BTC USD 84,024.3 Gold USD 4,279.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah-11/10

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
MALAYAN UNION - KETIBAAN UTUSAN KHAS INGGERIS KE TANAH MELAYU -Tarikh Peristiwa pada 11-10-1945

Pada hari ini dalam tahun 1945, Sir Harold Mac Michael tiba di Tanah Melayu sebagai usaha-usaha terakhir menjayakan penubuhan Malayan Union. Beliau diutus khas untuk mendapatkan perkenan dan tandatangan DYMM Raja-raja Melayu sebagai tanda mempersetujui penubuhan gagasan Inggeris itu. Penubuhan Malayan Union telah diumumkan sehari sebelum ketibaan Mac Michael. Ia menyebabkan DYMM Raja-raja Melayu tidak berkesempatan untuk berfikir dan berunding dengan rakyat jelata. Melalui cara tipu helah dan ugutan oleh Mac Michael, beliau berjaya mendapatkan tandatangan tersebut yang dengan sendirinya mengesahkan penubuhan Malayan Union.

Tindakan Mac Michael itu telah menimbulkan kemarahan di kalangan orang-orang Melayu. DYMM Raja-Raja yang menyesali tindakan tersebut telah mengutus surat dan telegram ke London, menyuarakan rasa kesal dan murka atas tindakan Mac Michael. Malayan Union tidak dapat bertahan lama kerana orang Melayu telah menentang hebat pembentukannya yang jelas mengenepikan hak Raja-raja dan orang-orang Melayu. la merupakan satu kemenangan bagi orang-orang Melayu dalam perjuangan mengembalikan hak kedaulatan dan maruah bangsa.
 
PELANCARAN KEMPEN TEKNOLOGI MAKLUMAT (IT) -Tarikh Peristiwa pada 11-10-1997

Pada hari ini dalam tahun 1997, satu Majlis Pelancaran Kempen Teknologi Maklumat (IT) telah diadakan di Angkasapuri, Kuala Lumpur. Kempen ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad. Ketika berucap pada majlis pelancaran tersebut, beliau menyatakan bahawa bidang Teknologi Maklumat atau Information Technology (IT) merupakan revolusi yang ketiga selepas selepas revolusi pertanian dan perindustrian. Berikutan itu Malaysia, sedang berusaha gigih dan bersungguh-sungguh untuk memanfaatkan kuasa Teknologi Maklumat.

Menurut beliau lagi, Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) akan dijadikan kawasan bagi menguji pembangunan Teknologi Maklumat di Malaysia. Keunikan Teknologi maklumat ini terletak pada keupayaannya menyentuh setiap aspek kehidupan dan berkebolehan menukar masyarakat keseluruhannya. Penggunaan maklumat yang betul akan membolehkan kerajaan mencorak dasar-dasar, strategi –strategi dan tindakan-tindakan yang dapat memberi faedah besar kepada negara. Perdana Menteri juga, menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menyahut seruan dan menyokong inisiatif kerajaan dalam menggunakan Teknologi maklumat sejajar dengan kemajuan dan pembangunan negara.
 
KABINET MELULUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN RUSSIA-Tarikh Peristiwa pada 11-10-1967

Sejak negara mencapai kemerdekaan 41 tahun yang lalu, negara telah mengadakan hubungan diplomatik dengan pelbagai negara tanpa mengira soal fahaman sesebuah negara. Hubungan diplomatik akan memudahkan perhubungan di dalam soal-soal ekonomi dan sosial. Pada hari ini 11.10.1967, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman mengumumkan Kabinet telah meluluskan hubungan diplomatik dengan Russia di peringkat kedutaan. Pada masa yang sama Kerajaan Malaysia telah melantik perwakilan untuk menemui pegawai-pegawai Russia di Bangkok diketuai oleh Kedutaaan Malaysia di Bangkok.

Rundingan ini diadakan bertujuan menubuhkan Kedutaan Malaysia di Moscow dan Kedutaan Russia di Kuala Lumpur. Kedutaan kedua-dua negara akan dibuka tahun ini juga. Menurut Tunku Abdul Rahman perhubungan diplomatik yang diadakan ini bertujuan menggalakan lagi hubungan perdagangan di antara kedua-dua negara yang mula berkembang. Turut hadir semasa sidang akhbar tersebut wakil akhbar Tass iaitu akhbar rasmi Kerajaan Russia iatu Tuan Sergei Srivin. Kedatangan wakil-wakil akhbar Russia ini juga merupakan yang pertama kali dalam sejarah negara menerima wakil akhbar daripada Russia. Perkembangan dari semasa ke semasa kini, memperlihatkan perlunya hubungan dua hala yang lebih bukan setakat hubungan diplomatik semata-mata. Tetapi juga berkaitan dengan hubungan di bidang-bidang pemindahan teknologi dan ilmu pengetahuan.
 
