BTC USD 66,568.5 Gold USD 2,413.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BUNDESLIGA Bayer Leverkusen Cipta Rekod Baru Bolasepak Jerman, 34 Perlawanan Tanpa Kalah

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
443,622
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
443,622
Reaction score
35,313
Points
2,836
Awards
2
FB_IMG_1708797793960.jpg


𝑻𝑯𝑰𝑹𝑻𝒀 𝑻𝑯𝑹𝑬𝑬 𝑮𝑨𝑴𝑬𝑺 𝑼𝑵𝑩𝑬𝑨𝑻𝑬𝑵 ✅

Xabi Alonso and Leverkusen go ELEVEN points clear of the #Bundesliga, setting a German record while they’re at it! 😅📚
 
Sponsored Post

Leverkusen cipta rekod baharu Bundesliga​


24 FEB 2024

2549505.jpg

Andrich (kiri) meraikan jaringannya ketika berdepan Mainz. Foto AFP


REMBATAN jarak jauh Robert Andrich membantu Bayer Leverkusen meraih kemenangan 2-1 di tempat sendiri menentang Mainz sekali gus mencipta rekod baharu Jerman dengan 33 perlawanan tanpa kalah.

Bagaimanapun, Leverkusen beraksi gugup dan melakukan beberapa kesilapan luar biasa, tetapi kemenangan itu membawa mereka 11 mata di depan Bayern Munich dalam usaha meraih gelaran Bundesliga buat kali pertama.

“Kami harus jujur dan berkata kami tidak bermain dengan hebat dan agak bertuah untuk menang. Tetapi kami tidak akan merungut untuk tiga mata ini,” kata Andrich.

Leverkusen telah menang 29 kali dan seri empat daripada 33 perlawanan musim ini, memecahkan rekod yang dibuat oleh Bayern pimpinan Hansi Flick antara 2019 dan 2020.

“Saya tidak kisah (tentang rekod) sebelum ia berlaku, tetapi apabila ia berlaku, saya sangat berbangga.

“Sangat bagus kami telah mencapai kejayaan itu. Anda tidak mendapat pingat untuknya tetapi ia bagus untuk melalui proses itu.

“Kami mencapai perkara yang hebat, tetapi kami tidak mahu berhenti,” kata pengendali Leverkusen, Xabi Alonso.
 
1000224330.jpg


An image that had never been seen in history: Bayer Leverkusen lifting the Bundesliga trophy. The BayArena club won its first German League and did so undefeated.

✅The ONLY UNDEfeatED CHAMPIONS in the history of the 5 BIG LEAGUES of Europe:

🇮🇹 AC Milan, from 1991/92 - 22 wins and 12 draws in 34 games.

🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Arsenal, from 2003/04 - 26 wins and 12 draws in 38 games.

🇮🇹 Juventus, from 2011/12 - 23 wins and 15 draws in 38 games.

🇩🇪 BAYER LEVERKUSEN, from 2023/24 - 28 WINS and 6 DRAWS in 34 GAMES.

Total madness.
 
1000224844.jpg


Dalam dunia bola sepak moden hanya 2 kelab dari 5 liga besar Eropah berjaya melakukan invincible season. Bayer Leverkusen muncul kelab ketiga.

Sebelum tu, bila bola sepak moden berlaku?

Ia merujuk kepada musim pertama bola sepak Inggeris, divisyen pertama dijenamakan dengan Liga Perdana.

Jadi kat sini, bola sepak moden bermula pada tahun 1992. Okay dah faham kan bila garis masa bola sepak moden bermula.

Dua kelab yang melakukan invincible season adalah, ya sudah pasti, salah satu darinya adalah Arsenal pada musim 2003-04.

Kemudian Juventus muncul pasukan kedua melakukannya pada musim 2011-12.

Namun, di divisyen tertinggi England, secara keseluruhan Arsenal merupakan pasukan kedua melakukannya selepas Preston (1888-89).

Juventus pula pasukan ketiga mencatat invincible season di liga tertinggi Itali selepas Perugia (1978-79) dan AC Milan (1991-92).

Bayer Leverkusen pula adalah pasukan pertama di Bundesliga melakukan invincible season.

Terdapat 2 kelab di La Liga mencapai status tersebut. Atletico Bilbao (1929-30) dan Real Madrid (1931-32).

Ketika itu liga tertinggi Sepanyol hanya mempunyai 18 perlawanan. Dan tiada mana-mana kelab Perancis mempunyai invincible season.

Kesimpulan, catatan Leverkusen bukan perkara yang sering berlaku dalam seratus tahun ini. Hanya 8 kali sahaja.


Zuraimi Zukri
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register