarikh Peristiwa pada 12-12-1884

Pada hari ini dalam tahun 1844, Bendahara Wan Ahamad telah ditabalkan sebagai pemerintah negeri Pahang secara rasminya oleh Orang-orang Besar Pahang. Baginda telah memakai gelaran Sultan Ahmad Mu’azzam Shah dan merupakan Sultan Pahang yang pertama dalam keturunan Kesultanan Pahang yang sedang memerintah hingga ke hari ini. Kesultanan baginda telah diiktiraf oleh Inggeris sebagai pemerintah Pahang pada 1 September 1868 melalui satu perjanjian mengenai sempadan yang telah ditandatangani di antara Temenggong Abu Bakar dengan Bendahara Wan Ahmad dengan disaksikan oleh Gabenor Sir Harry Ord. Bendahara Wan Ahmad berjaya memperolehi takhta pemerintahan negeri Pahang melalui penentangan terhadap Bendahara Tun Mutahir yang memerintah negeri Pahang ketika itu. Peperangan yang meletus di antara kedua-dua belah pihak ini telah memihak kepada Bendahara Wan Ahmad yang telah mendapat bantuan daripada Sultan Mahmud bekas Sultan Riau-Lingga dan Sultan Umar, Sultan Terengganu. Bendahara Wan Ahmad telah berjaya menguasai negeri Pahang pada 10 Jun 1863, berikutan itu baginda telah dilantik sebagai Bendahara Pemerintah negeri Pahang dengan gelaran Bendahara Seri Wak Raja oleh Orang-orang Besar Pahang.
 
HARI PELAWAT, JAMBORI KEBANGSAAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA-Tarikh Peristiwa pada 12-12-1981

Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah di antara beberapa pertubuhan yang terawal bertapak di negara ini, yang mana bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada suatu pertubuhan sukarela, dan dapat menyumbangkan tenaga mereka ke arah perpaduan dan kesejahteraan hidup di samping membantu di dalam kerja-kerja amal kepada masyarakat. Pada hari ini 12.12.1981 Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Mahatir Mohamad, telah sudi merasmikan Majlis Hari Pelawat, Jambori Kebangsaan Pandu Puteri Malaysia, bertempat di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang Selangor. Jambori tersebut diadakan selama 1 minggu di Kem Indah, Universiti Pertanian Malaysia merupakan tempat yang paling sesuai kerana dikelilingi kehijauan alam semulajadi. Suasana sebegitu dapat memberikan kedamaian dan ketenangan jiwa kepada para peserta. Setiap negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak telah menghantar perwakilan masing-masing, di samping beberapa orang peserta dari luar negara juga turut serta memeriahkan lagi Jambori ini.
Matlamat utama Hari Pelawat, Jambori Kebangsaan itu diadakan ialah :-

Memberi peluang kepada ahli-ahli Pandu Puteri untuk betukar-tukar fikiran dan pendapat sambil mempelajari dan mendalami cara hidup masing-masing yang berlatar-belakangkan cara hidup dan kebudayaan yang berlainan.

Memupuk disiplin dan semangat toleransi serta persefahaman di kalangan Pandu Puteri.

Mendedahkan ahli-ahli Pandu Puteri ke arah meningkat dan mengeratkan lagi perhubungan dan jalinan persaudaraan di kalangan masyarakat antara negara.

Memberi pengalaman-pengalaman baru dan membantu untuk memahami secara lebih mendalam peranan ahli-ahli di dalam pergerakan Pandu Puteri di dalam Masyarakat.

Dato’ Seri Dr. Mahathir berkata bahawa usaha-usaha yang bersepadu yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Pandu Puteri akan memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan masyarakat dan negara. Sesungguhnya dengan adanya jambori kebangsaan pada hari ini telah membuka minda para peserta, bahawa betapa pentingnya bergiat dalam sebarang persatuan, demi untuk mengelakan gejala-gejala sosial yang boleh mengancam kesejahteraan negara.
 
Back
Top
Log in Register