Liquid Memenangi The International 7 Membawa Pulang RM 46 Juta

13-08-2017 09:46 PM top5complete#1


Acara tahunan The International yang menyaksikan pertarungan diantara pasukan-pasukan Dota 2 yang terhandal telahpun bermula pada minggu lalu. Selepas seminggu mereka berentap, akhirnya pasukan Liquid telah menjuarai kejohanan ini.

Pada pertandingan akhir, pasukan Liquid telah bertarung dengan pasukan Newbee dan memenangi 3-0 sebelum memperoleh tempat pertama. Pasukan ini yang kebanyakannya dari Eropah telah memulakan pertandingan didalam ‘Lower Bracket’, seterusnya menaiki ke tahap yang lebih tinggi sebelum mencapai pertandigan akhir.

Liquid akan membawa pulang hadiah juara iaitu $10,806,301 Juta ( ~ RM 46 Juta ) dan ini merupakan nilai yang tertinggi bagi kejohanan E-Sukan sehingga sekarang.

Paid Advertisement
13-08-2017 09:54 PM Niyang#2
perghhh gamer jutawan..
13-08-2017 09:57 PM top5complete#3
Quote:
Originally Posted by Niyang View Post
perghhh gamer jutawan..
siapa kata main game ni buang masa.. kalau kita dapat support dari parents. fokus training.. boleh buat duit wo
13-08-2017 10:00 PM zerovirus#4
hari bape kali diaorg play .. berlatih

aku main pun naik pening
13-08-2017 10:05 PM pecot85#5
aku cuma nak tau source duit hadiah penganjur dapat dari mana?
13-08-2017 10:55 PM kopirait#6
Quote:
Originally Posted by pecot85 View Post
aku cuma nak tau source duit hadiah penganjur dapat dari mana?
sama macam sukan lain.
sponsorhip.
13-08-2017 11:53 PM chiro#7
naib juara dapat berapa
13-08-2017 11:56 PM tomie#8
Quote:
Originally Posted by top5complete View Post
siapa kata main game ni buang masa.. kalau kita dapat support dari parents. fokus training.. boleh buat duit wo
tu la..
memba ceq..masa skolah men dulu...thn 90 an
dia mmg otai game
bagi pi game apa pun..sat ja bleh perabis... :))


skrg dia lebih memilih karier sebagai guru sains :D
14-08-2017 12:00 AM Hayy#9
duit hadiah tu dari sponsor game.
n pool dari gamers2 yg beli in game item.

terbaik liquid. miracle power!
14-08-2017 12:12 AM kopininja#10
Mind control power push tower

Jgn bagi die guna prophet

Haha
Sponsored Links