Coklat 'Eyeglass With Candy' halal - JAKIM

20-03-2017 02:18 PM TXT#1


COKLAT Eyeglass With Candy keluaran Goodfood Industries Sdn Bhd adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah sehingga kini

Quote:
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan dakwaan coklat Eyeglass With Candy mengandungi bahan ramuan daripada sumber haram seperti yang disebarkan di media sosial sebelum ini

Bahagian Hab Halal JAKIM memaklumkan, coklat Eyeglass With Candy keluaran Goodfood Industries Sdn Bhd adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah sehingga kini

"Salah faham timbul apabila pengguna tidak memerhati dengan jelas label sebenar yang tertera 'free from pig's products and its Derivatives' (bebas daripada produk **** dan asal usulnya)

"Semua perlu mengetahui bahawa proses pengeluaran SPHM mengambil kira setiap ramuan dan proses berkaitan pengeluaran sesuatu produk dengan teliti, membabitkan pakar syariah dan teknologi makanan, " katanya dalam kenyataan, hari ini

Justeru, JAKIM menasihatkan pengguna supaya memeriksa status halal sesuatu produk melalui pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk di laman web www.halal.gov.my dan aplikasi telefon pintar MyJakim, selain mendapatkan penjelasan mengenai isu halal yang tular di Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM

"Jadilah pengguna yang bijak sebelum menyebar dan berkongsi sesuatu isu halal yang tersebar dengan merujuk pihak berwibawa agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah sesama ummah," katanya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/262075
Quote:
Originally Posted by penhitam View Post




tukang viral mata senget rasanya...tulisan FR hilang kena gam lidi tu
Paid Advertisement
20-03-2017 02:20 PM cek mek molek#2
dah lama berzaman coklat ni, ada lagi sampai sekarang
20-03-2017 02:48 PM penhitam#3




tukang viral mata senget rasanya...tulisan FR hilang kena gam lidi tu
20-03-2017 02:52 PM cek mek molek#4
Quote:
Originally Posted by penhitam View Post

tukang viral mata senget rasanya...tulisan FR hilang kena gam lidi tu
tu la tuan. dia tak sempurna baca, pastu tularkan dengan tuduhan tak berasas mmg silap la
20-03-2017 02:57 PM babyblacky#5
FREE from pig's product nie...FR die x nampak
20-03-2017 02:59 PM black_apple#6
Quote:
Originally Posted by cek mek molek View Post
tu la tuan. dia tak sempurna baca, pastu tularkan dengan tuduhan tak berasas mmg silap la
biase la manusia...dh jatuh hukum dulu seblum siasat sepenuhnya..
tp x la sume cmtu..
20-03-2017 03:14 PM stillFX#7
emmm... tak tau nak kata apa dah... tukang viral ni kena umum balik dalam FB beliau... yang beliau dh tersalah viral. Agaknya kena saman dng pengilang tak?
20-03-2017 03:55 PM isteri_aku#8
Quote:
Originally Posted by cek mek molek View Post
dah lama berzaman coklat ni, ada lagi sampai sekarang
Dulu kecik2 lps abes makan cokolat dia, ikat 2 getah kat lubang tepi tu buat topeng. Skrg dah ada anak pon aku buat lg bende sama...anak pon sibuk join keh keh keh
20-03-2017 03:58 PM cek mek molek#9
Quote:
Originally Posted by isteri_aku View Post
Dulu kecik2 lps abes makan cokolat dia, ikat 2 getah kat lubang tepi tu buat topeng. Skrg dah ada anak pon aku buat lg bende sama...anak pon sibuk join keh keh keh
a'ah samala kita haha :D. masa kecik kecik dulu beli byk byk, lepas makan tu buat topeng hahaha :)):))
20-03-2017 04:01 PM TT#10
.pig mmg sensitif. ptot xde word tu lgsung. olahla ayat ganti lain. org kita ni pantang nampak. mmg malu gile la sbb kesengalan org cmni
Sponsored Links