PDA

View Full Version : P RAMLEE - Legenda yang akan terus dikenang !


line of three
28-11-2006, 11:00 AM
Gua adalah salah seorang dari jutaan peminat filem2 TanSri P Ramlee..legenda filem melayu kite..
Banyak filem2nya yang masih ditayangkan sehingga ke hari ni..

Mari kita berkongsi pengalaman, pengetahuan dan malumat mengenai legenda terbilang negara ini..

Filem ape yg paling korang suke? kenapa dan apa maksud yang tersirat dalam filem2 Allahyarham?

P/S Al-Fatihah untuk Allahyarham..semoga rohnya dicucuri rahmat!

azlann1981
28-11-2006, 11:19 AM
Gua adalah salah seorang dari jutaan peminat filem2 TanSri P Ramlee..legenda filem melayu kite..
Banyak filem2nya yang masih ditayangkan sehingga ke hari ni..

Mari kita berkongsi pengalaman, pengetahuan dan malumat mengenai legenda terbilang negara ini..

Filem ape yg paling korang suke? kenapa dan apa maksud yang tersirat dalam filem2 Allahyarham?

P/S Al-Fatihah untuk Allahyarham..semoga rohnya dicucuri rahmat!

aku minat betul dgn filem P.Ramlee nie terutama sekali filem yang dia lakon masa dah berumur sikit(P.Ramlee masa gemuk)berbanding dgn filem dia masa dia berlakon muda2 dulu(time badan dia kurus)..

sNarFy
28-11-2006, 11:27 AM
Walaupun filem dia hitam putih, tapi lawak nyer asli dan tulen dan selalu bertukar-tukar.. bukan macam citer RAZAK MOHAIDEEN... yg sangat laa sama je.. naik muak aku..

azlann1981
28-11-2006, 11:30 AM
filem P.Ramlee nie tengok banyak kali pun tak boring..berbeza dgn filem2 skrg yang kita tengok 2 kali je dah rasa boring dah...

line of three
28-11-2006, 11:31 AM
Tapi filem mana yang korang ase paling best dan meninggalkan kesan?

sNarFy
28-11-2006, 11:33 AM
Filem yg lawak lawak la..meninggalkan kesan.. :D

azlann1981
28-11-2006, 11:37 AM
Antara filem P.Ramlee yang aku minat;

1. Ali Baba Bujang Lapok ( sebab filem nie la aku mula kenal P.Ramlee...filem2 p.ramlee yang mula2 sekali aku tengok..masa tu umur aku darjah 3 kalo tak silap.)

2. Tiga Abdul.
3. Laksamana Do Re Mi.

Aku sebenarnay lebih minat kat filem p.ramlee yang komedi je..yang sedih2 dan yang serius2 tu aku kurang sikit.

line of three
28-11-2006, 11:38 AM
gua suka Antara 2 Darjat...

zuljaalaa
28-11-2006, 11:39 AM
semua citer lawak aku suke.. citer tak lawak aku tak suke

cairel77
28-11-2006, 11:40 AM
Tapi filem mana yang korang ase paling best dan meninggalkan kesan?

filem yg aku takkan boring tengok sampai bila2 dan sentiasa meninggalkan kesan pada aku.

Bujang Lapok
Seniman Bujang Lapok
Pendekar Bujang Lapok
Ali Baba Bujang Lapok

Nujum Pa' Belalang
Madu Tiga
Ibu Mertuaku
Ahmad Albab
Keluarga 69
Labu labi
Nasib Labu Labi
Anakku Sazali
3 Abdul

cairel77
28-11-2006, 11:43 AM
dialog apa yg paling korang minat r? hehehe

line of three
28-11-2006, 11:46 AM
dialog apa yg paling korang minat r? hehehe

jolok motosikal yer bang???

cairel77
28-11-2006, 11:47 AM
Pencuri 1: 1 untuk aku, 1 untuk engkau, 2 untuk aku, 2 untuk engkau, 3 untuk aku, 3 untuk engkau, 4 untuk aku, 4 untuk engkau...

