eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
PERASMIAN PEMBUKAAN KAMPUS UTAMA INSTITUT TADBIRAN NEGARA (INTAN) BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR-Tarikh Peristiwa pada 22-10-1984
Pada hari ini dalam tahun 1984, Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan pembukaan Kampus Utama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Kampus yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur ini telah dilengkapi dengan kemudahan yang serba moden. INTAN merupakan sebuah institusi kerajaan yang menyediakan pelbagai latihan untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan awam di negara yang terletak di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam. Penubuhan awalnya telah bermula pada September 1959 di Port Dickson dan dikenali sebagai Pusat Latihan Kakitangan. Pada 1 September 1972, INTAN telah ditubuhkan dengan rasminya, berikutan daripada itu program-program latihan untuk pegawai-pegawai kerajaan telah berpindah ke bangunannya yang terletak di Jalan Elmu.
Perkembangan pesat latihan oleh INTAN dalam tahun 1980-an telah menyaksikan penubuhan beberapa kampus cawangan antaranya Kampus Wilayah Utara (INTURA) di Sungai Petani, Kedah. Berikutan daripada pembukaan kampus utama ini juga, INTAN di Jalan Elmu telah dijadikan Kampus Wilayah Tengah (INTENGAH) pada tahun 1998. Sesungguhnya, perkhidmatan awam merupakan jentera penggerak pembangunan negara, oleh yang demikian melalui program latihan yang disediakan oleh INTAN mampu mengisi pemikiran dan tindakan para anggota perkhidmatan awam ke arah yang lebih cemerlang.