PDA

View Full Version : Boleh Ke Orang Luar Nak Beli Tanah Di Kelantan?

Norfazli
07-10-2009, 01:16 PM
Saya nak tanya kawan-kawan kat kelantan yang arif tentang jual beli tanah di Kelantan

Boleh ke orang luar ingin membeli tanah di Kelantan?

Sebabnya aku ingat nak ajak bini aku melabur hartanah di kelantan.Tapi bini aku orang K.L,aku orang Kelantan

Tak best pulak kalau nak letak atas nama aku kat geran tanah atau rumah tu

Ada sesiapa boleh tolong bagi pendapat?

Pak Wan
07-10-2009, 04:58 PM
aku org kedah...so takleh la nak komen...

Norfazli
07-10-2009, 05:00 PM
aku org kedah...so takleh la nak komen...

boleh komen...:)

oldskoolrocka
07-10-2009, 05:01 PM
xbole kot?:-?:-?

Ahmad07
07-10-2009, 05:01 PM
boleh jer... Kelantan takde masalah... ade duit, beli la...

Kalo sabah sarawak tu aku tak pasti, sebab nak masuk sana pun kene ade passport... nak keje sana kene ade permit keje... nak dapat lesen bukak kedai sana wajib penduduk sana...

irsaffy
07-10-2009, 05:03 PM
skrg dh boleh kot..

Pak Wan
07-10-2009, 05:04 PM
ya betoi...org luar tak boleh beli tanah kat sabah... kat kelantan ok je aku rasa... tapi kompius boleh ke beli kat N9? Tanah adat?

Pak Wan
07-10-2009, 05:05 PM
Tok guru kata ni bumi Allah... ada duit beli la...

Norfazli
07-10-2009, 05:06 PM
ya betoi...org luar tak boleh beli tanah kat sabah... kat kelantan ok je aku rasa... tapi kompius boleh ke beli kat N9? Tanah adat?

saya sebagai orang kelantan,ok aje nak beli tanah

tapi bini saya yang nak beli tanah tu

eboss
07-10-2009, 05:07 PM
apsal tak boleh lak

Ahmad07
07-10-2009, 05:07 PM
skrg dh boleh kot..

Sejak bila???

tak pernah dengar pulak pasal larangan orang luar takleh beli tanah kat klantan... makcik n pakcik aku pun ramai bukan asal klantan, boleh jer beli rumah & tanah kat sini...

arwah atuk aku pun bukan asal klantan, mase die meninggal, banyak jugak die tinggal tanah2 kat anak2 die...

Norfazli
07-10-2009, 05:08 PM
apsal tak boleh lak

saya dengar cerita orang luar takleh beli tanah kat kelantan:-?

Ahmad07
07-10-2009, 05:09 PM
saya dengar cerita orang luar takleh beli tanah kat kelantan:-?

mane der bro.. boleh jer...

rudeen
07-10-2009, 05:23 PM
sapa-sapa nak beli tanah kelantan kena IC 03,kalau tidak kena angkat sumpah dulu sebab proses tukar nama tidak dapat dilakukan di pejabat tanah.Kesimpulannya boleh beli tapi kena angkat sumpah dulu.

fathiMZ
07-10-2009, 05:24 PM
on jer kalau nak beli asalkan berduit...

Norfazli
07-10-2009, 05:27 PM
sapa-sapa nak beli tanah kelantan kena IC 03,kalau tidak kena angkat sumpah dulu sebab proses tukar nama tidak dapat dilakukan di pejabat tanah.Kesimpulannya boleh beli tapi kena angkat sumpah dulu.

yeke......

hondapuma
07-10-2009, 05:29 PM
aku punya kes lagi penin..d.o x nak sign...wife aku lahir sabah..mak ayah org kelantan..dah 6 bulan sangkut tukar hak milik..sebab surat kelahiran wife yang lahir kat sabah x dak no ic ayah dia..la tengah tunggu pembetulan dari jpn untuk tambah no ic ayah dia kat dalam sijil kelahiran...makan 3 bulan jugak..tension:((

CL's
07-10-2009, 05:31 PM
setahu pemikiran kawe nie org luar tak leh beli tanah kat klate kecuali kalau IC dia 03....sori kalau salah.....nnt ambo update kalau ada akta....

CL's
07-10-2009, 05:34 PM
setahu pemikiran kawe nie org luar tak leh beli tanah kat klate kecuali kalau IC dia 03....sori kalau salah.....nnt ambo update kalau ada akta....
nie aku quote dari thread sebelah...