Pencuri 2: Haii.. ini macam kira, berapa lama mau habis.. Pegang.. aku kira..1 untuk engkau.. 1 untuk aku, 2 untuk engkau 2 untuk aku, 3 untuk engkau, 3 untuk aku.. lepas 3 apa

Pencuri 1: hentam sajalah

Pencuri 2: hentam sajalah untuk kau , hentam sajalah untuk aku, lepas hentam sajalah..

Pencuri 1: bedallah

Pencuri 2: bedallah untuk kau, bedallah untuk aku

Pencuri 1: ehh .. dalam dunia mana ada huruf bedallah

Pencuri 2: ehh.. dalam dunia mana ada huruf bedallah untuk kau, ehh.. dalam dunia mana ada huruf bedallah untuk aku

Pencuri 1: ehh .. apa da

Pencuri 2: ehh.. apa da untuk kau, ehh.. apa da untuk aku

Pencuri 1: ehh .. dia ni

Pencuri 2: ehh.. dia ni untuk kau, ehh.. dia ni untuk aku

Pencuri 1: ehh .. kau nak mampus yer

Pencuri 2: ehh.. kau nak mampus yer untuk kau, ehh.. kau nak mampus yer untuk aku

Pencuri 1: kepala ***** engkau

Pencuri 2: kepala ***** engkau untuk kau, kepala ***** aku untuk aku

Pencuri 1: aku bagi karang

Pencuri 2: aku bagi karang untuk kau, aku bagi karang untuk aku

Pencuri 1: eh eh eh

Pencuri 2: eh eh eh untuk kau, eh eh eh untuk aku

:D :D :D

line of three
28-11-2006, 11:48 AM
Mak aih..lu siap hafal nih..

Betul gila P ramlee nii

cairel77
28-11-2006, 11:56 AM
Haji: Mau minum apa tuan ?

Majistret Labi: aa… jin and tonic..

Haji: tuan ?

Dr. Labu: aaa… iblis tonic…

Haji: iblis tonic mana ada tuan

Dr. Labu: a .. aa.. give me .. satan and tonic…

Haji: satan lagi tak ada tuan..

Dr. Labu: then .. give me Haji Bakhil and tonic.. get outt…

line of three
28-11-2006, 11:57 AM
hakhak..gua teringat koboi mintak susu..

azlann1981
28-11-2006, 12:29 PM
hakhak..gua teringat koboi mintak susu..
jessy james hutang nasik lemak 30sen tak bayar...

line of three
28-11-2006, 12:35 PM
jessy james hutang nasik lemak 30sen tak bayar...

Hakhak..gua suke gak yg tu..

cairel77
29-11-2006, 02:22 PM
SUDIN: Makcik.. Makcik !!.. encik !!.. Encik ni cakap.. PakMat …wroooooooo ruhhhhhh kelepok.. kecepar ..
pon pon pon… Belanggar !!! motokar..

MAKCIK: Pak Mat kau selalu begitu .. naik basikal.. tak pernah naik motokar ..

SUDIN :(Nada Geram)… Pak Mat Tempe Belanggar dengan motokarrrrrRRRR...

aunpower
06-12-2006, 06:19 PM
lakonan rawah m zain ngan p ramlee dalam labu-labi memang aku minat gile.... jadi koboi ngan jadik tarzan.. lawak gilee...

Syed_Ikhwan
18-12-2006, 12:05 PM
Respect gile ngan Tan Sri P Ramlee.

syaqiq2312
23-02-2008, 03:25 AM
tak da siapa ker yg ada link untuk download movie p ramlee niee???

dino
23-02-2008, 03:39 AM
Jom layan Dr Asmadi kat astro Ria sekarang....... :D

metaaura
23-02-2008, 03:42 AM
Jom layan Dr Asmadi kat astro Ria sekarang....... :D

dr asmadi ya/

lame tak borak ngan tok imam.. ;;)

NEMO
23-02-2008, 05:32 AM
Jom layan Dr Asmadi kat astro Ria sekarang....... :D

dr asmadi>:) >:) >:) ada aksi berbikini kat ranjang tu..

skinny jeans
23-02-2008, 11:46 AM
syg sama tan sri p.ramlee...

z3t_ex
03-03-2008, 04:41 PM
yg aku tau,aku sma tarikh lahir ngan p.ramlee..
ngeh3..mmg minat gila,smpai skrg pn masi t'gelak
kalo tgk filem dia..