BTC USD 84,029.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah-18/10

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PERJANJIAN LOW DITANDATANGANI-Tarikh Peristiwa pada 18-10-1826

Pada hari ini dalam tahun 1826, Perjanjian Low telah ditandatangani di antara Sultan Abdullah Muazzam Shah, Sultan Perak dan Kapten James Low, pegawai yang dihantar oleh Gabenor Fullerton, Gabenor di Pulau Pinang ke Perak. Melalui Perjanjian Low ini, Sultan Perak menyerahkan Pulau Pangkor dan Pulau Sembilan kepada Kompeni Inggeris agar Kompeni Inggeris dapat menghapuskan lanun di situ. Perjanjian ini merupakan lanjutan daripada Perjanjian Burney, iaitu perjanjian yang ditandatangani oleh Kompeni Inggeris dan Kerajaan Siam pada 20 Jun 1826.

Di antara syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Burney adalah Siam dan Selangor tidak akan menyerang negeri Perak dan Perak bebas diperintahkan oleh Sultannya sendiri. Bagi menjelaskan syarat-syarat Perjanjian ini, Gabenor Fullerton telah menghantar Kapten James Low ke Perak. Kapten James Low telah mengaku kepada Sultan Perak bahawa Inggeris akan membantu Perak sekiranya Perak diserang oleh Siam. Kesan daripada Perjanjian Low ini, Raja Siam dan Ligor tidak lagi berani mengganggu Perak sehingga Perak berada di bawah naungan Inggeris melalui Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.
 
MAJLIS TAKLIMAT KHAS GERAKSARAF/PERANGSARAF PEGAWAI-PEGAWAI PENERANGAN NEGERI SEMBILAN/MELAKA/JOHOR DAN SELANGOR-Tarikh Peristiwa pada 18-10-1984


Taklimat atau penerangan mengenai geraksaraf / perang saraf untuk pegawai-pegawai penerangan bagi setiap negeri merupa asas utama untuk mewujudkan perpaduan rakyat di negara ini. Sehubungan dengan itu satu taklimat khas gerak saraf / perang saraf pegawai-pegawai penerangan Negeri Sembilan/Melaka/Johor dan Selangor telah diadakan bertempat di Kem Semangat, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Taklimat Khas Geraksaraf / Perang saraf tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan Dato’ Chan Siang Sun pada hari ini 18.10.1984.

Di antara matlamat utama taklimat khas tersebut diadakan ialah:

Untuk membolehkan peserta-peserta selaku komunikator mengetahui dengan sedalam-dalamnya bentuk ancaman musuh yang menggugat keselamatan negara terutamanya daripada pihak komunis, gejala-gejala dadah dan sebagainya.

Melatih pegawai-pegawai penerangan supaya bertanggungjawab untuk memenangi hati dan jiwa rakyat supaya mereka dapat bersama-sama dengan Kerajaan untuk membenteras musuh-musuh negara dari segenap peringkat.

Dalam ucapan perasmian Dato’ Chan Siang Sun berkata bahawa dengan adanya pengetahuan mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak-pihak musuh, sama ada dari dalam atau luar, maka adalah menjadi tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai penerangan untuk merancang strategi baru serta memberi keyakinan kepada rakyat dalam usaha memerangi musuh-musuh negara yang mengancam keselamatan negara. Jelas beliau lagi, Kementerian Penerangan sedang menyediakan beberapa program radio dan juga televisyen khususnya untuk mengeratkan lagi perpaduan masyarakat bagi mengatasi polarisasi kaum. Sesungguhnya dengan adanya Taklimat Khas tersebut diharap akan menambahkan lagi semangat cintakan negara oleh rakyat negara ini terutama di kalangan para belia yang bakal menjadi pemimpin negara.
 