Ya bro.. dah termaktud dalam Akta Tanah yang mana tanah di Kelantan cuma boleh dimiliki oleh anak kelahiran Kelantan atau pemastautin di Kelantan selama 15 tahun** (perlu disahkan melalui surat sumpah).

Penama Syarikat boleh mencuba untuk membeli tanah di Kelantan dan melakukan prosedur pengisian Borang 14A seperti biasa, namun fail tersebut akan melalui tapisan EXCO terlebih dahulu untuk kelulusan. Perlu ditegaskan tiada jaminan kelulusan akan dikeluarkan.

rujuk;

Enakmen Tanah Kelantan 1938 (http://ptg.kelantan.gov.my/main/kaedah/Enakmen%20Tanah%20Kelantan%201938.pdf)
Kaedah-Kaedah Tanah Kelantan 1966 (http://ptg.kelantan.gov.my/main/kaedah/Kaedah-Kaedah%20Tanah%20Kelantan%201966.pdf)

**perbetulkan jika jumlah tahun itu silap.

rudeen
07-10-2009, 05:35 PM
yeke......

aik takkan org duk kelantan tak tahu pasal ni.

Sapa-sapa yang tak pasti perkara ni boleh call pejabat tanah daerah.

hondapuma
07-10-2009, 05:37 PM
aku rasa betul tu..masa kes aku tu ..d.o suruh mohon melalui exco..aku cakap..masaalahnya mak bapak wife aku anak jati kelantan

Norfazli
07-10-2009, 05:38 PM
aik takkan org duk kelantan tak tahu pasal ni.

Sapa-sapa yang tak pasti perkara ni boleh call pejabat tanah daerah.

kawe tak reti bab tanoh ni :D

Norfazli
07-10-2009, 05:39 PM
nie aku quote dari thread sebelah...

thank you...:)

CL's
07-10-2009, 05:41 PM
ini bagi menjaga kepentingan rakyat kelate...sbb tu tanah klate gak takleh org cina beli...kecuali cina yg pure kat Gua Musang....cina Bumiputera....kalau tak..dia kena kawen ngan org siam klate....baru buleh beli tanah guna nama wife dia atau anak dia.....

Norfazli
07-10-2009, 05:43 PM

oh...gitu

baru kawe paham...

klleman
07-10-2009, 05:50 PM
TGNA kene pinda akta yg asobiyah ni.... komen aku la... sbb dale isle mano ada kanun asobiyah lagu ni...

bro_salleh
07-10-2009, 06:03 PM
Org luar tak boleh beli kecuali da menetap di kelate lebey 15 thn...pakcik aku A.D.O yg btau..ini untuk menjaga kepentingan rakyat negeri kelantan sendiri..yer la..org kelate kan msikin...nnt abih la tanah kena beli ngan org luar..:D

klleman
07-10-2009, 06:23 PM
Org luar tak boleh beli kecuali da menetap di kelate lebey 15 thn...pakcik aku A.D.O yg btau..ini untuk menjaga kepentingan rakyat negeri kelantan sendiri..yer la..org kelate kan msikin...nnt abih la tanah kena beli ngan org luar..:D

Kalau Pahang ada kanun tanah lagu ni baru bagus.....

abahmu
07-10-2009, 06:29 PM
penama mesti la org kelantan..kecuali mereka telah menetap di sini melebihi 15 tahun

beberapa keistimewaan diberi kpd org luar kelantan utk beli tanah kat kelantan sekiranya mereka bekerja di sektor kerajaan..samada kerajaan negeri atau pusat..dan yg terpilih..mgkn boleh semak di SUK atau pejabat tanah jabatan kerajaan mana..

dan jugak mereka boleh membeli rumah2 waktu ada MAPEX ...kelebihan pemaju yg join MAPEX mereka akan diberi sijil sah hingga 6 bulan utk membenarkan org luar kelantan beli rumah di kelantan..

abahmu
07-10-2009, 06:32 PM
TGNA kene pinda akta yg asobiyah ni.... komen aku la... sbb dale isle mano ada kanun asobiyah lagu ni...

akta tanah ni dh lama dh wujud..tahun 60an lg..hanya ada 2 negeri yg mcm ni..kelantan dan sabah...mmg kerajaan ada kajian utk menggubal akta ini...semasa MAPEX baru2 ni TGNA bgtau..harap2 ianya menjadi kenyataan...tp mslhnya kena dpt kelulusan istana plak...ini yg susah skit...