PERSEMBAHAN BERSEJARAH BAGI MAKTAB PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM `FLIP CARDS' MERUPAKAN PERSEMBAHAN YANG JULUNG KALI DIADAKAN DI NEGARA INI-Tarikh Peristiwa pada 11-10-1993

Pada hari ini 11.10.1993, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI) Johor Bahru telah mempersembahkan pertunjukkan `Flip Card' (Pertunjukan kad imbasan) yang bertajuk kebebasan menuju kejayaan, sempena menyambut wawasan 2020. Persembahan tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad bertempat di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos, Johor Bahru.

Persembahan itu telah dijayakan oleh 500 orang guru-guru/pelatih semester satu dari MPTI dan ianya merupakan persembahan yang julung kali diadakan di negara ini. Dalam persembahan `Flip Card' itu, guru-guru pelatih telah mempamerkan sebanyak lapan gambar yang bertemakan `Kemahiran Belia Dalam Sains Teknologi dan Pemikiran'. Setiap gambar dipamerkan dengan iringan muzik yang diadunkan khas, deklamasi pelbagai bentuk puisi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta pertunjukkan laser.

Visual yang ditayangkan ialah bendera negeri Johor Darul Takzim, Wawasan 2020 - Wawasan Asas Kemajuan, Perindustrian/Teknologi Tinggi/Teknologi Maklumat, Save The Earth, Belia Kebebasan dan Kejayaan, Belia Persatuan dan Kebudayaan, Setia Bersama Rakyat dan Perkataan Allah. Sempena dengan kejayaan persembahan `Flip Card' tersebut, pensyarah-pensyarah dan guru-guru pelatih yang terlibat telah dianugerahkan satu sijil penghargaan oleh Kerajaan Negeri Johor dan satu sijil penghargaan dari Pengetua Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim. Sesungguhnya persembahan `Flip Card' yang dipersembahkan untuk tontonan ramai pada hari ini, adalah merupakan satu kejayaan MPTI dalam menghasilkan idea-idea baru dan bernas yang akan dapat dicontohi oleh maktab-maktab dan institusi-institusi lain dalam kerjaya mereka untuk berbakti kepada negara yang tercinta.
 
PEMBUKAAN MAKTAB PERGURUAN MELAYU MATANG, PERAK-Tarikh Peristiwa pada 11-10-1913

Pada hari ini 11.10.1913, Maktab Perguruan Melayu Matang telah pun dibuka dengan rasminya. Maktab yang terletak 9.6 km dari Taiping ini didirikan di bangunan yang berasal daripada Istana Encik Long Jaafar. Memandangkan Maktab Perguruan Melayu Melaka telah menunjukkan perkembangan yang menggalakkan, ia telah menarik perhatian Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak untuk menubuhkan Maktab Perguruan di Perak dalam bentuk yang sama. Maktab ini merupakan maktab kedua sebagai penyambung usaha Maktab Singapura yang telah terhenti perjalanannya. Maktab ini ditubuhkan untuk mengatasi kekurangan guru di Negeri-negeri Selat dan dikhususkan kepada penuntut-penuntut Perak sahaja. Maktab Matang kemudiannya meluaskan pengambilan penuntut-penuntut dari Negeri-negeri Selat dan Negeri Bersekutu. Maktab ini pada mulanya melatih seramai 25 orang pelatih setiap tahun. Dalam jangkamasa penubuhannya, ia telah berjaya mengeluarkan seramai 200 orang guru.

Tiap-tiap seorang penuntut menerima sebanyak $1.50 sebulan sebagai wang saku yang kemudiannya dinaikkan menjadi $3.00. Mereka diuji kebolehan dalam bidang pelajaran kira-kira, bacaan, tulisan, papan hitam, pengetahuan am dan lukisan peta. Pada tahun 1920, mata pelajaran perkebunan pula telah diperkenalkan. Maktab ini menjalankan sistem pelajaran dengan mengadakan ujian pada setiap minggu dan ujian terakhir dijalankan oleh pemeriksa luar. Selain daripada menjalankan kursus 'memerhati' untuk guru-guru pelawat, penolong guru-guru pelawat, maktab ini juga ikut ditugaskan melatih calon Penolong Melayu Nazir Sekolah-sekolah dalam bidang perkhidmatan Pelajaran Melayu. Sebagai satu usaha menseragam dan memusatkan latihan-latihan perguruan, maktab ini akhirnya ditutup pada tahun 1922 bila Maktab Perguruan Sultan Idris sedia menjalankan tugasnya.
 
11/10/2009 : PRK Bagan Pinang :D:D:D
 
Back
Top
Log in Register