PERASMIAN PAMERAN DAN KONVENSION ANTRABANGSA GASTECH `88 YANG PERTAMA KALI DIADAKAN DI MALAYSIA-Tarikh Peristiwa pada 18-10-1988

Gas asli merupakan salah satu sumber tenaga dan juga bahan eksport yang penting kepada negara. Pada tahun 1987 gas asli menyumbang kira-kira 18 peratus daripada sumber tenaga negara. Peratusan ini meningkat kepada 27peratus pada tahun 1990 dan dijangka mencapai 40 peratus menjelang tahun 2000. Perangkaan ini dinyatakan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad ketika merasmikan Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Gastech `88 di Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari ini 18 Oktober 1988. Pameran dan Konvensyen antarabangsa yang dirasmikan pembukaannya pada hari ini adalah yang pertama kali seumpamanya diadakan di Malaysia. Sejak mula diadakan pada tahun 1972 Pameran dan Konvensyen Gastech hanya diadakan di negara-negara Eropah, hanya pada tahun 1988 Malaysia telah diberi penghormatan untuk menganjurkan pameran dan konvensyen yang begitu bermakna ini. Semasa berucap merasmikan pameran ini Perdana Menteri menegaskan bahawa pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah tahun ini akan menyedarkan kita tentang peranan yang dibawa oleh sumber tenaga dalam bentuk gas asli ini. Secara tidak langsung dapat meredakan pergantogan kepada minyak dan arangbatu semata-mata. Satu strategi yang sesuai sedang dirangka untuk menyedarkan masyarakat terhadap potensi gas asli dan menyediakan infrastruktur bagi meningkatkan pengunaannya. Buat masa ini pasaran gas asli Malaysia agak terhad.

Oleh yang demikian kerajaan sedang menerokai kerjasama dengan negara-negara sekitar seperti Thailand dan Singapura untuk meluaskan ekesport ke negara-negara jiran ini. Usaha-usaha untuk menstabilkan harga dan mendapatkan pasaran baru perlu dibuat bagi mengekalkan pendapatan lumayan daripada sumber asli ini. Perdana Menteri juga berkata, sebagai sebuah negara pengeluar gas asli Malaysia sedang mencari teknologi-teknologi baru yang dapat membantu membangunkan industri berkenaan dan mengurangkan kos pengeluarannya. Cabaran ini harus dihadapi oleh negara untuk mempastikan pengeluaran gas asli sebagai sumber pendapatan negara dan sumber tenaga dapat diteruskan dan berkekalan untuk jangka waktu yang panjang.
 
CERAMAH PERTAMA MEMPERINGATI ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK
Tarikh Peristiwa pada 18-10-1977


Pada hari ini 18.10.1977 satu ceramah untuk memperingati Allaharham Tun Abdul Razak bin Hussein telah diadakan buat pertama kalinya di Universiti Malaya Kuala Lumpur. Ceramah ini disampaikan oleh Hakim E.M. Fernando dari Filipina dan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Ceramah yang diadakan ini merupakan siri ceramah tahunan yang dahulunya dikenali sebagai ceramah Peringatan Braddel tetapi ditukarkan dengan nama Tun Abdul Razak apabila ceramah ini diadakan di Kuala Lumpur. Datuk Seri Dr. Mahathir dalam mempengerusikan majlis tersebut menegaskan bahawa Allahyarham Tun Abdul Razak bukan sahaja merupakan seorang ahli politik tetapi juga seorang peguam yang berwibawa.

Beliau telah memilih untuk menggunakan latihan undang-undang yang diterimanya untuk faedah pentadbiran negara dan rakyat jelata. Menurut Datuk Seri Dr. Mahathir lagi, Allahyarham Tun adalah seorang ahli politik yang bijak, pentadbiran yang cekap dengan kebolehan untuk melaksanakan sebarang tugas dengan jaya dan berkesan. Kepada Malaysia beliau merupakan seorang negarawan yang banyak menyumbang jasa dan tenaga kepada bangsanya juga untuk dunia antarabangsa. Beliau juga memainkan peranan yang besar dalam menggubal perlembagaan sekarang yang telah digunakan sejak 20 tahun yang lalu. Tidak ketinggalan Allahyarham Tun adalah orang yang bertanggungjawab mengubal dasar Kanun Tanah Negara yang amat penting kepada pertubuhan pembangunan negara.
 
mcm2 la eboss ni
heheh
pe2 pn tq tuk info 2
yg pndek2 xdk ke
hahahah
 
hr ini dlm sejarah 1987 jugak aku lahir kedunia...

18/10/1987..

saaaayang ibu...

5380_1184106132127_1512457031_48386.jpg



*hope xoff-topic =)
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register