BTC USD 84,458.3 Gold USD 4,275.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah-20/10

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PEMBUKAAN RASMI IBU PEJABAT RISDA-Tarikh Peristiwa pada 20-10-1981

Pada hari ini dalam tahun 1981, ibu pejabat RISDA yang terletak di Batu 4 ½, Jalan Ampang, Kuala Lumpur telah dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’adzam Shah. Sebelum berpindah ke bangunan ibu pejabat ini, RISDA menyewa dua tingkat Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang dan beberapa tempat yang berdekatan Jalan Ampang. Tapak ibu pejabat RISDA ini telah dibeli pada 4 Oktober 1973 dengan harga $2.4 juta. Ibu pejabat yang digunakan sepenuhnya pada tahun 1980 ini menelan belanja pembinaan sebanyak $17.8 juta. Ia terdiri daripada bangunan setinggi 15 tingkat yang berhadapan dengan Jalan Ampang dan setinggi 6 tingkat di belakangnya.

Reka bentuk bangunan ini dicipta berasaskan kegunaan dan ciri-ciri masyarakat pekebun kecil di 13 negeri di Malaysia, iaitu bentuk yang sama bagi setiap tingkat yang bermaksud tanggungjawab RISDA kepada pekebun kecil adalah sama walaupun di mana mereka berada; tunggak menara di tengah-tengah kedua-dua bangunan yang melambangkan keteguhan getah dan skop yang penting dari segi kehidupan pekebun-pekebun kecil dan keluarga mereka serta ekonomi negara dan tiga tiang di anjung bangunan yang membawa maksud bahawa perusahaan getah adalah bergantung kepada tiga faktor, iaitu pokoh getah yang sihat, tenaga manusia serta pemasaran dan perkilangan yang memberi faedah kepada tenaga manusia tersebut.
 
BENGKEL BAHASA MALAYSIA DALAM MEDIA AM-Tarikh Peristiwa pada 20-10-1981

Sesuatu Bengkel dapat memainkan peranan penting dalam membentuk idea-idea baru dan sebagainya untuk kebaikan sesuatu organisasi. Bagi Dewan Bahasa dan Pustaka, satu Bengkel Bahasa Malaysia Dalam Media Am telah diadakan untuk meluaskan penggunaan Bahasa Malaysia dan dapat diterima sebagai salah satu bahasa antarabangsa selaras dengan perkembangannya di rantau negara-negara ASEAN. Perasmian Bengkel tersebut telah dilakukan oleh Menteri Penerangan, Datuk Mohamad Rahmat pada hari ini 20.9.1981 bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Di antara matlamat utama Bengkel diadakan:

Menggalakan penggunan Bahasa Malaysia di dalam media am, yang mana boleh mencerminkan tahap dan mutu bahasa.

Untuk mengagungkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa rasmi negara dan memperkembangkan kegunaannya secara meluas dalam segala bidang.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian bengkel tersebut, Datuk Mohamad Rahmat menegaskan bahawa Malaysia telah memperkenalkan pengunaan Bahasa Malaysia dalam persidangan- persidangan serantau terutamanya berhubung dengan negara-negara Asean dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini. Usaha-usaha juga sedang dipergiatkan untuk memperluaskan penggunaannya ke sidang-sidang antarabangsa.

Tegas beliau lagi, usaha-usaha tersebut adalah sesuai dan tepat dengan masanya memandangkan masyarakat Melayu adalah ketiga besarnya di rantau Asia Tenggara dan sebahagian besar penduduk ASEAN pula adalah masyarakat yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai penulisan dan pertuturan. Diharap Bengkel yang diadakan akan dapat mempertinggikan mutu Bahasa Malaysia sebagai bahasa terkemuka di rantau ini khasnya dan dunia amnya.
 
FORUM PELANCONGAN ASEAN PERTAMA-Tarikh Peristiwa pada 20-10-1981

Pada hari ini 20.10.1981, Forum Pelancongan ASEAN yang pertama telah dirasmikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad bertempat di sebuah hotel di Genting Highlands. Forum yang diadakan ini adalah anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia (TDC), Persatuan Pelancongan ASEAN (ASEANTA) dan Persatuan Hotel dan Restoran ASEAN (AHRA). Di dalam ucapan beliau, Perdana Menteri menggesa negara-negara ASEAN berusaha bersama-sama mencari jalan memajukan lagi industri pelancongan di kalangan negara-negara anggota memandangkan industri tersebut mempunyai potensi besar untuk dimajukan. Sekalipun pelancongan bukan lagi satu bidang baru di rantau ini, sektor tersebut pada dasarnya masih belum dimajukan sepenuhnya. Dalam hubungan ini, terdapat beberapa kawasan pelancongan yang menarik di negara-negara ASEAN tetapi telah tidak diberi perhatian sewajarnya untuk dimajukan.

Selain daripada itu, negara-negara ASEAN juga mempunyai pelbagai jenis dan bentuk kebudayaan serta pemandangan yang menarik yang dapat menarik minat bukan sahaja penduduk tempatan tetapi juga pelancong dari negara luar. Perhimpunan pertama negara-negara ASEAN bagi memajukan pelancongan ini adalah satu bukti bahawa negara-negara ASEAN sentiasa bekerjasama dalam apa juga bidang demi mengukuhkan lagi kestabilan rantau ini. Apa yang diperlukan ialah satu bentuk pelancongan menyeluruh dan lebih agresif serta licin untuk dilaksanakan secara bersama di kalangan negara-negara ASEAN.
 
Back
Top
Log in Register