topoii03
07-10-2009, 06:38 PM
beli tanah tuk tanam bunga gerenti buleh punya....no hal hehehe...ops

peija06
07-10-2009, 06:40 PM
kene kawin ngan org kelahiran kelantan bleh kot..:-?

mesir
07-10-2009, 07:01 PM
Enakmen Tanah Kelantan mmg dah lama wujud. Akta tanah bagi negeri persekutuan dinamakan Kanun Tanah Negara (KTN), dan di Kelantan terdapat tambahan Enakmen Tanah Kelantan. KTN adalah juga tergunapakai di Negeri Kelantan namun jika terdapatnya berlawanan klause di dalam Enakmen Tanah Kelantan dan KTN, Klause Enakmen Tanah Kelantan adalah digunapakai. Ini bermaksud Enakmen Tanah Kelantan adalah lebih besar kuasanya dari KTN.

Di negeri Kelantan, tanah Kerajaan tidak boleh diberimilik kepada orang yang bukan anak Kelantan seperti yang ditakrifkan dalam Enakmen Tanah Kelantan, 1938 tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Negeri. Peruntukan ini dipelihara melalui Jadual Kedua Belas KTN.

Norfazli
07-10-2009, 08:02 PM
penama mesti la org kelantan..kecuali mereka telah menetap di sini melebihi 15 tahun

beberapa keistimewaan diberi kpd org luar kelantan utk beli tanah kat kelantan sekiranya mereka bekerja di sektor kerajaan..samada kerajaan negeri atau pusat..dan yg terpilih..mgkn boleh semak di SUK atau pejabat tanah jabatan kerajaan mana..

dan jugak mereka boleh membeli rumah2 waktu ada MAPEX ...kelebihan pemaju yg join MAPEX mereka akan diberi sijil sah hingga 6 bulan utk membenarkan org luar kelantan beli rumah di kelantan..

penama bukan orang kelantan

tak pernah menetap di kelantan

tapi takpelah

kena beli atas nama saya ni:)

zulkifly2z
07-10-2009, 08:17 PM
ado pitih bleh beli blako.....hok xleh jad bleh.....

CL's
07-10-2009, 08:20 PM
TGNA kene pinda akta yg asobiyah ni.... komen aku la... sbb dale isle mano ada kanun asobiyah lagu ni...
nie masalah akta yg dulu punyer...istana yg buat kalau tak silap...utk mengelakkan tanah klate digomoli sewenangnya seperti yg berlaku di Johor yg mana org Singapore pun leh beli.....bagus buat mcm nie....kira mcm hak keistimewaan ore klate la....tak perlu gubal balik bagi pandangan kawe....molek sgt doh.....:)cgrock:)cgrock

jasma
07-10-2009, 08:21 PM
aku kena tunggu 5 thn je lg.....:D

GPK1
07-10-2009, 09:27 PM
Boleh beli la. siap ada papan tanda sekali dia tulis dijual runcit..papan tanda ini ada 1km dari UITM machang (Kg Sungai Mas)

sERaiTok
07-10-2009, 09:31 PM
tanah di klate hanya boleh dimiliki oleh anak negeri kelahiran klate shj..
org luar boleh beli dgn syarat menetap di klate melebihi 16 tahun dan mendapat kelulusan exco ...

mr_x6006
21-04-2012, 07:19 AM
Skrg dah de syarat baru tak?

fitxv
21-04-2012, 07:40 AM
mak sedara aku orang sarawak dan laki dia orang perak... keja lama kat kelantan. dah dapat beli umah kat sana

tp memang susah klau org luar nak beli umah kat sana... aku ada dgr pasal mslah nie..

forexian
21-04-2012, 10:52 AM
huhu ni lebih kurang sama kes mcm tanah adat kat nogori je ni...

tok_jogho
21-04-2012, 11:21 AM
org luar yg nak beli tanah kat kelantan mesti ic alamat kelantan dan menetap kat sana lam 5 tahun....

matjan05
21-04-2012, 12:43 PM
beli je lagipun tanah kat kelantan lagi murah... 95% masih rezab melayu lagi

ilhamic
21-04-2012, 12:53 PM
blh je org luar nak beli, tp kena menetap kat sana la..
klu x silap 10 taun kot..

kena dpt pgesahan penghulu, yg kita menetap di kelate mlebihi tmpoh yg dittapkan..