BTC USD 83,580.3 Gold USD 4,256.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah-05/10

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PESAWAT PERTAMA BUATAN MALAYSIA EAGLE X-TS DIPERKENALKAN-Tarikh Peristiwa pada 05-10-1993

Pada hari ini dalam tahun 1993, pesawat pertama buatan Malaysia, Eagle X-TS telah diperkenalkan. Ia telah dikeluarkan daripada tempat simpanan kapal terbang Henderson dekat Perth, Australia Barat. Pada mulanya, Projek Eagle X-TS dijalankan oleh sebuah Syarikat Australia tetapi telah mengalami beberapa masalah. Selepas itu, sebuah syarikat Malaysia milik penuh Perbadanan Menteri Kewangan iaitu Composite Technology Research (Malaysia) Sdn. Bhd. Telah menyelamatkan projek tersebut apabila ia membeli 50 peratus saham Syarikat Australia itu pada Disember 1990.

Pembabitan Malaysia dalam projek tersebut bukan sahaja dalam bentuk pertambahan modal malah membabitkan pengurusan, kawalan mutu dan pengeluaran. Sepasukan jurutera, juruteknik dan pengurus Malaysia telah dihantar untuk membina pesawat tersebut dengan bantuan pihak Australia. Pembinaan pesawat Eagle X-TS memakan masa dua setengah tahun. Sesungguhnya, penciptaan pesawat Eagle X-TS buatan Malaysia diharap akan dapat meningkatkan lagi pembabitan Malaysia dalam perindustrian kapal terbang. Kejayaan ini telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
 
PEMBENTUKAN MAJLIS KERJA TERTINGGI PERIKATAN-Tarikh Peristiwa pada 05-10-1957

Pada hari ini dalam tahun 1957, Perikatan Tanah Melayu, yang terdiri dari parti-parti UMNO, MCA dan MIC telah membentuk Majlis Kerja Tertinggi. Majlis ini di anggotai oleh 6 orang daripada UMNO, 5 orang daripada MCA dan 3 orang daripada MIC. Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman bertindak sebagai Pengerusinya manakala Encik T.H.Tan sebagai Setiausaha. Tujuan pembentukan Majlis Tertinggi Perikatan adalah untuk mengukuhkan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru dua bulan mencapai kemerdekaan. Kemenangan Perikatan bagaimanapun tidak menjamin kekuatannya lantaran digugat oleh perbalahan di kalangan anggota-anggotanya. Pembentukan majlis ini perlu untuk mengukuhkan disiplin di kalangan ahli agar isu-isu sensitif tidak digunakan bagi kepentingan politik perseorangan.

Majlis Kerja Tertinggi telah diberi mandat untuk memecat mana-mana ahli Parti Perikatan yang melanggar disiplin, juga menentukan dasar kerajaan melalui cadangannya dalam bidang ekonomi sosial, pelajaran dan pembangunan. Objektif Majlis Kerja Tertinggi Perikatan tercapai apabila Parti Perikatan menang besar dalam Pilihanraya Umum 1959. Kerjasama yang rapat di antara pemimpin daripada parti UMNO-MCA-MIC ini telah dapat menyelesaikan sebarang perselisihan faham bagi menjamin kemerdekaan negara dipertahankan.
 
PEMBUKAAN RASMI BANGUNAN MAKMAL BARU IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA-Tarikh Peristiwa pada 05-10-1957


Pada hari ini 5.10.1957, bangunan makmal baru Ibu Pejabat Jabatan Kimia telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra. Jabatan Kimia ialah sebuah makmal yang memberikan khidmat pencerakinan, menyiasat dan memberi nasihat kepada semua agensi kerajaan yang memerlukan nasihatnya. Di antara jabatan yang menggunakan perkhidmatan ini ialah Jabatan Polis, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kastam dan Jabatan Kerjaya. Pada tahun 1928, makmal Kimia ditubuhkan untuk Jabatan Kastam dan Perdagangan bagi mengambil alih kerja-kerja rutin seperti mengesan candu, arak dan todi. Ini adalah kerana didapati Bahagian Kimia dan Institut Penyelidikan Perubatan yang menjalankan kerja analisa telah jauh terasing dari masalah penyelidikan perubatan dan telah menjadi makmal analisa rutin yang utama. Bangunan makmal baru Ibu Pejabat Jabatan Kimia yang dibuka pada hari ini dalam tahun 1957 merupakan bangunan baru yang dibina bagi menggantikan bangunan Jabatan Kimia kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1946. Bangunan lama ini terletak di tingkat atas bangunan keretapi di Jalan Brickfield dan digunakan selama hampir 30 tahun.

Ia mengambil alih semua kerja yang telah dibuat sebelumnya dan juga kerja-kerja rutin di IMR yang bukan berkaitan dengan perubatan untuk jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Kerja dari IMR ini termasuklah pemeriksaan kimia sampel-sampel air dan sampel medico-legal untuk pihak polis. Bangunan baru dua tingkat pula, telah ditempatkan di Petaling Jaya. Sebahagian dari makmal ini berhawa dingin dan disediakan dengan kelengkapan fizikal yang moden. Dengan pembukaan rasmi bangunan ini oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra pada hari ini dalam tahun 1957, dapatlah Jabatan Kimia memberikan khidmat kepada agensi kerajaan yang memerlukannya dengan lebih sempurna lagi.
 
wo0t. banyak nye sejarah baru. thanks for your great info.
 
Back
Top
Log in Register